HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, October 25, 2016

Susah Senang Di Awal Perkahwinan

Assalamualaikum,
 
haaa kenapa tetiba jer saya nak cerita pasal susang senang pagi-pagi gini kan? hihi, ok macam ni saya tengok ada yang search "susah senang di awal perkahwinan" then direct to my page. kelakar sikit la why so serius sampai search benda-benda macam ni.
 
saya tak berapa ingat kalau sepanjang saya berblog ni saya ada cerita susah senang saya masa memula kahwin. serius tak ingat, tak kuasa la pulak nak dig out cerita-cerita lama ni.
 
ok lah, saya cuba lah selami hati-hati bakal pengantin or pasangan yang baru kahwin ni, mungkin you always wonder betul tak pilihan hidup you ni kan? is this the right person? dapat pulak hidup lepas kahwin tak seindah khabar.
 
saya cerita sikit kisah hidup saya masa memula kahwin dulu ok, masa baru kahwin tu kami memang weekend husband-wife, suami dekat JB, saya pulak masih kerja kat KL. saya ingat lagi masa tu gaji saya baru naik RM1600, tapi yang sedihnya ekonomi gawat back in 2008, ofis decided setiap pekerja akan dipotong gaji 10%. so imagine la, dah deduct 10%, tolak epf, socso, berapa sangat la balance. suami pun sama berapa sangat gaji time tu.
 
that time saya dah terpikir berapa lama nak berjauhan kan, so saya gamble decide nak resign, boleh imagine tak masa tu darah muda mana ada simpanan kukuh, tapi gamble je resign. suami pun survey-survey rumah sewa, dapatlah kami sewa rumah flat RM 300. masa tu, memang serius kami takde barang apa pun.. bukan tak nak mintak tolong family, jenis kami susah sama-sama, senang sama-sama. ada duit ke takde senyap sudah.. bayangkan kami tidur atas toto je, then beli cooking stove I think harga less thank RM 150 kot, letak stove atas lantai tau. then suami beli tv dengan duit syiling... peti ais mana ada, saya hari-hari pegi kedai beli ikan untuk makan harian..haha memori sungguh la. pernah jugak 2,3 hari saya masak nasik goreng je, suami tanya kenapa tak masak lauk, saya senyap je, padahal duit ada berapa ringgit je nak beli ikan apa semua. masa tu ada je dikalangan makcik kepochi or relative yang try to downgrade kitorang, tapi kitorang chillax je. masa tu dalam hati selalu cakap aku susah or senang, aku tak mintak duit siapa-siapa.
 
tapi kami tak pernah merungut, apa yang suami saya provide saya redha je, diam kan tak mengadu apa pun walaupun beberapa kali ayah saya call suruh saya balik KL semula sebab kesian saya hidup style gini. saya diamkan je sebab bagi saya ini suami yang saya pilih, sebelum kahwin saya dah tau kedudukan dia macamana so kenapa saya nak question jalan yang saya pilih?
 
tak lama saya menganggur dalam sebulan lebih je, then saya dapat kerja, masa tu my starting salary  RM 2600 back in 2009. serius habis hati dah time ni, rasa macam Allahu lega nya dapat ofer yang lebih baik. sikit demi sikit life kami sihat sikit, memula beli peti ais then beli sofa dengan tilam, nak beli set bilik tidur tak mampu lagi..orang nak datang rumah pun kami duk mengelak..hihi
 
sampai la hari ni saya tak putus-putus bersyukur dengan apa yang tuhan dah bagi, Alhamdulillah hidup pun dah agak stabil. tapi saya tak pernah menyesal dengah kesusahan saya masa memula kahwin dulu, kenangan tu selalu saya jadikan sempadan hidup. ada je bila ada masa berborak dengan suami kitorang reminisce zaman susah dulu-dulu. sebab tu la saya sampai sekarang sangat sensitive bila ada yang cuba question here and there pasal life kami, sebab seriously kita tak kacau orang, why people bother about us kan? :)
 
ok lah, saya nak share sikit beberapa perkara yang mungkin boleh kita sama-sama terapkan dalam hubungan ni eh. opss tapi jangan pikir marriage saya peaceful je, ada pasang surut jugak, normal la kan. tapi saya nak jugak share beberapa perkara yang saya selalu jadikan guideline dalam hidup.
 
1) jangan bergaduh besar pasal duit. seriously, even static penceraian pun kita nampak masalah duit adalah punca utama. but trust me, janganlah bergaduh pasal duit, duduk sama-sama berbincang. honestly, saya dan suami dari kalangan family yang senang, memang we feel so awkward hidup dalam serba kekurangan. tapi bila dah takde duit tu, buat je cara takde duit, jangan tetap nak hidup macam zaman duduk dengan family dulu. saya masa bujang memang pemalas ya rabbi la nak tolong mak saya masak, tapi bila dah kahwin, dengan life gini, I just have to. bedal je la masak apa pun nak jimat punya pasal.
 
