HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, August 2, 2012

Selepas 3 Tahun

30 May baru-baru ni, genap 3 tahun usia perkahwinan kami. aku takde buat entry untuk di-dedicate-kan sempena hari sejarah tu. hari ni rasa terdetik untuk buat satu entry, entry yang terus dari rasa hati. 

3 tahun mungkin baru bagi sesetengah orang, dan mungkin jugak ada yang rasa usia 3 tahun tu rasa dah lama je bersama.setiap orang berbeza rasa. dan ini "rasa" aku dalam perkahwinan kami yang baru je menginjak angka 3.

selama ni kita selalu dengar ada beberapa fasa dalam hidup berkahwin ni. mula-mula rasa macam tak percaya, sebab sebelum kahwin, sangat yakin yang boifren merangkap bakal suami tu adalah lelaki idaman. so, fasa pertama yang challenging itu mungkin tak terjadi. aku tak pasti dengan orang lain, tapi aku memang rasa fasa challenging itu.

baru-baru ni aku ada baca satu article; "Five Stages of Marriage" .kalau korang go through point by point, akan nampak kita sekarang berada dekat fasa mana. bagi aku setiap fasa yang dia elaborate memang tepat dengan keadaan aku.

tahun pertama perkahwinan, yes, aku berada di fasa pertama, Passion Prevails. masa tu memang rasa dunia tu kita yang punya. takde siapa yang nak marah kita berkepit berdua, rasa macam orang lain tak best, aku dan suami adalah couple yang paling best dan bahagia.

kemudian datang pulak tahun yang kedua, iaitu fasa, What Was I Thinking? masa ni bukan lagi berdua, tapi kami dah bertiga. kalau dulu, boleh merajuk selalu, mesti tak sampai seminit suami datang pujuk. tapi bila kami dah bertiga, surrounding was gettin' tense. masa ni true color akan keluar. kami jenis pasangan yang cepat melatah, bila penat, stress. all been expressed. menyebabkan partner kita akan rasa sedih, benci, kesal. rasa unfair akan mudah terbit dalam hati, selalu ada rasa; "kau penat, aku pun penat" , "kau carik duit, aku pun carik duit". selalu rasa takde masa untuk berdua, anak asyik jadi keutamaan.

tapi bila tahun ketiga, kami slowly adapt the situation. whenever ada rasa marah yang dipendam, kami akan duduk berbincang, luah kan dari hati ke hati. kami berbeza dari pasangan lain yang ambil time-off untuk luang masa berdua. knowing Hafiz, dia jarang dapat habiskan masa dengan anak, mula-mula aku rasa marah sebab dah lama tak keluar berdua, tapi kita kena tanamkan sifat kurang selfish dan faham keadaan suami yang jarang jumpa anak. so, let it be. kalau sesekali ada rasa unfair, aku cuba pendam, cuba istighfar banyak-banyak. tipu lah, kalau aku kata, aku tak terlepas walau sedikit rasa marah tu, tapi aku cuba elak dengan cepat-cepat lari dari situasi tense itu. bukan lari dari menyelesaikan masalah, cuma takut terkeluar segala ayat syaitan yang merasuk. jadi, tak salah kalau kita matikan rasa marah tu dengan hanya berdiam diri tanpa diri terus-terusan bertelingkah. Insyaallah, Allah akan sentiasa merahmati kita sekeluarga.

Sekarang, aku dalam fasa yang peaceful. kenapa peaceful? kenapa tenang? kenapa tak cakap bahagia sangat? bahagia tu term yang terlalu sempurna bagi aku. rasa segan untuk klasifikasikan hubungan yang baru 3 tahun itu di tahap bahagia. aku rasa peaceful adalah lebih tepat. sebab aku rasa lebih tenang tengok dia depan aku, dah jarang ada rasa tidak puas hati, dah jarang bergaduh perkara-perkara remeh.. sebab aku seboleh-bolehnya muhasabah dalam hati;

"tiada manusia yang sempuna dalam dunia, Tuhan dah jadikan dia sebagai pasangan hidup aku, baik buruk dia, Insyaallah aku cuba redha, demi untuk mendapat syurga.. Insyaallah.."


moga kita sentiasa di berkati..ameen~



5 comments:

sharEna said...

hepi 3rd anni yunk =)

jgn hrp org lain utk berubah.kitalah yg kena berubah utk rasa lebih bahagia..insyaAllah

mun said...

happy 3rd wed anniversary afni.....

mamaelly said...

happy anniversary afni..smoga kekal hingga ke akhir hayat

Hany said...

happy anniversary afni. semoga kita kan jadi lebih baik daripada semalam

Yantie Azan said...

happy anniversary afni n husband..;)