HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Monday, September 26, 2016

OldTown Grand @ Mount Austin

Assalamualaikum,
 
Rasanya kalau sebut OldTown mesti ramai dah familiar sangat kan. kali ni saya nak cerita experience beberapa kali pegi dine in di OldTown Grand. apa beza OldTown dengan OldTown Grand (OTG)?
 
banyak rasanya beza dia, sangat banyak.. bagi saya dari segi design kedai memang lain sangat, cozy, pastu dia colonial design. so memang selesa la. setahu saya tak banyak tempat ada OTG ni, kalau area Johor Bahru setahu saya satu ni lah..tapi tak pasti kalau area lain ada.
 
kalau dari food wise, saya rasa macam ada variety skit, harga pun slightly lain. ada mahal skit la. let saya kalau OldTown biasa ada pakej Dinner less than RM13 inclusive drink kan? tapi kalau dekat OTG food alone, contoh nya Mi Kari will cost you around RM15++. tapi isi dalam Mi Kari tu memang totally berlainan lah, beside of serving you dengan slice chicken, dia bagi sekali seketul besar ayam kari. mangkuk pun besar tau, kalau perut kecik macam saya ni, memang confirm tak habis punya.
 
selalunya kalau datang sini kerap jugak kitorang order nasi lemak sambal sotong. sambal sotong dia memang sedap, seriously tak tipu. saya memang ada satu thought kalau masakan sambal kat kedai-kedai ni memang asal boleh je sebenarnya. tapi untuk sambal sotong diorang ni memang deserved hats off. rasa macam home-cooked sambal tau. petai jangan cakap la memang segenggam dia letak. untuk peminat petai memang puas hati rasanya.
 
one thing to highlight, dari segi meal presentation. kami anak beranak ni memang kerap la pegi OldTown, so cara presentation pun kitorang dah boleh agak, kadang-kadang asal boleh je. geram jugak la bila order Mi Kari, bergenang minyak, rasa nak marah je kalau serve macam tu. itu yang selalunya kalau ada peluang memang pegi OTG je, tak kisah bayar lebih sikit, tapi tengok food tempted je..
 
so kalau ada peluang pergi la try ok :)
 
 
rasanya kalau OTG, mesti design dari luar ala-ala colonial gini
 
 
design dalam, cozy kan...rasa nak tidur je dalam ni..hihi..
 
 
nice kan? :)
 
 
dani order kids meal chicken rice..sedap la sikit mata memandang..hihi
 
 
suami oder Mi Kari, sebab kan dia tak suka ayam kari, waiter gantikan dengan sotong kembang
 
 
Nasi Lemak Sambal Sotong, serious sedap..please try :)
 
 
 kita payung gambar anak dara si Edna :)
 
 
Abang Dani
 
Lokasi:
 
OldTown Grand
Jln Austin Height Utama, Taman Mount Austin,
81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Tuesday, September 20, 2016

Pasu Murah di PISB Ayer Hitam

Assalamualaikum,
 
siapa yang pernah datang rumah saya, memang dah sedia maklum la dengan adanya banyak pasu kat rumah tu. nak kata penggila setia pasu-pasu ni tak juga. semuanya kebetulan je, masa first visit saya ke Ayer Hitam.
 
rasanya ramai yang tau kot yang Ayer Hitam tu memang popular sangat dengan segala jenis pasu. emmm bagi saya pasu memang banyak, cuma yang berkenan di hati tu yang masalahnya..hihi. tapi it depends la pada citarasa masing-masing kan, kata orang, lain mata, lain citarasa.
 
tapi hari ni nak cerita pasal satu kedai hiasan kat Ayer Hitam ni, PISB. dari tepi jalan besar tu memang boleh nampak bangunan dia. so far kedai ni jer yang menepati citarasa saya. sebab pasu dia design semua moden, dan yang paling best, MURAH. seriously murah, tak tipu punya nih. saya tak ingat harga setiap pasu, tapi average below RM30. itu belum diskaun tau, PISB ni terkenal sangat dengan manjang ada less, so boleh jadi satu pasu jatuh harga sampai berbelas ringgit pun ada.
 
saya dengar PISB ada dekat Nilai jugak, tapi saya tak pasti dekat sana ada jual pasu jugak or hanya kedai hiasan hantaran. try la korang yang ada lalu Ayer Hitam, singgah PISB, tempat pun selesa, besar.. memang bawak budak-budak tu tak jadi hal lah. bunga-bunga gubahan pun cantik-cantik, so start dari visit first tu, saya rajin sikit la gubah-gubah. cantik tak cantik, belakang kira. hihi
 
saya share sikit antara pasu-pasu yang saya beli, ada banyak lagi pasu yang lupa nak snap, nanti ada kesempatan saya share lebih sikit. ouh jangan cakap anak-anak saya behave ya tak pecahkan pasu-pasu ni, ada je 2,3 bijik yang dah pecah. redha je lah kata nak hias rumah kan, tapi at least ada la reason tazkirah kat telinga suami ajak pegi PISB lagi..hihi

 
 ni kalau tak silap design 2 tahun lepas kot, sekarang lagi cantik I tell u, kalau siapa yang nak carik pasu ala-ala warna chrome tu banyak. saya dah rembat banyak jugak yang style gitu.


