HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Monday, April 2, 2012

Tanda-Tanda anak nak kena HFMD

sebelum tu apakah HFMD? ok, HFMD tu defined as Hand, Foot, and Mouth Disease, atau biasa nya orang-orang kita panggil sakit tangan, kaki, dan mulut. aku benci nama penyakit ni sebenar nya, sebab panjang nau. kang kalau sebut HFMD, orang akan cakap; "HF... what?"


kalau refer kat wikipedia, kata nya penyakit ni;


"HFMD usually affects infants and children, and is quite common. It is moderately contagious and is spread through direct contact with the mucus, saliva, or feces of an infected person. It typically occurs in small epidemics in nursery schools or kindergartens, usually during the summer and autumn months. The usual incubation period is 3–7 days"


dalam hujung bulan 3 lepas, dani adalah salah seorang victim. tapi kali ni aku tak nak cerita apakah treatment etc, sebab penjagaan dia lebih kurang dengan chicken pox je. cuma kali ni aku nak cerita apakah simptom-simptom penyakit ni.


ok macam dani sebelum ni pernah kena campak keladi, simptom dia ada beza sikit. so agak pantas jugak bagi aku untuk classified kan anak aku ni kena chicken pox atau HFMD. wah kalau masa skolah aku belajar lebih sikit, pasti mak jadi doktor. haha.


simptom-simptom yang sangat visible adalah, anak kita akan demam panas dalam 2,3 hari. lepas tu yang akan membuat kita semakin pelik bila anak kita akan cranky, mengamuk, menangis yang dalam keadaan yang sangat luar biasa. macam dani aku boleh detect something wrong is going on, sebab dia ni jenis kalau sakit pun tak cranky, dia senyap je, tapi kali ni dia mengamuk tak tentu pasal. aku sampai buntu tak tau nak buat apa. so ini adalah salah satu simptom HFMD due to oral ulcer. actually budak punya ulcer tak macam kita obviously nampak, kalau budak korang check kat lelangit tu akan nampak putih. kalau susah nak nampak jugak, korang tengok mulut anak tu akan berjejer air liur, lepas tu sekeliling mulut akan tumbuh rashes.


air liur berjejer 24 jam


mulut penuh rashes, budak mengamuk secara luar biasa


ok part mouth dah settled. untuk HFMD, kulit akan naik rashes betul-betul dekat bahagian kaki dan tangan. ha kat sini kita boleh nampak ia berbeza dari chicken pox, sebab normally chicken pox, dia start dari atas, dan habis dekat tapak kaki. kalau HFMD, macam aku cakap tadi limit affected area die hanya kaki dan tangan.





so itulah serba sedikit aku dapat share information dengan korang apa simptom-simptom yang anak kita hidap HFMD. aku kasi list down simptom-simptom dia balik ok:


1) Demam Panas


2) Anak kerap menangis/mengamuk


3) Air Liur Meleleh & Kesan putih dalam mulut akibat Oral Ulcer


4) naik rashes sekitar mulut


5) naik rashes sekitar kaki dan tangan


so once korang tengok anak ada tanda-tanda utama ni, cecepat bawak pegi check up tau. sebab benda ni kalau tahap sawan, boleh jadi bahaya. bila anak sihat, tidur lena, omak nye pun sonang =D


4 comments:

Tengku Fauziana said...

aryan hari tu pun demam..
pastu perasan kt kaki dia merah2..
tp nasib baik kt mulut xnaik lg..
bw g klinik kata tanda2 HFMD..
bg ubat sume then alhamdulillah dh ok..
tp masa tu mang merengek lain mcm je..
hope x kena la lg..x mau..

aziyana said...

sakit2 pun dani menten comel :)

NURUL JAMIAN said...

dani sakit pun tetap comel ko potong rambut dani eh afni nmpk comel bhgn depan rambut tu

Yati Omar said...

salam kenal,

anak saya pun baru je kena mouth ulcer...ya Ampun...mmg tak tido malam kita dibuatnya.