HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday, December 31, 2013

Yuran Tadika Abang Dani

semalam aku janji nak sambung pasal hal pembelian rumah. tapi mintak ampun nak hold hari ni. sebabnya ada benda penting lagi nak share :)

aku rasa hantar anak ke sekolah di umur 4 tahun adalah sesuata yang sangat common sekarang. sama macam aku, Dani bakal menginjak 4 tahun di 2014. aku tahu sangat kebolehan dan ketahap sabaran laki bini nak mengajar anak, so lebih baik kami hantar dia ke skolah. bukan apa, bagi dia pandai bergaul sikit, selama ni duduk rumah BS jaga Dani dengan Edna je, tu yg anak aku kemain spoil.

semalam aku try carik skolah Dani. bijak kan? kau carik skolah pada hari terakhir di tahun 2013, akibat nya hamekkkk...macam-macam benda tak suit dengan jadual kau. semalam aku sempat survey 2 skolah je.



Ehsan Jaya ni tempat tinggal aku skarang. tempat aku ni majoriti penduduk adalah kaum cina, so semestinya tadika yang ada kat sini adalah Chinese-based. Smart Reader je lah the only tadika yang universal.
 
Yuran Tahunan Smart Reader 2014: RM 370 (tak termasuk insurans dan Mandarin class)
Advance January & December Payment: RM 590
Books: RM 210
Total: RM 1170
Monthly Fees: RM 295
Transport: RM 30
Child Care: Not Provided
 
aku memang tak rasa insurans satu keperluan sebab aku dah subscribe satu family under insurans provided by company. basically, Smart Reader ni memang skolah betul, maknanya syllabus dia memang mainly for learning. tapi yang tak syoknya, sesi pagi dah penuh, tinggal sesi petang je. ayayai aku memang prefer Dani pegi sesi pagi, biar fresh sikit. so aku hold yang ni.
 
 
 
 

Genius Aulad memang aku suka, content pembelajaran untuk 4 tahun lebih leisure as compare to Smart Reader. memang berkenan sangat lah plus tempat ni pun Islamic-English medium. so kira pakej la In Sha Allah anak kita belajar semua benda dunia dan akhirat. Fees nya:
 
Registration: RM 100
Yuran Tahunan: RM 868
Misc Fees (uniform/books): RM 90.80
Advance January & November Fees: RM 536
Total: RM 1594.80
Monthly Fees: RM 268
Transport: TBA
Child Care: Not Provided
 
so far memang within budget la. tapi yang tak best again sesi pagi dah penuh, sesi petang je ada. lepas tu dia ikut waktu kerja kerajaan Johor Ahad-Khamis. kelas plak start pukul 1.30pm. mak aiii.. bukan apa, Adda Heights ni area tempat aku kerja, so tak kan setiap kali lunch time aku kena bekejar amik Dani dari rumah pengasuh. keluar ofis jam 1pm, sampai rumah pengasuh 1.20pm, hantar pegi skolah.. then aku nak sampai ofis pukul berapa? pengsan! yang ni pun aku hold sebab laki aku aku pun tak suka aku kena travel plak amik anak hantar pegi skolah, plus tu kalau takde meeting or outstation, kalau ada? masalah jugak kan?
 
 
 
 
 
 
 
Nuri ni aku tak pegi, sebab semalam skolah masih tutup, maybe hari ni kot start operation. tapi aku just call je tadi. tempat memang cantik, syllabus aku tak pasti. based pada website, quite interesting lah. aku call je tadi pasal fees.
 
Yuran Tahunan: RM 1732
Monthly Fees: RM 450
Childcare: Provided
 
Aku tak pasti yuran tahunan tu dah termasuk uniform, buku, or advance monthly payment. kalau dah termasuk kira ok lah. yang aku suka siap ada childcare, currently aku bayar BS untuk sorang anak RM 250. so kira tambahan RM 200 jelah untuk dani duduk full day dekat Nuri ni.dan aku tak payah la travel here n there, risau anak naik van ke apa.
 
tapi as usual, kena la bincang dengan abah Dani. kang main buat keputusan ada kena fire kang. haha. hari ni pun aku nak try survey lagi skolah lain yang ada daycare, sebab logically kalau takde daycare kos sorang anak pun buat aku pengsan. BS: RM 250, plus sekolah average RM 300 = Dani sorang je RM 550. eh adik kau lagi. pengsan... haha

mintak doa aku berjaya carik skolah yang ada daycare, Islamic-English medium, sesi pagi, waktu kerja swasta, harga reasonable!! wah kemain demanding.. Ameen :)

