HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, September 20, 2016

Pasu Murah di PISB Ayer Hitam

Assalamualaikum,
 
siapa yang pernah datang rumah saya, memang dah sedia maklum la dengan adanya banyak pasu kat rumah tu. nak kata penggila setia pasu-pasu ni tak juga. semuanya kebetulan je, masa first visit saya ke Ayer Hitam.
 
rasanya ramai yang tau kot yang Ayer Hitam tu memang popular sangat dengan segala jenis pasu. emmm bagi saya pasu memang banyak, cuma yang berkenan di hati tu yang masalahnya..hihi. tapi it depends la pada citarasa masing-masing kan, kata orang, lain mata, lain citarasa.
 
tapi hari ni nak cerita pasal satu kedai hiasan kat Ayer Hitam ni, PISB. dari tepi jalan besar tu memang boleh nampak bangunan dia. so far kedai ni jer yang menepati citarasa saya. sebab pasu dia design semua moden, dan yang paling best, MURAH. seriously murah, tak tipu punya nih. saya tak ingat harga setiap pasu, tapi average below RM30. itu belum diskaun tau, PISB ni terkenal sangat dengan manjang ada less, so boleh jadi satu pasu jatuh harga sampai berbelas ringgit pun ada.
 
saya dengar PISB ada dekat Nilai jugak, tapi saya tak pasti dekat sana ada jual pasu jugak or hanya kedai hiasan hantaran. try la korang yang ada lalu Ayer Hitam, singgah PISB, tempat pun selesa, besar.. memang bawak budak-budak tu tak jadi hal lah. bunga-bunga gubahan pun cantik-cantik, so start dari visit first tu, saya rajin sikit la gubah-gubah. cantik tak cantik, belakang kira. hihi
 
saya share sikit antara pasu-pasu yang saya beli, ada banyak lagi pasu yang lupa nak snap, nanti ada kesempatan saya share lebih sikit. ouh jangan cakap anak-anak saya behave ya tak pecahkan pasu-pasu ni, ada je 2,3 bijik yang dah pecah. redha je lah kata nak hias rumah kan, tapi at least ada la reason tazkirah kat telinga suami ajak pegi PISB lagi..hihi

 
 ni kalau tak silap design 2 tahun lepas kot, sekarang lagi cantik I tell u, kalau siapa yang nak carik pasu ala-ala warna chrome tu banyak. saya dah rembat banyak jugak yang style gitu.


 ni pun awal pembelian dulu. sakit mata tengok ranting tu, ingat nak tambah ranting lagi, Nampak tak senonoh lopong gitu T__T

 
 design hall masa memula pindah, haha..sendu je nampak

 
recent visit..tak silap saya memang below RM30, ke murah lagi..tak ingat..
 
 
 
 
gubahan bunga pertama.. haha..boleh la khenn..bunga pun dari kedai yang sama

No comments: