HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Sunday, November 20, 2011

Kenapa Saya Suka Baca http://myaishah.blogspot.com/?

yeah aku sedar, aku dah terlambat nak post entry berkenaan contest aishah ni, pada mula nya aku teragak-agak nak join contest ni, sebab nya masih tak berapa banyak aku tau berkenaan dengan aishah sekeluarga. wah macam spy pulak kau eh, nak check-check perihal orang lain..


tapi bila tiba-tiba aku teringat balik yang ada something special yang membuatkan aku rasa untuk lebih mengenali aishah tu semakin kuat. actually, first time aku baca blog aishah sekitar tahun 2009. nak tau mana aku kenal blog aishah? dari sini..http://theexcitedmom.blogspot.com/2009/10/seeing-cup-half-full.html .. salah satu blog ibu-ibuan kepunyaan sue anna joe. pada tahun 2009 ini adalah fasa aku sedang berusaha keras untuk mendapatkan anak. so hampir setiap hari aku cuba mencari info dan tips-tips untuk mendapatkan anak.


satu hari sedang ralit baca blog si anna-ummi si lokman, mata terpandang satu link dan tertangkap satu phrase, di mana anna ada tulis;


"While writing this, my thought goes out to Intan Jaliah and Aishah Rahim who both just recently lost their child, Intan at 8 months pregnancy, and Aishah during her 6 months pregnancy. After 20 weeks, a miscarriage is called stillbirth. I cannot imagine how devastating it must be to go through such a traumatic experience. Hmm. Their babies are in heaven now, waiting to meet them some day. I pray for their strength..."


sebelum tu nak mintak ampun dan maaf pada Aishah, kot-kot secara indirectly membuatkan dia teringat detik-detik getir dia kandungkan arwah Nashrah, al-fatihah~ pada masa tu hati rasa kuat sangat nak tengok apa isi cerita di blog aishah.. yer, memang aku sedih sangat bila membaca setiap perenggan yang di karang aishah. selepas itu, lama jugak aku tak menyinggah ke blog aishah. hampir setengah tahun jugak, tak menjengah blog aishah. bila satu hari, aku sedang leka baca blog-blog expected mom yang lain, tetiba hati terdetik; "lama jugak aku tak baca blog yang satu ni, dah mengandung baru ke dia.."


sampai blog aishah dan bila dapat tahu dia dah mengandung lain, happy aku untuk dia. dan start dari hari tu hampir setiap hari aku jengah ke blog aishah. apa yang membuatkan aku kerap ke blog dia? sebab cara penulisan dan content cerita adalah sangat pleasant untuk diketahui. jarang benar aku tengok aishah post entry yang merapu, kebanyakannya memang menarik dan membuat aku sentiasa menunggu entry baru dia. dan paling menarik, bila aishah jarang gagal untuk membuatkan kita sama-sama rasa kesedihan, kegembiraan seperti apa yang cuba aishah sampaikan dalam setiap entry dia.


buat masa ni aku masih tak berkesempatan untuk jumpa aishah lagi, padahal rumah lama dia teramat dekat dengan rumah aku. takpe, nanti baby baru dah "siap bake dalam oven" , kita datang jumpa aishah ok =)

3 comments:

Zahra Al-Rasyah said...

Eh, samelah afni. kita pun baru teringat bila afni mention pasal Sue-anna & kita pun start baca blog aishah time tu. siap buat entree lagi and link kat blog dia. Ya Allah, tak perasan betul kita aishah itu adalah aishah yang sama. Jodoh kita panjang la aishah. ehehe (hijack blog afni pulak ;p)
Bdw, ini entreenya http://wifeyhood-motherhood.blogspot.com/2010/04/kisah-sedih.html

afni+hafiz=dani said...

hai zahra,

hehe..baru teringat eh? tu la afni pun sedih dulu bila baca pasal cite die. ok, nanti afni tgk entry zahra k? =)

Aishah Rahim said...

Laaa. Zahrah dengan Afni kenal Aishah dari blog Sue Anna ke? Aishah pon tak tahu sebenarnya Anna ada buat entry tu. Bila Afni bagi link, baru dapat baca.

Thanks for joining this contest Afni. Tengah belek baca ni. Nanti nak buat entry pemenang pulak. :)