Monday, December 30, 2013

Step Pembelian Rumah [Part 1]

ramai yang duk tanya aku macamana step pembelian rumah ni. kadang-kadang jadi seramkan bila sana sini orang duk cerita libatkan wang banyak untuk beli rumah, tak paham pengiraan BFR or BLR. ok jangan risau aku try cite sikit mana yang aku ingat k. bear in mind, untuk pembelian rumah baru or rumah 2nd-hand lain cara eh. aku akan cite based pada pengalaman aku. sebab aku undergone this 2 steps.
 
Pembelian Rumah 2nd-Hand
 
masa kitorang decide nak beli rumah tu, aku cakap dengan Hafiz tak nak rumah yang instalment mahal. since kami agak rumah di Johor masih murah, kami try carik rumah 2nd-hand, dan kalau boleh nak monthly instalment tak lebih RM 1, 000.
 
aku approach sorang agent ni, dia baru handle pembelian rumah ofis mate aku, so kira trusted la kan. dia tunjuk aku gambar rumah yang semuanya berharga RM 200, 000. memang aku ada pegi tengok, tapi hati macam tak puas. yelah, aku ni bukan kaya nau esok-esok nak beli rumah lagi, so alang-alang mencari tu biarlah yang puas hati. so aku suruh dia list out kan apa-apa kos yang perlu aku bayar. ni aku share k:
 
- down payment depends ada yang mintak 5% or 10%
- lawyer fees: ada 2 lawyer, fees rate lain-lain untuk 2 lawyer ni sebab satu bank, satu owner
- disbursement fees
- stamping fees
 
total keseluruhan kalau beli rumah RM 200, 000, mungkin kau kena keluarkan dari poket sendiri sebanyak RM 30, 000 plus minus.
 
untuk golongan marhein macam kami of cos terkejut, sebab kami tak puas hati sangat dengan rumah tu, then kena keluarkan duit sebanyak tu, berbelah bahagi jugak hati ni.
 
Pembelian Rumah Baru
 
sehari, dua lepas jumpa agent tu kami jalan lagi kat satu Expo Hartanah. masa tu memang terkejut la sebab tak sangka harga rumah kat Johor dah macam KL, superb mahal. single storey kat Kulai dah RM 200, 000. kalau apartment kat JB area semua atas RM 300, 000++. buat rumah pakai konkrit emas ke? T___T
 
tapi tu lah harga rumah ni agak susah untuk jatuh unless during inflation. tu pun tak turun banyak kot, harga rumah akan still naik mencanak. so planning kami tadi untuk carik rumah yang instalment below RM 1, 000 memang tak dapat. masa expo ni jugak aku ada buat research apa itu leasehold/freehold, bumi lot/international lot.
 
ringkasannya,
 
leasehold: kita hold the property up to 99years sahaja
freehold: we own the property sampai cucu cicit piut forever and ever
bumi lot: lebih murah dan ada developer bagi diskaun, tapi kalau nak jual rumah hanya pada bumiputra sahaja
international lot: harga lebih mahal, tapi bila nak jual boleh jual pada both bumi or international
 
tapi kebanyakan rumah baru sekarang memang freehold. so takde isu la. macam rumah yang aku beli ni pun freehold, tapi kitorang dapat harga international lot, due to kehabisan bumi lot yang hot selling. takpe lah, asalkan rumah yang kami dapat ni kategori masih dalam kemampuan. tapi nak dapat instalment below RM 1, 000 memang tak dapat ler dik. pejam mata je lah bayar lebih dari tu.
 
bila kita dah decide nak beli rumah, sila sediakan satu notebook kecil untuk catit segala particular hal rumah. macam aku sangat concern, so aku rajinkan diri buat reseach pasal rumah.
 
beli rumah under development ni memang risky. so benda pertama, kalau boleh jangan terus book dan bayar deposit dekat Expo. lebih baik pergi dulu ke tapak pembinaan, tengok kawasan sekeliling, tengok development rumah, tengok profile developer. aku faham ada yang in rush main beli sebab takut terlepas peluang, kita buat macam ni jer. kalau dah ditetapkan tu rezeki kita, pusing tang mana pun ia akan jadi rezeki kita.
 
