HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, December 31, 2013

Yuran Tadika Abang Dani

semalam aku janji nak sambung pasal hal pembelian rumah. tapi mintak ampun nak hold hari ni. sebabnya ada benda penting lagi nak share :)

aku rasa hantar anak ke sekolah di umur 4 tahun adalah sesuata yang sangat common sekarang. sama macam aku, Dani bakal menginjak 4 tahun di 2014. aku tahu sangat kebolehan dan ketahap sabaran laki bini nak mengajar anak, so lebih baik kami hantar dia ke skolah. bukan apa, bagi dia pandai bergaul sikit, selama ni duduk rumah BS jaga Dani dengan Edna je, tu yg anak aku kemain spoil.

semalam aku try carik skolah Dani. bijak kan? kau carik skolah pada hari terakhir di tahun 2013, akibat nya hamekkkk...macam-macam benda tak suit dengan jadual kau. semalam aku sempat survey 2 skolah je.



Ehsan Jaya ni tempat tinggal aku skarang. tempat aku ni majoriti penduduk adalah kaum cina, so semestinya tadika yang ada kat sini adalah Chinese-based. Smart Reader je lah the only tadika yang universal.
 
Yuran Tahunan Smart Reader 2014: RM 370 (tak termasuk insurans dan Mandarin class)
Advance January & December Payment: RM 590
Books: RM 210
Total: RM 1170
Monthly Fees: RM 295
Transport: RM 30
Child Care: Not Provided
 
aku memang tak rasa insurans satu keperluan sebab aku dah subscribe satu family under insurans provided by company. basically, Smart Reader ni memang skolah betul, maknanya syllabus dia memang mainly for learning. tapi yang tak syoknya, sesi pagi dah penuh, tinggal sesi petang je. ayayai aku memang prefer Dani pegi sesi pagi, biar fresh sikit. so aku hold yang ni.
 
 
 
 

Genius Aulad memang aku suka, content pembelajaran untuk 4 tahun lebih leisure as compare to Smart Reader. memang berkenan sangat lah plus tempat ni pun Islamic-English medium. so kira pakej la In Sha Allah anak kita belajar semua benda dunia dan akhirat. Fees nya:
 
Registration: RM 100
Yuran Tahunan: RM 868
Misc Fees (uniform/books): RM 90.80
Advance January & November Fees: RM 536
Total: RM 1594.80
Monthly Fees: RM 268
Transport: TBA
Child Care: Not Provided
 
so far memang within budget la. tapi yang tak best again sesi pagi dah penuh, sesi petang je ada. lepas tu dia ikut waktu kerja kerajaan Johor Ahad-Khamis. kelas plak start pukul 1.30pm. mak aiii.. bukan apa, Adda Heights ni area tempat aku kerja, so tak kan setiap kali lunch time aku kena bekejar amik Dani dari rumah pengasuh. keluar ofis jam 1pm, sampai rumah pengasuh 1.20pm, hantar pegi skolah.. then aku nak sampai ofis pukul berapa? pengsan! yang ni pun aku hold sebab laki aku aku pun tak suka aku kena travel plak amik anak hantar pegi skolah, plus tu kalau takde meeting or outstation, kalau ada? masalah jugak kan?
 
 
 
 
 
 
 
Nuri ni aku tak pegi, sebab semalam skolah masih tutup, maybe hari ni kot start operation. tapi aku just call je tadi. tempat memang cantik, syllabus aku tak pasti. based pada website, quite interesting lah. aku call je tadi pasal fees.
 
Yuran Tahunan: RM 1732
Monthly Fees: RM 450
Childcare: Provided
 
Aku tak pasti yuran tahunan tu dah termasuk uniform, buku, or advance monthly payment. kalau dah termasuk kira ok lah. yang aku suka siap ada childcare, currently aku bayar BS untuk sorang anak RM 250. so kira tambahan RM 200 jelah untuk dani duduk full day dekat Nuri ni.dan aku tak payah la travel here n there, risau anak naik van ke apa.
 
tapi as usual, kena la bincang dengan abah Dani. kang main buat keputusan ada kena fire kang. haha. hari ni pun aku nak try survey lagi skolah lain yang ada daycare, sebab logically kalau takde daycare kos sorang anak pun buat aku pengsan. BS: RM 250, plus sekolah average RM 300 = Dani sorang je RM 550. eh adik kau lagi. pengsan... haha

mintak doa aku berjaya carik skolah yang ada daycare, Islamic-English medium, sesi pagi, waktu kerja swasta, harga reasonable!! wah kemain demanding.. Ameen :)

5 comments:

Kyla Pearlisha said...

Salam perkenalan kak.Wahh susah jugak nk cr sek utk anak2,bnyk bnda nk kne pertimbangkan spya selras,Pape pon good luck.done follow akk.Free jenguk la tmpt sy ye. :)hppy new year

afni+hafiz=dani said...

Hi Kyla. Inshaallah :)

Vijay said...

Hi! Smart reader Tu Kat mana ye? Setia indah ? Anak I belajar Kat nuri. I plan nak pindahkan ke tempat lain.

Anonymous said...

If u are looking for islamic kindy with english medium + child care, try Tadika Khalifah Elite at Setia Tropika.

Anonymous said...

Salam..Ade no tel adda height genius aulad x..tq in advance