 ni pun awal pembelian dulu. sakit mata tengok ranting tu, ingat nak tambah ranting lagi, Nampak tak senonoh lopong gitu T__T

 
 design hall masa memula pindah, haha..sendu je nampak

 
recent visit..tak silap saya memang below RM30, ke murah lagi..tak ingat..
 
 
 
 
gubahan bunga pertama.. haha..boleh la khenn..bunga pun dari kedai yang sama

Thursday, September 8, 2016

Hiasan Dulang Hantaran

 
Assalamualaikum,
 
Allahu saya nampak ramai nya bakal pengantin masuk dalam blog saya untuk tengok post yang lama berkaitan dengan hiasan bilik pengantin. dalam post tu pun saya ada berjanji bulan bintang nak share pasal hiasan dulang hantaran. tapi alahai saya lupa sangat-sangat...maaf la kot ada yang ternanti-nanti post saya yang tu.
 
ok kali ni saya tunaikan janji, harap segala perkongsian bagi manfaat pada korang semua ok!
 
terus-terang saya bukan lah creative orang nya, tapi saya rajin sikit la buat research. lepas tu saya saja suka nak lain dari yang lain. awal-awal lagi saya dah imagine nak tema hantaran macam mana. saya nak nampak hantaran tu fresh and lively.
 
 
ok saya cuba bagi se-details mungkin kalau ada bakal pengantin nak guna idea saya untuk rujukan ok.
 
1) Foam/based :  as usual dari kedai barang pengantin, ada macam-macam bentuk, pilih je ikut pilihan hati.
 
2) Rumput : ok kalau awak tengok kat kedai pengantin memang ada jual rumput plastik sekeping, tapi saya tak nak macam tu sebab nampak sangat macam plastic. saya beli rumput yang jenis "kirai-kirai" (kat kedai pengantin juga) ni and then gigih tau tampal sikit-sikit sampai nampak merimbun. tak silap saya dia jual banyak dalam satu plastic. awak try cari, confirm ada.
 
3) Bunga bulat merah (kecil) : hurmm seingat saya beli kat SSF. tapi as usual kena rajin la potong-potong sikit dan tampal.
 
4) Bunga artificial/Kotak Hiasan : yang ni saya beli kat pameran Kraftangan. seriously bakal pengantin please la visit pameran macam ni. sebab korang akan nampak banyak sangat benda yang berguna, cantik-cantik, moden. masa saya kahwin ni tahun 2009 tau, 7 years back bunga-bunga semua dah modern design, nowadays saya rasa lagi gempak kot.
 
5) Kertas pembalut merah : yang ni beli kat bookstore je, memang sengaja tak nak plain, nak yang komot-komot macam ni. baru color naik.
 
 

itu je kot dari saya.. tak tau nak explain lagu mana lagi. saya assist yang DIY punya proses or yang budget punya design, kalau mak andam punya design memang meletops eh sekarang, suka tengok. saya hias dulang ni kategori amatur je.. hihi..macam saya cakap tadi saya tak creative, saya cuba je :)
 
kalo nak further info, boleh roger-roger k, Insyallah boleh tolong mana patut ;)
 
 

yang telangkop dengan mangkuk tu nak letak kek sebenarnya..hihi..
tak boleh letak awal, kang ada yang penyet pulak
 






Wednesday, September 7, 2016

Cats Cafe Johor Bahru

Assalamualaikum,

Tengah semangat ni rasa nak update blog. tapi kali ni saya nak share pasal Cats Café.. ni kalau orang yang suka kucing ni memang happy sangat-sangat la ni eh.

terus terang saya ni bukan la penggemar kucing sangat, entah lah..dah beberapa kali attempt untuk pegang-pegang kucing, but I just can't. kalau nampak kucing memang sebatu saya lari, penakut ya hamat. suami dengan anak-anak termasuk keluarga terdekat memang la "gilakan" sangat kucing, anak dara saya si Edna kalau nampak kucing memang happy kemain. dah beberapa kali proposal diorang hantar kat saya untuk bela kucing, oh my god, tak dapat la den nak tolong, mintak lah apa saja kat dunia ni, but not bela kucing. sorry.