macam aku pun tak terus beli, aku cakap dengan developer saya nak tengok kawasan ni dulu. developer as usual akan provoke kata kita kena cepat sebab ada 2,3 keen buyer. pedulik. bila pegi kawasan aku nampak rumah dah naik 60%, check profile developer banyak projek success. so proceed. call developer dia cakap ada buyer dah beli. frust? agak la. tapi lepas 2,3 minit dia call, bagitau ada satu lot applicant tak lulus loan, so dia offer aku. see? kan aku dah cakap kalau ada rezeki tak ke mana.
 
ouh satu lagi harga rumah memang akan sentiasa naik based on progress ye. orang yang beli awal untung la, sebab harga tengah murah, tapi diorang tunggu sampai 3,4 tahun. macam kitorang BIJAK sikit [bijak sangettt], nak duduk cepat complete for another 7 months, bayar lah kau perbezaan additional almost RM30, 000 kot.
 
so mesti ingat check profile developer adalah sangat penting dan paksa developer list out kos apa yang kite kena bayar, be transparent. biar kita nampak bodoh tanya banyak soalan, but hakikatnya untuk kebaikan kita gak.
 
eh macam dah panjang nau aku cite.. haha. belum masuk step documentation lah apa kan? haha. aku ni plak banyak nau keja. aku hold dulu boleh?
 
esok aku sambung lagi..
 
Jika di izinkan Allah SWT. Happy New Year :)
 
 

Thursday, December 19, 2013

Baiti Jannati katanya...


 
Alhamdulillah, syukur. akhirnya rezeki kami sampai untuk beli rumah.

Ramai yang tanya kat mana?
 
ok sebelum nak cerita part tu. aku nak war-warkan supaya takde yang bertanya lagi, aku dah decide nak menetap di Johor, ini memberi maksud takde lah aku balik ke KL semula.

Tapi kenapa?

aku pun tak pasti kenapa tapi seolah aku dapat petunjuk yang mungkin Johor adalah tempat yang bersesuaian dengan kami sekeluarga. takpe lah tak dapat balik duduk KL semula, asalkan hati senang duduk sini.

Petunjuk apa yang kau dapat?
 
actually aku dah berniat nak pindah semula ke KL dari tahun lepas, tapi macam ada je rintangan. hujung tahun lepas aku pregnant kan Edna. so time tu aku dah rasa its not a good time yet, so kita postpone. lepas je deliver Edna bulan  7 yang lepas. aku nekad nak teruskan balik niat nak pindah tu. so aku apply keja kat KL. tapi sebelum pegi interview hati aku macam berat sangat, maca tak seronok. pagi masa kat Senai Airport, aku sihat walafiat. dalam flight terus aku demam panas yang tahap menggigil. so touchdown KL, aku menggigil dalam keta bapak aku. can you imagine kena hadap interview 2 jam dalam keadaan high fever? seriously not worth it. lepas interview, aku balik rumah mak aku kejap. baring sebelah mak aku, then aku sedih, menangis sebelah mak aku. aku tak tau kenapa aku rasa tak seronok bila aku push diri aku nak pindah KL. then mak aku pun advise takpe la, duduk je la Johor. kat Johor masih peaceful, ada masa dengan anak-anak, most important aku ada stable job with good income. zaman inflasi begini, orang berebut nak keja, yang aku pulak sanggup give up gaji yang cantik tu semata-mata nak pindah semula KL. plus aku ada 2 anak untuk ditanggung. mak aku pun ada cakap, kalau rindu nak balik KL, boleh balik anytime kan.

Lepas tu?

turun je dari flight, suami sambut. tapi yang ajaibnya demam yang sepanas-panas tu terus kebah. then aku bagitau Hafiz, yang aku tak berminat dengan kerja yang ditawarkan. Hafiz as usual, sokong setiap keputusan aku, dia memang ok je mana-mana pilihan aku.

