hari tu saja la blogwalking, dan nampak entry ni di Blog Serius, cerita lanjut refer sini. aku dah sedar fenomena ni sekian lama, tapi fenomena ni sampuk keluarga kecil aku dalam 2 tahun ni.
hakikatnya dulu aku laki bini nama je ada smart phone, tapi tak pernah explore pun apa yang boleh di godek menggunakan smart phone ni. kalau nak cakap pasal gadget memang kami ni tahap Beginner lagi. bermulanya addiction kami terhadap gadget bila aku hadiahkan si Hafiz PSP. masa tu makan tidur hidup dia adalah untuk PSP. memang aku punya hangin smpai tahap nak rendam PSP tu dalam lubang jamban. tapi nak kata apa, aku jugak yang hadiahkan kat dia.
lepas PSP, aku beli laptop. penyebab beli laptop sebab bebanan kerja yang menggila. habis kerja, balik rumah, sambung buat report. tapi ni tak cukup gila. keobsesan kami menjadi parah bila si suami subscribe P1 package diatas alasan dia kena buat banyak research untuk assignment dia. tapi memang puiiii sangat, sebab aku banyak tengok dia online je lebih, research assignment ke laut.
masa ni laki bini dah parah. sampai je rumah, on wifi, si Hafiz online via phone. aku pulak kadang-kadang online via phone or laptop. komunikasi secara direct memang di tahap parah. boleh kata 8 jam tak jumpa sebab masing-masing kerja. dalam pukul 8pm baru bini nampak batang hidung suami. so ada lebih kurang 3-4jam sahaja diperuntukkan untuk kami bertentang mata dalam sehari. hakikatnya, dari 4 jam itu, hanya setengah jam sahaja kami peruntukkan untuk update aktiviti masing-masing, the rest hours, hambakan diri pada gadget.
itu cerita si Hafiz dan Afni, anak nya pulak dah level mana tahap obses dengan gadget? trust me babe. dia lagi parah dari kami, seriously. kami berdua pakai Samsung, so keypad-less, tapi budak kecik ni takde hal, jari dia rileks je swap sana, swap sini, click sana, click sini. itu yang kenkadang kena gak cubit sebab phone aku pakai line, so sesuka hati dia dial nombor sape-sape. aku memang jarang sangat bagi dia lenjan phone aku. yang jadi mangsa, abah dia la.
aku ingat lagi masa aku adik beradik kecik-kecik, nampak abah balik, terus sambut peluk-peluk. tapi anak zaman sekarang tak begitu okeh. dari jauh dia akan jerit; "yeay!yeay! abah balik. yeay!yeay!.......abah nak phone!" fake sangat perangai T____T si dani akan lenjan phone abah dia sampai masuk bilik nak tidur. yang si abah berbulu sangat dengan anak, jadi kami decided belikan Tab untuk dani. jadi bermula lah era "diam seribu bahasa" dalam rumah kami.
tapi mujur lah kami laki bini tak subscribe mobile data package, kalo tak, memang tak tau lah. agaknya dalam jamban pun sempat instag...opssss!
Till Then.