HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Sunday, July 15, 2012

panduan hiasan bilik pengantin

sebelum ni ramai yang tegur suka dengan hiasan rumah aku. but to tell the truth, itu semua adalah hiasan yang sangat biasa, trust me! rumah aku too congested, sarat dengan segala perabot. cuma aku banyak gunakan perabot yang berciri praktikal, janji ada meja makan, ada sofa, ada kabinet, that's all. bila ruang sempit, idea pun jadi sempit.

idea nak menghias memang banyak, tapi ruang pulak tak mengizinkan. insyaallah, ada rezeki ada rumah lebih besar, akan aku praktikkan segala idea. sebenarnya aku takde la kreatif sangat, aku memang tak selalu refer pada majalah interior design, cuma aku push myself hard to learn on interior design. ok, kali ni aku nak tunjukkan salah satu design-piece aku masa kahwin dulu.

semua design ini adalah bersifat DIY, aku takde engage dengan mana-mana mak andam dengan mengambil semua pakej hiasan bilik. sebab aku allergic dengan cadar pengantin licin-licin tu, langsir bergantung-gantung, ropol sana sini..

jum tengok gambar bilik aku sebelum di hias;


 akibat sifat keanak-anakan sangat menebal dalam diri, hiasan pun jadi gitu..blergghh~




disebabkan ingin kelihatan matang di hari perkahwinan nanti, awal-awal aku dah fikir, "i want to set a theme~!" .. sebab hiasan bilik pengantin ni penting tau, it must be cosy and neat =) so aku decide nak color putih dan merah. so ruangan dalam bilik pun nampak lebih besar dan bersih..


dulu aku sangat gila pada color coklat, so tak perna terfikir untuk memutihkan balik dinding. so beringat la yer, once korang dah cat dengan menggunakan color yang dark, korang kena bekerja keras balik untuk meng-virginkan cat tu balik dengan 2 layer T__T penat oh!


 saya penggila IKEA jugak..sep sep Nurul!! =D


 hasil selepas cat putih..nampak bersih la sikit kan~


untuk pintu toilet dan pintu bilik aku cat color merah in order to suit the theme~!



penggemar IKEA pasti kenal ini. ini adalah frame wood color yang berharga RM 5 untuk 3 frame, if not mistaken la. murah kan? so aku nak jadikan benda ni prop untuk fotografi, lantas aku paksa adik aku spray benda alah ni menjadi hitam merah. jimat kan?


gambar di awal perkenalan..memories!


langsir yang sebelum ini agak dull, aku tukar dengan langsir modern design sikit..
(abaikan muka huduh lagi teruja aku tu T__T)

jum tengok hasil idea berbudget aku ni;


view di kala siang..(oh hantaran tu pun aku buat sendiri *wink* )



 view di kala malam..



so itu jelah yang dapat aku tunjukkan, so hiasan untuk bilik pengantin tak semestinya nak cantik sahaja, yang penting mesti selesa. sebab lepas hari bersanding, mesti nak tidur dalam bilik tu kan.. aku mungkin beruntung sikit sebab mak aku boleh menjahit, so segala bed-runner, langsir, sarung bantal, mak aku buat sendiri. untuk hiasan, aku suka survey dekat expo Kraftangan, dekat situ kau akan dapat harga yang sangat murah, contoh macam tirai dan frame buluh tu..nice kan? ok nanti aku share pulak idea untuk hantaran, mungkin boleh jadikan panduan untuk bakal pengantin =D



muka orang-orang yang teruja duk lanyak bilik pengantin..hetchu~!


Tuesday, July 3, 2012

bila ada BFF lelaki dalam hidup kita

dari dulu, dari zaman sekolah lagi. aku ada 2 kategori  BFF. seorang perempuan dan seorang lelaki. kedua-duanya bagi impak yang sangat berbeza dalam hidup aku. BFF perempuan lain perangainya, hati agak fragile, so walaupun kau BFF- lah sangatt , itu tak bermakna kau boleh berperangai ikut suka hati kau. nanti BFF sentap, terus dia mintak pulangkan gelang tanda BFF sejati.

BFF lelaki ni aku kenal dah lama, sebelum aku kenal suami aku lagi. aku rasa mahu dah 6,7 tahun jugak aku kenal dia. kami memang rapat, serapat-rapat sampai kenkadang aku tak sedar yang dia adalah lelaki. sebab dia memang kawan yang boleh ditarik waktu susah dan senang. dia takde perangai nak sentap-sentap ni, dia boleh di paksa-paksa ikut sukahati aku, dia boleh dimarahi kalau buat sesuatu yang buat aku hangin. so nampak tak, gila nak buat macam tu dekat BFF perempuan, kalau kau buat, confirm kena pulau selama berabad-abad lama nya T__T

persahabatan aku dengan si BFF tak pernah jadi masalah, sebab aku beruntung kahwin dengan laki aku. dia jenis takde la melatah tak tentu pasal bila aku ada BFF, lelaki pulak tu. aku sendiri pun masih set boundaries, ini suami, dan ini BFF. aku still boleh lepak dengan BFF aku even aku dah kawin..please dont be so judgemental, setiap gerak geri aku di pantau suami, so takde timbul soal aku ni tak sedar diri dah kawin pun lepak dengan budak lelaki..phui~

dan kerana tu jugak relation aku dengan BFF, memang masih utuh. tapi baru-baru ni, si BFF ada approach mintak pandangan, kata nya nak propose si gadis yang baru dia kenal. aku tetiba rasa macam,

"duhhh..kau da nak kawin ker?? why so early?? ... T__T.."

jauh di sudut hati, aku rasa gila selfish. yelah, masa aku happy-happy lompat nak kahwin, share dengan dia pasal design kad kahwin aku, cerita nak hias dulang macam mana.. pendek kata, kalau ada 30 hari aku jumpa dia, 30 hari la aku cerita keghairahan aku nak kahwin. tanpa aku fikir, apa la die rasa eh bila aku ni sibuk nak kahwin. and now bila dia nak kahwin, I can't accept the fact. ish ish not good.

aku ada reason kenapa aku rasa macam berat hati nak lepaskan seorang BFF untuk kahwin, the main point, tak semua perempuan boleh terima yang suami dia ada BFF perempuan. walau pun BFF suami dia tu dah kahwin. aku faham, sebab aku sendiri tak boleh terima kot kalau suami aku ada BFF perempuan..haha..

so it's not an easy job. time has change, aku sekarang tengah happy-happy dikurniakan 2 lelaki terhebat dalam hidup. iaitu suami dan anak bujang tu. so macamana BFF aku move on, macam tu la aku kena move on jugak. cuma aku berharap relation yang ada berkekalan sampai bila-bila, dan terma "kawan susah senang", masih applicable.


p/s: orang lain sentap ex-boifren kahwin, yang aku sentap BFF nak kahwin. sebab ex-boifren aku kebanyakannya memang masuk senarai you-can-go-to-hell ... so apa mak kisah..~! haha. emm..satu lagi aku rasa tak perlu la aku letak gambar dia kat sini, sebab dia tak hensem pun..haha. eh takde la gurau je, ini bagi menghormati perasaan suami saya ok..peace!

-THE END-