HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday, November 29, 2011

bila si dani dah mula tunjuk perangai..

ok, rasa sangat tidak adil kerana dengan berani nya aku sanggup mengabaikan blog tersayang. ibarat rasa mau tekup muka dengan bantal sekuatnya sebab rasa sangat serba salah bila dah lama malas nak update blog. mulai hari ini saya berjanji mau update blog dengan lebih kerap! YEAH!



hari ni aku nak bercerita mengenai si bujang yang semakin hensem, cik iman dani. dani bakal menginjak ke usia 1 tahun, 5 bulan. cepat betul masa berlalu. rasa macam tak puas tengok dani yang kecil terkulat-kulat baru nak belajar meniarap, merangkak, dan sekarang dia dah berlari dengan laju. bila di usia begini, adalah perkara biasa bila kita terpaksa deal dengan seorang kanak-kanak yang makin lasak.



macam dani memang aku kategorikan dia sebagai seorang yang lasak. terlalu banyak yang dia mahu explore. dulu masa dia tak pandai jalan lagi, aku selalu berharap cepat-cepat lah kamu jalan nak oi, penat mama asyik kena dukung. sekarang dah pandai jalan, dan terus berlari, hamek kau, memang tak terkejar. tapi ada satu sifat dani yang aku kurang senang, sebab bila dani berdua di rumah dengan aku, dia sangat well-behaved. even kalau aku tertidur pun, dia masih boleh jadi independent main sorang-sorang.



tapi masalah terjadi bila ada orang luar datang ke rumah, dani akan mula tunjuk aksi-aksi dia. paling worse, dani akan start menepuk nampar setiap tetamu. OMG @~@.. pening oi! selalu nya aku akan tegur dani secara baik, kalau nampak tak jalan jugak, aku akan asingkan dani dari tetamu yang datang. yer, dani akan menangis bila aku buat macam tu, tapi adalah sangat penting untuk kita ajar anak-anak kita mana yang salah, mana yang betul.



muka budak nakal**




**opss, kalau boleh aku tak suka panggil dani dengan gelaran budak nakal, waima orang luar menegur dani si budak nakal. aku lebih prefer kalau nak tegur si kecil ini, dengan memanggil dia " haiihh..si anak bertuah..", insyaallah kalau diizinkan Allah, dani akan sentiasa menjadi si bertuah mama. rasa nya kurang elok kan kalau kita kerap cakap anak kita nakal? nanti betul-betul nakal, kita jugak yang haru =)


p/s: dah boleh ni proses Dani The Second..hahaha

Sunday, November 20, 2011

Kenapa Saya Suka Baca http://myaishah.blogspot.com/?

yeah aku sedar, aku dah terlambat nak post entry berkenaan contest aishah ni, pada mula nya aku teragak-agak nak join contest ni, sebab nya masih tak berapa banyak aku tau berkenaan dengan aishah sekeluarga. wah macam spy pulak kau eh, nak check-check perihal orang lain..


tapi bila tiba-tiba aku teringat balik yang ada something special yang membuatkan aku rasa untuk lebih mengenali aishah tu semakin kuat. actually, first time aku baca blog aishah sekitar tahun 2009. nak tau mana aku kenal blog aishah? dari sini..http://theexcitedmom.blogspot.com/2009/10/seeing-cup-half-full.html .. salah satu blog ibu-ibuan kepunyaan sue anna joe. pada tahun 2009 ini adalah fasa aku sedang berusaha keras untuk mendapatkan anak. so hampir setiap hari aku cuba mencari info dan tips-tips untuk mendapatkan anak.


satu hari sedang ralit baca blog si anna-ummi si lokman, mata terpandang satu link dan tertangkap satu phrase, di mana anna ada tulis;


"While writing this, my thought goes out to Intan Jaliah and Aishah Rahim who both just recently lost their child, Intan at 8 months pregnancy, and Aishah during her 6 months pregnancy. After 20 weeks, a miscarriage is called stillbirth. I cannot imagine how devastating it must be to go through such a traumatic experience. Hmm. Their babies are in heaven now, waiting to meet them some day. I pray for their strength..."


sebelum tu nak mintak ampun dan maaf pada Aishah, kot-kot secara indirectly membuatkan dia teringat detik-detik getir dia kandungkan arwah Nashrah, al-fatihah~ pada masa tu hati rasa kuat sangat nak tengok apa isi cerita di blog aishah.. yer, memang aku sedih sangat bila membaca setiap perenggan yang di karang aishah. selepas itu, lama jugak aku tak menyinggah ke blog aishah. hampir setengah tahun jugak, tak menjengah blog aishah. bila satu hari, aku sedang leka baca blog-blog expected mom yang lain, tetiba hati terdetik; "lama jugak aku tak baca blog yang satu ni, dah mengandung baru ke dia.."


sampai blog aishah dan bila dapat tahu dia dah mengandung lain, happy aku untuk dia. dan start dari hari tu hampir setiap hari aku jengah ke blog aishah. apa yang membuatkan aku kerap ke blog dia? sebab cara penulisan dan content cerita adalah sangat pleasant untuk diketahui. jarang benar aku tengok aishah post entry yang merapu, kebanyakannya memang menarik dan membuat aku sentiasa menunggu entry baru dia. dan paling menarik, bila aishah jarang gagal untuk membuatkan kita sama-sama rasa kesedihan, kegembiraan seperti apa yang cuba aishah sampaikan dalam setiap entry dia.


buat masa ni aku masih tak berkesempatan untuk jumpa aishah lagi, padahal rumah lama dia teramat dekat dengan rumah aku. takpe, nanti baby baru dah "siap bake dalam oven" , kita datang jumpa aishah ok =)

Tuesday, November 8, 2011

puding triffle di pagi raya

ikut kan hati yang malas ni, memang ke laut nak mengupdate blog. tapi kesian aku tengok kat viewer tu, ada je orang duk refresh kot-kot ada entry baru dari aku..sorry korang, kalau takde cite best memang aku malas nak meng-update. ini pun macam aku bakal hasilkan satu entry sampah.. =)



ok lah, hows raya? initial planning raya aku sangat caca marba. ikut kan kami beraya di jb jer, sebab tak jadi balik kampung. then, suddenly, family belah suami pakat-pakat turun jb, so meriah la sikit.


bagi tak nak nampak macam aku ni sangat hampeh sebab reti makan je apa orang hidangkan di pagi raya, aku amik inisiatif untuk buat dessert. antara yang aku hidangkan adalah triffle. sangat mudah dan pasti semua pun tau camne nak buat. tapi meh la aku share cara buat nya, biar entry kali ni nampak informative sikit eh..haha


firstly apa yang kita perlukan? cheese cake/tepung kastard/susu cair/buah dalam tin/jeli. untuk cake tu actually ramai jer yang menggunakan swiss roll lah, sponge cake lah, so terpulang. macam aku prefer cheese cake, baru dia rasa macam lemak berkrim.




so bila dah siap, dia akan automatik jadi berlayer-layer gitu. macam aku punya tak nampak layer cheese cake tu sebab i pakai tupperware jer Y__Y itu yang cake tu nampak terselindung ke bawah..kalau pakai mangkuk queen anne tu sure menggoda, yeah harus rembat satu.




senangkan, lain kali agak-agak nak berkunjung ke rumah saudara mara, takde idea nak bawak buah tangan apa..buat je triffle, senang dan pantas. nanti-nanti aku update lagi cerita yang lebih baik ok =) akhir sekali, meh tepek muka aku dan si hensem yang dah lama tak interframe~