2) jangan menuding jari pada suami. you are the one who choose him to be your partner kan? so kenapa nak point all the fingers pada dia sorang? sebelum kahwin saya yakin you know him better, awak dah tau dia kerja apa, financially pun mesti dah boleh agak kan. so jangan penat-penat question dia kenapa tak buat 2,3 kerja dalam satu masa supaya duit banyak berjuta. seriously not worth it. lebih baik duduk berbincang, what we should do, you izinkan I kerja, or I work from home, or ok la kita downsize all the expenses yang tak perlu.
 
3) saling membantu. saya nak share sikit la experience saya, my career path develop tremendously, cepat jugak saya naik gaji setiap tahun. so bila ada kemampuan sikit saya memang cover mana-mana expenses yang perlu. takde istilah gaji saya,gaji saya, gaji awak, gaji saya juga..big no. now, Alhamdulillah rezeki suami pulak lebih stabil sekarang, so saya pun take one step back la kan...haha..turn dia pulak. tapi of cos saya masih lagi tolong mana perlu.
 
4) redha. ini sangat perlu. saya faham kadang-kadang ada isteri yang rasa kecewa dalam hidup, tipu lah kalau nak kata saya ni perangai macam angel, tak pernah langsung rasa kecewa. mesti ada, kita manusia biasa. cara saya untuk redha dalam hidup, saya berkawan dengan orang-orang yang positif, yang boleh bagi nasihat yang baik-baik. zaman saya awal kahwin dulu beruntung sikit la, I'm not into social media sangat, that time pun mana ada instagram, so no issue la pasal orang hebohkan betapa best nya hidup diorang. but nowadays, saya fahamlah ada rasa jealous kat mana-mana bila tengok suami kawan tu bawak pergi jalan oversea, shoping sana sini. saya pun ada rasa jealous tu, ada rasa nakkkk sangat. tapi redha kan ajelah. you have to always remember, mungkin kawan yang tadi tu potray the best part of her life dalam fb or instagram, but in reality mungkin tak macam tu pun. ada sorang kawan baik saya selalu cakap dengan saya, suami kita tolong angkat kain, tolong basuh pinggan pun dah boleh kira sujud syukur tau. ada suami orang lain, goyang kaki je tak membantu kerja rumah langsung. hiks.
 
ok lah rasa tak best pulak cerita benda serius pagi-pagi gini. chillax ok, just go with the flow. buat apa nak crack up your head dengan benda-benda nonsense gini. sakit kepala tau tak. lebih baik pergi tengok surihati mr.pilot tu, boleh korek idea acah-acah sweet dengan suami nanti.. kikiki
 
p/s: suami saya anti sungguh dengan ejaz fakhri tu..haha. tak berani nak tengok weekdays dengan dia, marathon tengok ulangan time weken je sambil sorok-sorok senyum sorang..

4 comments:

shafiza said...

Assalamualaikum, selama ni fiza silent reader ja, tapi kali ni nak komen. Terima kasih sb sharing tips ni. :) Fiza pun kira masih lagi di awal usia perkahwinan, baru 2 tahun lebih. Betul apa kata Akak tu, zaman dulu takda semua instagram nak bagitau betapa happy ya hidup dgn pasangan pergi travel, makan sedap, every weekend shopping etc. Skg ni, cabaran sgt besar. Satu ja la mak fiza selalu pesan, kena selalu bersyukur. Kalau tak tahu nak bersyukur, hidup pasti akan rasa ada ja kurang. Huhu

afni+hafiz=dani said...

Waalaikumsalam Fiza, kan? setuju tu skang memang byk benda nak kena tutup mata, buang fon jauh2, nanti asik rasa jeles je tgk orang lain punya life.

takpe la, yg penting kita pandai beza mana ok, mana yang tak kan :)

thanks fiza visit page akak :)

masdila said...

hai afni,,kiter kawan kat blog da lama kan ni firstime nk gak komen...

hihihi betol ape yang afni ckp tu,,mazz pun baru kawen jer baru masuk 5 bulan,,sometime ade jer selisih faham,,skrg ni mazz cm afni mse mula kawen la,,suami duk jb mazz duk kl,,,skrg ni nk cri umh kat jb rege 300 x der dah,,so tpaksa la dulu duk asing,,,kan ritu petronas buang org n cut gaji,,pn mazz jadi masalh yg sama cm citer afni ni,,tp mazz pk lau x kje nk duk sane dgn umh susah tu mazz stay kje kat cni lg,,ada buat kputusan nk move on jb tp mazz tkot duk sane nanti x dpt kjer,, duk pjj ni pn ada mslh jugak ada jer nk selisih faham.

afni+hafiz=dani said...

Hi Mazz, hehe TQ visit page afni

memang dah takde harga rm300 tu, flat yg afni pernah duduk tu pun sewa RM 600 skang. alahai kesian mazz... takpe la doa je byk2 k..mintak allah permudahkan

duduk jauh ni memang rasa sakit..tapi sabar byk2 k :)