Then camne boleh decide nak beli rumah?

trust me, aku amik masa kurang sebulan decide nak beli rumah. aku terus bicang gitu-gitu je dengan Hafiz. dia pun terkejut. at first aku nak carik rumah 2nd hand, harga ok, tapi sangat tak menepati citarasa aku. so aku turn down. carik punya carik, kitorang pegi Expo Hartanah, harga jangan cakap memang meletopp. aku rasa tahun lepas Johor masih ok lagi bab harga rumah. this year, memang gila, dah macam KL harga dia. apartment biasa pun dah RM 300K ++ . rumah sewa aku skang ni dulu tempat jin main futsal je. skarang rumah yang tengah naik tu, dah RM 400K ++. Kegilaan apakah?
 
then, finally jumpa dah satu rumah ni. kawasan dia memang outskirt sikit. kira kalau kat KL tu rumah aku kat area Sg. Buloh, Batu Caves gitu la. nak buat camno? nak beli kat tengah Bandar tak mampu, so kita duduk la hujung dunia sikit.

So kat mana ni?

rumah ni kat XXXXX. Kurang dari setahun boleh la menetap kat sini. cerita lanjut, next week aku update k.
 
Till Then!

Tuesday, December 3, 2013

Anti- Jenayah : Community Alerts SOS App

Assalamualaikum.
 
Lamanya tak borak-borak kat sini. sejak beranak dua ni hidup aku bagaikan beranak sepuluh sibuknya. haha. kadang-kadang sampai rumah, masak, kemas umah, basuh baju, layan anak sepuluh minit aku terus tumbang kemengantukan. In sha Allah bila Edna dah besar sikit jadual aku ok sikit kot, takde la hectic sebegini rupa.
 
Oh pasal perkembangan Edna nanti aku cerita eh. sebab kali ni aku nak cerita pasal benda lain. Lately, dah banyak sangat dengar hal-hal jenayah. sana sini tak kira usia, bangsa, jantina. macam dah takde erti belas kasihan kat dunia ni kan. aku ni dah la terkenal dengan perangai suspicious memanjang, so terasa macam hidup dalam ketakutan.
 
dah la baru ni 3 beradik di bunuh. Ya Allah sayu sangat, dalam sekelip mata anak pergi macam tu jer. iyer la, ini semua takdir, tapi bila anak kita dilakukan sebegitu rupa, hati mak mana yang tak rasa sayu kan? mintak jauh la eh benda-benda gini.
 
hari ni pulak aku ada baca kat newsfeed FB perihal modus operandi sekeluarga yang bukan berbangsa kita, style dia dukung anak then tahan kereta, mungkin nak bagi alasan motor diorang rosak then they rush untuk pegi hospital ke apa kan. bahaya kan? ok, tak nak cerita panjang aku nak share satu application for anti-crime, tak silap aku system ni dilancarkan untuk warga Johor sahaja, tapi korang try la search kalau ada apps untuk cover area korang k.
 
Nama apps ni : Community Alerts SOS App. Apps ni dijana oleh Wiseyes Solutions Sdn Bhd . untuk maklumat lanjut, korang boleh pegi link tu ok. kat sini aku nak paste cara penggunaan sahaja yang aku dapat dari recent meeting report aku k :)


Community Alerts Launched by Polis Di-Raja Malaysia


PDRM recently launched the ”Community Alerts” application for Android and Iphone users, with a view to assist speedy crime reporting, requests for emergency help either for self or others, and other security-related issues.
Steps for the installation as per below:-
      
Using your Smart Phone:
 
1.         Go to “Play Store” or “Apple Store”
2.         Type “Community Alerts”
3.         Select and click on “Community Alerts”
4.         Click “Install”
5.         Click “Accept & Download”
6.         Wait till completion of download.
7.         Click “Open”
8.         “Community Alerts” page is displayed.
9.         To register as a first time user, follow the instructions given. You must select your nationality.
10.    Fill out all required fields and click “Register”
11.    Read the Terms & Conditions and click “I Have Read & Agree”
12.    The Application is now ready for use in an emergency.

 
Function of SOS button:

1.         Send your SOS alert information using 3G/Wi-Fi with Extra Information to include your current location address, building, office no.
2.        Send SOS Alert via SMS if no internet coverage
3.         Navigator function
4.         Allow 3rd party to assist
5.        SOS Stations Directory list with address and phone contact number
  • Police Station
  • Hospital
  • Embassy
  • Fire station
6.         Maps to your nearest SOS station location.
7.         Service Coverage - Nationwide SOS Coverage in Malaysia and Singapore. SOS Alerts will be monitored by Police Operator in IPK Johor.
 
 Harap dengan adanya system ni dapat membantu serba sedikit yer.

Till Then :)