so bila saya find out ada satu Cats Café area JB, and then ada review cakap kucing-kucing semua well-behaved, then ok mama approved. kita pergi lah, kasi bebudak main. my first visit ke café ni memang rasa happy sebab diorang sangat jaga hygiene/cleanliness. mula je masuk pekerja café akan mintak kita basuh tangan dulu bersih-bersih, then wipe your hand dengan sanitizer, then diorang akan terangkan prosedur dalam café tu. kalau tak silap, no entrance fee but you must order at least a drink.

tell you, tempat ni memang sangat cozy, saya memang jadi pemerhati kucing-kucing je, seram sejuk la nak pegang..hihi, but I enjoy dengan tempat dia. kucing semua of cos yang mahal-mahal tu, saya tak tau segala nama baka, but jenis yang fury, sombong-sombong semua nya. saya lagi suka, sebab kucing-kucing tu tak kan datang kat saya. haha..

food wise, saya tak berapa ingat varieties food, quite a numbers, tapi saya pernah order Fish&Chip, big portion.. not bad the taste. pizza pun ada, tapi rasanya dah discontinue, tak sure pulak. but, but, but jangan terkejut tau dengan harga..haha..memang bit pricey la, positif je harga makan tu kena la setanding dengan harga nak maintain kucing-kucing tu kan..hihi.. just to chillax minum-minum petang ok je, anak-anak pun happy, kita makbapak boleh minum petang dengan tenang.

operation hours limit up to 9.30pm je tau. ye lah kucing kan tidur awal. (eh?) hihi




 

Tuesday, September 6, 2016

Be nice to yourself

Assalamualaikum..

Maaf janji manis masih bertaburan..baru hari ni rasa macam gatal tangan nak bukak blog. Siap awal-awal tadi blog request for password verification, alahai password pun entah ke mana, memang tak ingat dah.

How's life? as usual sekejap di awangan sekejap di bawah. kekal positif jelah, dalam dunia ni mana ada happy selalu jer, mesti banyak pancaroba kan.

tahun ni pun Alhamdulillah, tuhan murahkan rezeki saya sekeluarga. See, hujan ribut badai last year, berendam airmata tak sudah, dan kali ni tuhan bagi reward sikit, kasi ada senyum di muka. tapi saya masih cuba untuk tidak lalai, sehabis baik jadikan setiap kejadian sebagai pengajaran dan peringatan dari Allah SWT.

Suami dapat kerja di tempat baru, Alhamdulillah sekali lagi dapat offer yang sangat baik. saya harap semuanya baik-baik la harapnya. Saya sendiri dapat fulfil wish saya untuk beli kereta idaman.. tak tergambar sebenarnya perasaan ni, sebab saya ni ramai yang tau jenis kedekut haji bakhil, seboleh-boleh suka simpan duit, tengok duit dalam buku akaun senyum je.

Tapi what's the point kan kalau kumpul duit, tapi tak reward diri. so kali ni saya nekad beli kereta yang saya inginkan sangat. kereta biasa-biasa je, jangan imagine menggunung sangat..hihi

tapi bukan itu yang saya nak highlightkan, yang saya nak ceritakan adalah sekali-sekala be nice to yourself. kadangkala beri peluang pada diri sendiri untuk rasa bahagia. saya yakin mesti setiap orang ada impian, tapi kerap kali impian itu terpaksa disimpan atas sebab-sebab tertentu.

macam saya sendiri ada perangai yang jenis suka buat orang happy, sendiri berendam airmata pun takpe. orang mintak tolong saya perkara yang sangat mustahil pun takpe, saya akan usaha selesaikan. tapi saya ada satu keburukan, kalau saya ditimpa masalah, seboleh-boleh saya sendiri pecah kepala nak selesaikan, paling tidakpun saya akan cari kawan yang paling rapat dengan saya untuk meluahkan perasaan.

jadinya ada satu tahap di mana saya rasa, "enough is enough", sampai masa kena bagi hati sendiri happy. buat apa yang kita rasa kita nak buat, jadi "bodoh" sekali sekala pun tak jadi isu. so, saya pun happy kan diri sendiri dengan beli kereta idaman tanpa menimbang tara keputusan dengan yang lama, I think I've decided this over the lunch dengan colleague, then petang terus pegi Sales Office.

Saya tau saya agak kurang bijak bila tak nak jual kereta lama kerana terlalu banyak sentimental value, so sekarang saya maintain bayar 2 kereta. kurang bijak, tapi takpe lah, macam saya cakap tadi, ini kepuasan diri saya. saya nak kekalkan the memori dengan kereta lama, dan nak jugak penuhkan kepuasan dengan membeli kereta baru.

Be Happy, Be Nice to Yourself. Don't bother about others.