HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, December 19, 2013

Baiti Jannati katanya...


 
Alhamdulillah, syukur. akhirnya rezeki kami sampai untuk beli rumah.

Ramai yang tanya kat mana?
 
ok sebelum nak cerita part tu. aku nak war-warkan supaya takde yang bertanya lagi, aku dah decide nak menetap di Johor, ini memberi maksud takde lah aku balik ke KL semula.

Tapi kenapa?

aku pun tak pasti kenapa tapi seolah aku dapat petunjuk yang mungkin Johor adalah tempat yang bersesuaian dengan kami sekeluarga. takpe lah tak dapat balik duduk KL semula, asalkan hati senang duduk sini.

Petunjuk apa yang kau dapat?
 
actually aku dah berniat nak pindah semula ke KL dari tahun lepas, tapi macam ada je rintangan. hujung tahun lepas aku pregnant kan Edna. so time tu aku dah rasa its not a good time yet, so kita postpone. lepas je deliver Edna bulan  7 yang lepas. aku nekad nak teruskan balik niat nak pindah tu. so aku apply keja kat KL. tapi sebelum pegi interview hati aku macam berat sangat, maca tak seronok. pagi masa kat Senai Airport, aku sihat walafiat. dalam flight terus aku demam panas yang tahap menggigil. so touchdown KL, aku menggigil dalam keta bapak aku. can you imagine kena hadap interview 2 jam dalam keadaan high fever? seriously not worth it. lepas interview, aku balik rumah mak aku kejap. baring sebelah mak aku, then aku sedih, menangis sebelah mak aku. aku tak tau kenapa aku rasa tak seronok bila aku push diri aku nak pindah KL. then mak aku pun advise takpe la, duduk je la Johor. kat Johor masih peaceful, ada masa dengan anak-anak, most important aku ada stable job with good income. zaman inflasi begini, orang berebut nak keja, yang aku pulak sanggup give up gaji yang cantik tu semata-mata nak pindah semula KL. plus aku ada 2 anak untuk ditanggung. mak aku pun ada cakap, kalau rindu nak balik KL, boleh balik anytime kan.

Lepas tu?

turun je dari flight, suami sambut. tapi yang ajaibnya demam yang sepanas-panas tu terus kebah. then aku bagitau Hafiz, yang aku tak berminat dengan kerja yang ditawarkan. Hafiz as usual, sokong setiap keputusan aku, dia memang ok je mana-mana pilihan aku.

Then camne boleh decide nak beli rumah?

trust me, aku amik masa kurang sebulan decide nak beli rumah. aku terus bicang gitu-gitu je dengan Hafiz. dia pun terkejut. at first aku nak carik rumah 2nd hand, harga ok, tapi sangat tak menepati citarasa aku. so aku turn down. carik punya carik, kitorang pegi Expo Hartanah, harga jangan cakap memang meletopp. aku rasa tahun lepas Johor masih ok lagi bab harga rumah. this year, memang gila, dah macam KL harga dia. apartment biasa pun dah RM 300K ++ . rumah sewa aku skang ni dulu tempat jin main futsal je. skarang rumah yang tengah naik tu, dah RM 400K ++. Kegilaan apakah?
 
then, finally jumpa dah satu rumah ni. kawasan dia memang outskirt sikit. kira kalau kat KL tu rumah aku kat area Sg. Buloh, Batu Caves gitu la. nak buat camno? nak beli kat tengah Bandar tak mampu, so kita duduk la hujung dunia sikit.

So kat mana ni?

rumah ni kat XXXXX. Kurang dari setahun boleh la menetap kat sini. cerita lanjut, next week aku update k.
 
Till Then!

6 comments:

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

Sekampung la kita di kota tinggi...

afni+hafiz=dani said...

eh sama taman ke?

sharEna said...

Kota tinggi tu daerah aku woi. Hahaha. Rmh parents aku ngn kota tggi 20minit je. Buat house warming jgn lupe jempot aku. Klu balik sane pasti ku terjah. Welcome to Johor ;)

afni+hafiz=dani said...

Ena, kalo ko balik Kota tu, confirm2 ko lalu Sri Saujana. hehe. balik sini, roger aku! :)

NURUL JAMIAN said...

maybe memang rezeki ko sekeluarga kat johor beb. tak pe bila2 ko balik KL kita set lah date jumpa mana2. Johor pun best apa daha da macam2 kan

afni+hafiz=dani said...

mesti ko pun terkejut kan? hehe. tu la aku pun rasa benda yg sama. takpe, rumah mak aku still lg kat sana, aku tetap balik KL. nanti kite lepak k :)