HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, September 6, 2016

Be nice to yourself

Assalamualaikum..

Maaf janji manis masih bertaburan..baru hari ni rasa macam gatal tangan nak bukak blog. Siap awal-awal tadi blog request for password verification, alahai password pun entah ke mana, memang tak ingat dah.

How's life? as usual sekejap di awangan sekejap di bawah. kekal positif jelah, dalam dunia ni mana ada happy selalu jer, mesti banyak pancaroba kan.

tahun ni pun Alhamdulillah, tuhan murahkan rezeki saya sekeluarga. See, hujan ribut badai last year, berendam airmata tak sudah, dan kali ni tuhan bagi reward sikit, kasi ada senyum di muka. tapi saya masih cuba untuk tidak lalai, sehabis baik jadikan setiap kejadian sebagai pengajaran dan peringatan dari Allah SWT.

Suami dapat kerja di tempat baru, Alhamdulillah sekali lagi dapat offer yang sangat baik. saya harap semuanya baik-baik la harapnya. Saya sendiri dapat fulfil wish saya untuk beli kereta idaman.. tak tergambar sebenarnya perasaan ni, sebab saya ni ramai yang tau jenis kedekut haji bakhil, seboleh-boleh suka simpan duit, tengok duit dalam buku akaun senyum je.

Tapi what's the point kan kalau kumpul duit, tapi tak reward diri. so kali ni saya nekad beli kereta yang saya inginkan sangat. kereta biasa-biasa je, jangan imagine menggunung sangat..hihi

tapi bukan itu yang saya nak highlightkan, yang saya nak ceritakan adalah sekali-sekala be nice to yourself. kadangkala beri peluang pada diri sendiri untuk rasa bahagia. saya yakin mesti setiap orang ada impian, tapi kerap kali impian itu terpaksa disimpan atas sebab-sebab tertentu.

macam saya sendiri ada perangai yang jenis suka buat orang happy, sendiri berendam airmata pun takpe. orang mintak tolong saya perkara yang sangat mustahil pun takpe, saya akan usaha selesaikan. tapi saya ada satu keburukan, kalau saya ditimpa masalah, seboleh-boleh saya sendiri pecah kepala nak selesaikan, paling tidakpun saya akan cari kawan yang paling rapat dengan saya untuk meluahkan perasaan.

jadinya ada satu tahap di mana saya rasa, "enough is enough", sampai masa kena bagi hati sendiri happy. buat apa yang kita rasa kita nak buat, jadi "bodoh" sekali sekala pun tak jadi isu. so, saya pun happy kan diri sendiri dengan beli kereta idaman tanpa menimbang tara keputusan dengan yang lama, I think I've decided this over the lunch dengan colleague, then petang terus pegi Sales Office.

Saya tau saya agak kurang bijak bila tak nak jual kereta lama kerana terlalu banyak sentimental value, so sekarang saya maintain bayar 2 kereta. kurang bijak, tapi takpe lah, macam saya cakap tadi, ini kepuasan diri saya. saya nak kekalkan the memori dengan kereta lama, dan nak jugak penuhkan kepuasan dengan membeli kereta baru.

Be Happy, Be Nice to Yourself. Don't bother about others.




No comments: