HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, August 6, 2014

sakitnya jiwa dgn late payment interest

BTW, rasanya masih belum terlambat untuk wish Selamat Hari Raya :)
 
cerita pasal raya ni, memang takde apa sangat lah. gamba pun aku dah all out upload kat FB, so nak tengok gamba, sudi-sudi lah terjah FB yer :)
 
kali ni aku nak cite perihal late payment, for sure punya 80% dari pembeli rumah memang kena punya late payment ni. dah la masa proses nak beli rumah habis beribu eh, sekali berangan nak dapat kunci takde la kena bayar apa-apa, sekali hamek, not just late payment, maintenance fees lah, cukai tu, cukai ni. omjayy keja cop duit eh kita ni T___T
 
masuk rumah kang for sure la kena get ready duit nak siapkan rumah. macam kitorang tak buat apa pun, pasang grille, buat kitchen, autogate gitu, perabot kalo nak tambah pun set sofa dgn set katil. takde banyak nau duit nak buat macam-macam. but still yer, lepas buat calculation mcm lari je budget ha. nangis.
 
macam aku baru ni entah kenapa boleh 'bijak' sangatt lupa nak masukkan budget kipas lampu tau. sebab bagi aku tak payah la kot masukkan dalam budget, bukan mahal sangat, bukan kite nak beli lampu or kipas yang fancy-fancy. sekali hamek, aku beli yang cikai-cikai je ni, serius cikai, dalam RM2k. so kalau sape yang nak kipas canggih2, lampu LED ke hape, get ready la duit more than that.
 
cerita pasal late payment ni, developer pandai tau, kalau nak kunci, of cos kena setel bayar dulu, dan paling tahik ni, dia pulak yang suruh kita follow up dengan bank sama ada bank dah release final disbursement ke belum. masa kitorang memang bad timing, lagi seminggu nak raya, follow up sana sini semua dah cuti raya. tapi aku memang strict bab gini, ye lah bukan salah kita tapi kena bayar kan.
 
aku call bank dia kata dah release duit, aku check dengan developer dia kata takde, aku call bank balik, dia kata agaknya developer tak dapat official notification lagi kot. aku pun hangin la, then kalau macam tu berapa lama you baru boleh pos surat pada developer? tau apa bank kata, ouh normally kalau developer nak notification cepat, kita boleh email kan je. seeeeee? tak ke amarah sangat rasanya. aku terus cakap dengan bank suruh email by today jugak!
 
lepas part yang tu, korang kena buat surat rayuan pada developer mintak depa waive or bagi diskaun la late payment tu. so ni nak share sikit la sample surat rayuan aku. mintak hampun la yer my bad grammar. ngeh ngeh..


click image to enlarge
 
 
 
so lepas dah hantar surat rayuan, dalam 2,3 hari baru developer call dapat la diskaun sikit, sikit sangat pun, mujur la masa awal beli rumah aku ada letak deposit, so diorang tolak, balance aku kena bayar dalam RM500++ but still duit kot.
 
aku pernah tengok ada satu page ni, even dia bayar late payment pun, tapi dia gigih btol claim balik duit dia dengan lawyer ke banker entah, sebab bagi dia tu bukan salah dia. so depends la kalau korang segigih tu, kalau aku buat masa ni malas nak serabut follow up sana sini dah, ni uruskan quotation dengan contractor pun aku dah pening. rasa dah takde kudrat nak layan perangai seribu satu alasan ni.
 
 
ouh lagi satu rayuan hanya terpakai untuk late payment interest je eh, kalau nak rayu waive kan bayar cukai tanah, maintenance fee bagai, payah la gituuu.. hehe
 
 
ok lah, teruja ni nak siapkan rumah. nanti kasi update lagi.
 
 
Till Then~ Assalamualaikum dan again Selamat Hari Raya :)