HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, November 11, 2015

Kembali Menulis

Assalamualaikum.. 

Lama saya menghilang..setahun ya tak menulis. dulu berjanji bulan dan bintang nak post pasal progress rumah, tapi sampai ke sudah hampir setahun da saya pindah rumah baru.

hari ni baru tergerak hati nak bukak blog, sebenarnya dah lama tergerak hati nak blog pasal sesuatu. tapi takpe la, what gone be bygone. maaf jugak saya tak sempat nak reply beberapa komen, lagi-lagi komen pasal trigger finger atau yang mana nak request info tu, sori sangat tau. kalau nak jawab sekarang, takut you guys pun dah dapat jawapan.. hehe sori again. tapi kalau masih nak jawapan, boleh komen je direct kat post ni k..

ok lah..how's life? life has been up and down. 2015 bukan tahun saya barangkali. sebab tu terlalu lama mendiam kot. ramai yang nak tau sangat apa jadi dengan saya. saya admit rasa appreciate sangat dikelilingi kawan-kawan yang concern, yang sentiasa ada dengan saya susah senang, yang sentiasa nak tengok kita gembira. jadinya dekat dunia ni masih lagi ada kawan atau manusia yang baik ya, yang masih lagi ada sifat setiakawan. Alhamdulillah, I've been surrounded by this one kind.

cuma saya ada beberapa lesson yang sangat saya pelajari dalam hidup sepanjang tahun ni. yang mana buat saya bertambah matang, membuatkan saya lebih certain ke atas sesuatu, membuatkan saya lebih fokus. cuma ada beberapa perkara je saya rasakan sesuatu kejadian tu buatkan saya lebih keras hati dan hampir tidak mahu pedulikan drama duniawi yang berlaku skang. ikutkan kudrat hati dan jiwa memang dah lama berkecai, tapi ingat satu je Allah tetap ada. seperti kata kawan-kawan saya, Allah tidak akan turunkan ujian di luar kemampuan kita.

hidup dalam dunia sekarang ni, tak perlulah kot kita terlalu pandang ke atas walaupun kita di situ, sekali sekala memang perlu kita tunduk ke bawah atau reminisce again di waktu susah senang, di waktu kita berpayah mendaki untuk hidup bahagia seperti sekarang, untuk hidup senang seperti sekarang. kata orang dengan cara ni will keep us sane. 

satu lagi yang saya perasan kebanyakan dari kita dah kurang sifat sensitiviti atau lebih tepat dah takde yang pernah terpikir perasaan orang lain. ramai yang jenis kalau bercakap, baik good side or bad side, semua nak bertegang urat nak utarakan pendapat masing-masing. bear in mind nada percakapan berbeza ya dengan nada pembacaan. segala tulisan kita mungkin di'interpret'kan dengan cara yang berbeza. saya pun mungkin ada khilaf, kadang-kadang sangat tak setuju dengan sesuatu perkara, tangan laju je manaip nak bertekak. there is no point, seriously no point nak bertekak over benda-benda kecik. we all grown up, masing-masing ada cara tersendiri, kau setuju ke tak setuju dengan cara orang tu, just keep it to yourself. unless orang yang kita nak tegur tu menyimpang akidah, then go ahead you may nasihat la.. provided cakap elok-elok la kan?

untuk saya pulak selepas bertimpa-timpa dugaan hidup, saya jadi orang yang a bit isolated kot. saya jadi tak berminat untuk terlalu mencampuri hal orang lain atau lebih tepat hal-hal yang tiada kaitan dengan saya mahupun hal-hal yang terlalu kecik untuk dipeningkan. dulu saya terlalu manis, terlampau...terlalu jugak pentingkan kegembiraan orang lain dari diri sendiri. penyudahnya saya pun tak ke mana.. jadi apa yang saya cuba buat sekarang, stay focus, be positive. orang nak cakap buruk kita suka hati la, at the end of the day bahasa kasarnya, "bukan kau yang bagi aku makan".. 

I've gone through so much, too much for my age. nanti la kalau ada kekuatan, saya tulis lagi..