HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, September 8, 2016

Hiasan Dulang Hantaran

 
Assalamualaikum,
 
Allahu saya nampak ramai nya bakal pengantin masuk dalam blog saya untuk tengok post yang lama berkaitan dengan hiasan bilik pengantin. dalam post tu pun saya ada berjanji bulan bintang nak share pasal hiasan dulang hantaran. tapi alahai saya lupa sangat-sangat...maaf la kot ada yang ternanti-nanti post saya yang tu.
 
ok kali ni saya tunaikan janji, harap segala perkongsian bagi manfaat pada korang semua ok!
 
terus-terang saya bukan lah creative orang nya, tapi saya rajin sikit la buat research. lepas tu saya saja suka nak lain dari yang lain. awal-awal lagi saya dah imagine nak tema hantaran macam mana. saya nak nampak hantaran tu fresh and lively.
 
 
ok saya cuba bagi se-details mungkin kalau ada bakal pengantin nak guna idea saya untuk rujukan ok.
 
1) Foam/based :  as usual dari kedai barang pengantin, ada macam-macam bentuk, pilih je ikut pilihan hati.
 
2) Rumput : ok kalau awak tengok kat kedai pengantin memang ada jual rumput plastik sekeping, tapi saya tak nak macam tu sebab nampak sangat macam plastic. saya beli rumput yang jenis "kirai-kirai" (kat kedai pengantin juga) ni and then gigih tau tampal sikit-sikit sampai nampak merimbun. tak silap saya dia jual banyak dalam satu plastic. awak try cari, confirm ada.
 
3) Bunga bulat merah (kecil) : hurmm seingat saya beli kat SSF. tapi as usual kena rajin la potong-potong sikit dan tampal.
 
4) Bunga artificial/Kotak Hiasan : yang ni saya beli kat pameran Kraftangan. seriously bakal pengantin please la visit pameran macam ni. sebab korang akan nampak banyak sangat benda yang berguna, cantik-cantik, moden. masa saya kahwin ni tahun 2009 tau, 7 years back bunga-bunga semua dah modern design, nowadays saya rasa lagi gempak kot.
 
5) Kertas pembalut merah : yang ni beli kat bookstore je, memang sengaja tak nak plain, nak yang komot-komot macam ni. baru color naik.
 
 

itu je kot dari saya.. tak tau nak explain lagu mana lagi. saya assist yang DIY punya proses or yang budget punya design, kalau mak andam punya design memang meletops eh sekarang, suka tengok. saya hias dulang ni kategori amatur je.. hihi..macam saya cakap tadi saya tak creative, saya cuba je :)
 
kalo nak further info, boleh roger-roger k, Insyallah boleh tolong mana patut ;)
 
 

yang telangkop dengan mangkuk tu nak letak kek sebenarnya..hihi..
tak boleh letak awal, kang ada yang penyet pulak
 






No comments: