HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, March 13, 2013

cuti-cuti Langkawi - Final Part

kemain nak berepisod bagai, 2 part je aku mampu kekdahnya. tak larat nak pecahkan banyak episod. hihi. lagi satu kan, ramai yang tanya aku awat gambar aku sikit je yang ada? ouh begini, aku memang tak berapa suka sangat bergambar, everytime Hafiz offer nak tangkap gambar, sure aku nyorok. satu lagi perut pun membesar bagai juara, pusat aku nampak sangat, baju pun nampak tak senonossss sikit, so ahkak segan. hehe. *peace*

jum sambung hari ketiga kami kat Langkawi :)

macam aku cakap semalam, sebabkan sampai cable car dah lewat, semua kedai dah tutup. aku ajak Hafiz datang lagi sekali sebab teringin nak tengok suasana kedai-kedai tu. so pepagi lagi kami dah gerak ke Oriental Village. 

memang banyak sangat kedai souvenir kat sini. tapi harga memang mahal sikit la compare dengan kedai kat luar. kitorang memang tak masuk pun kedai souvenir dia, sebab kalau benda yang sama, jauh lagi murah kat luar, kenapa nak beli sini ye dak?

antara aktiviti yang boleh dibuat:


  • Rabbit Feeding dan Fish Feeding: masuk free je, kalau nak feed the animals, bayar lah seringgit.
  • Fish Spa: RM 18. kitorang tak pegi, sebab pernah dengar berita kata treatment ni bahaya. boleh spread disease,
  • Family Horse Riding: Adult RM 5 / Child RM 3
  • Cable Car: Adult RM 15 / Child RM 10
  • 3D Experience Machine: RM 15 kalau tak silap
  • Real Tiger: free je. benda ni ada dalam satu coffe shop. those yang nak tengok, masuk je kedai tu.









lepas dah rimas duk dalam Oriental Village ni, kitorang pegi Underwater World. ni memang spot bebudak la. jangan compare dengan Aquaria. bagi aku Underwater World ni memang cantik tempat dia, well-maintained. Tiket RM 28 per adult, budak baya dani free. kat sini bukan hanya ada hidupan laut je, binatang lain pun ada. memang best :)







kat area Underwater World ni ada 2 mall yang jual barang Duty-Free. ada satu mall ni, aku lupa nama dia apa..tapi nama macam chinese mall la, ha kat situ variety gak coklat dia, then ada beberapa yang lebih murah   dari mall popular yang lain.

memandangkan Underwater World ni kawasan Pantai, memang banyak la matsalleh bolen berpeleseran. kedai-kedai area sini, siang hari tak bukak, petang-petang baru bukak. so sebab awal lagi, kitorang pekena cendol dulu tepi Pantai Cenang area Airport.


dalam pukul 6pm baru kitorang gerak pegi area kedai-kedai sekitar Underwater World. salah satu sebab kitorang datang sini balik sebab aku nak beli Nutella. kat sini jar besar tu RM11.90 je weh. mana nak jumpa harga gitu kan. aku tengok kat Giant, yang kecik pun dah RM 17++ .

tapi aku ralat sikit la, sebab kitorang lewat dapat jumpa lorong ke Pantai. sebab aku pun pelik banyak nau resort hadang side ke Pantai, then camne la nak access Pantai kan. sekali kitorang saja la park area kedai-kedai tu, tengok orang semua jalan ke arah satu lorong ni. rupanya situ lah access ke Pantai. yang si Dani nampak air dah menggeletis nak mandi. dengan baju,towel tak bawak. aku suruh je Hafiz bawak dia mandi kejap, tak larat nak dengar Dani duk berzikir kat telinga. lepak sini pun kejap je, dah dekat Maghrib, so mari lah kita balik hotel nakk..



hari sabtu hari ke-4 flight kitorang awal. so tak dapat la pegi merayau mana-mana. overall, memang puas hati la cuti-cuti kat sini, sebab banyak jugak aktiviti yang boleh involve kids. in sha allah ada rezeki memang nak repeat ke Langkawi.



ok bagi korang puas hati aku tepek satu lagi gambar makyong. nanti kempunan pulak. bahahaha. those yang selalu camwhore, cemane mata korang boleh center eh? kitorang laki bini asal tangkap gamba mata melilau ke mana. aku dari dulu tak pandai nak camwhore self-capture, rasa mata dah betul pandang skrin. bila snap, gitu jugak kekdah nya T__T


Till Then :)

No comments: