HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, May 10, 2012

cara paling senang untuk buat savings (ohh please, aku bukan nak jual insurans or MLM)

minggu lepas aku dengan seorang bestfriend sempat berdiskusi bagi menolong dia untuk bagi tips menyimpan duit. katanya nak kawin dalam masa terdekat, tapi takde saving langsung. setiap bulan duit betul-betul umpama air paip mengalir laju, habis licin begitu sahaja. al-maklum, walaupun dia di pihak lelaki, mungkin tak keluar banyak belanja untuk kenduri menyambut menantu, tapi si pihak perempuan tak lari kot mintak barang RM 10k atau RM 11k buat duit hantaran. *pengsan*

so in one fine day, aku free dan saja blogwalking, baca blog ni http://peliks.blogspot.com/2012/04/saving-tips.html (credit goes to Maria for such useful tips) . ok, nak di summarize kan Maria ada segregate the allocation untuk para-para duit dia bila time hari gaji. iaitu:-
  1. Responsibilities (e.g: Car Loan/Housing Loan/Study Loan/etc)
  2. Savings (e.g: travel/emergency)
  3. Miscellaneous (Misc) (e.g: duit untuk shopping semata *wee*)
aku rasa cara Maria buat segregation adalah sangat best. sebab selalu nya orang perempuan ni sangat suka membazirkan duit pada benda tak berfaedah. so bila ada akaun untuk Misc, tak perlu risau lagi sebab setiap masa ada budget untuk shopping, kalau budget dah habis, sila duk diam-diam.

in order to comply with this, ececeh siap ayat ber-comply keluar bagai, takde lah kalau nak buat macam Maria applied tu kita kena la nekad dan tekad. so aku pun da buat segregation duit gaji. aku buat gini:

LET SAY gaji aku RM3,000. aku akan bahagikan kepada 2, makna nya RM 1,500. so RM1,500 yang pertama tu aku akan gunakan untuk bayar segala hutang piutang (it's better for you to list down). kalau dah tolak semua hutang, baki tinggal RM400, dengan RM 400 ni akan aku gunakan untuk perbelanjaan untuk food n petrol in weekdays sahaja.

Then RM 1,500 yang kedua tu aku akan buat segregation lagi 60% untuk savings, dan 40% untuk Misc. 60% savings tu aku akan pecahkan lagi jadi 2, makna nya 30% untuk ASB (yang mana aku akan simpan tak kan withdraw) dan another 30% untuk Maybank (iaitu duit untuk emergency or for vacation). so sekarang aku ada that 40% Misc untuk dihabiskan over the weekend.

itu lah allocation dan cara aku manage duit gaji. harap saya lebih berdisiplin! aku pun dah buat further step on this, aku dah create different-different akaun untuk semua duit, so takdelah nanti bercampur. FYI juga, aku siap come out dengan satu savings table untuk pastikan aku on track.


siap dah tampal kat freezer, jangan hangat-hangat tahik ayam yer! tengok tu freezer magnet all the way from London (thanks fasha!) dengan harapan simpan duit bebanyak boleh pegi UK pasni. haha

untuk dani pun aku dah bukak kan akaun. macam biasa satu akaun Yippie, duit untuk dani beli segala toys. satu lagi ASB, untuk dani further study satu hari nanti (insyaallah..)

lega semua dah settle. tapi yang tak best, si dani ni pantang nampak duit berciciran kat umah semua campak dalam tabung dia. camni gaya anak kaya, makbapak kayap la nak oii..

ok itulah cara aku, kalau korang ada cara lain yang lagi best, most welcome to share :)

11 comments:

deena awanis said...

bab saving plan ni, keyword dia kena disiplin..kalau tak disiplin, plan lah canggih manggih pun, mesti tak jadi kan..good luck afni..=)

Ainul said...

beli buku hajah rohani tu bagus.dia ajar mcmmana nk simpan.tak kisah sikit pun janji simpan.sbb lama2 jd bukit.dr simpan byk tp tak konsistent.good luck :)

AxieAziz said...

Dah lama aku buat ni!
Cayok Afni! =)

mun said...

yup betul tue..kene asing kan siap2 supaya tak lebur seme...hahahaa

ღnFashyaღ said...

Aku pun tak buat planning macamni, lepas ni kena buat ah, tiap bulan main carca merba je plan duit. last2 simpanan ntah ke mana ape ntah kemane. Slalunya laki aku je yang buat camni.. huhu

p/s: Aku doa ko dapat pegi London. Amin

NURUL JAMIAN said...

Aku pun siap buat macam jadual nak saving semua ni dalam diari. kononnya mcm upy klau tgk diari tu mcm aku boleh berdisplin. hrp aku akan berdisplin lebih dari dulu.


harap ko berjaya Afni

aziyana said...

mcm best jugka cara ni...boleh ikut ni..thanks for sharing..
gaji bulan depan boleh strt...tgk cane gaya :)

Fahreen Fredo said...

Memang aku patut start ikut cara kau ni beb! Thanks!

Mohd Fauzi Bin Seman said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Fauzi Bin Seman said...

napa tak buat saving dekat takafu?
interest lagi tinggi.

nurfarahin manaf said...

Kalau gaji 1.5k je camne nk saving nya.