HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday, February 18, 2014

Step Pembelian Rumah [Part 2]

Assalamualaikum, hari nak continue pulak pasal step pembelian rumah.. lama nau hold kat situ, sampai ada beberapa yang PM tanya apa proses seterusnya nak beli rumah ni.
 
aku tak nak cite pasal step pembelian rumah 2nd hand eh? sebabnya kurang arif, aku tau sikit2 je. kita terus je pada step beli rumah baru.
 
sambungan lepas, bila once kita suami isteri dah setuju nak beli rumah, terus check dengan developer either rumah tu sudah ada potential buyer atau masih kosong. kalau kosong, siap sedia lah sediakan booking fees, maca kitorang kena bayar RM 1000, yang itu amount kebiasaan. ada je developer hanya mintak serendah RM 100, it depends.
 
apa dokumen yang diperlukan?
 
- Copy IC
- Slip gaji 3 bulan
- Penyata KWSP
- Penyata Bank
- Employment Offer Letter
 
kalau pembelian tu bersama, then siap sediakan lah 2 copy. kebetulan masa aku beli Hafiz baru start keja dengan company baru. so aku tanya developer macamana kalau  kes gini? developer hanya mintak offer letter company lama, dan offer letter company baru. perlu ingat, lain developer lain cara, so korang try kawtim la dengan diorang ok :)
 
ada jugak yang tanya, kalau kita ada pending payment credit card or car instalment macamana? ok part ni terpulang pada bank, ada bank akan tengok gaji kau, kalau bank rasa gaji korang ni ok, setakat pending sebulan takde masalah.
 
apa next step?
 
lepas submit semua document, tunggu dalam seminggu, Inshaallah adalah 2,3 bank akan offer loan diorang. jangan terburu-buru dalam pilih bank, kalau Bank 1 paksa korang buat keputusan cepat, korang hold 2,3 hari. kena compare siapa yang offer rate paling bagus. paling biasa aku dengar BLR -2.4 gitu. kalau ada yang offer lagi best aku tak pasti, mintak pihak bank explain ok.
 
once dah pastikan which bank yang korang nak, lepas 2,3 hari, tunggu lah bank prepare offer letter. make sure korang mintak bank explain betul2 apa yang diorang offer. tanya je apa yang korang nak tanya, jangan malu.
 
dah signed offer letter, inform developer bank yang korang nak, so dalam 2 minggu tunggulah lawyer siapkan Sales N Purchase (SNP/SAP/SPA) Aggrement. lepas dah signed, tunggu lagi seminggu untuk stamping dan sila rajin follow up dengan lawyer untuk signed document yang super banyak sampai lenguh tangan nak sign. masa ni jangan sign buta tuli yer, make sure setiap amount betul dan tiada typo error.

sebelum pegi ofis lawyer, bagitau yang korang nak document untuk buat pengeluaran KWSP sekali. then, diorang akan prepare in advance document yang sudah di-stamped. pegi je ke KWSP, bawak IC, document dari lawyer, dan borang pengeluaran KWSP. aku advice sila download siap-siap borang KWSP, isi in advance. nanti senang takde kena beratur panjang. sampai je KWSP, pegawai check document, mintak cap jari, then sila balik rumah. tunggu dalam 2,3 hari, kau akan jadi Orang-Kaya-Baru (OKB) sekejap. hehe
 
lepas tu tunggu je lah lawyer hantar surat claim berapa ratus ribu accordance to the house progress, jangan terbeliak eh tengok amount yang dituntut. haha. korang boleh la call bank, tanya diorang dah dapat ke surat lawyer, kalau dah dapat, bila perlu kita start bayar progress loan.
 
senang kan? tak susah pun. keja dengan lawyer, bank, developer ni takde hal, kalau korang busy or ada masa tak boleh suit dengan jadual korang, boleh di bawak berbincang. kalau dapat lawyer or developer yang kerek mintak hampun, tak dapat la nak tolong. haha
 
tapi satu jelah, korang kena rajin follow up. seriously, must be super rajin. nak tunggu diorang yang update kau, memang berjanggut nak tunggu.
 
ok lah, nak siapkan report. harap post ini membantu.
 
Till Then :)

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum, TQ for the info... saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer ;)

MrsAyueAzari said...

betul awak ckp..nak tunggu diorg mmg berjanggut oii..mst kite kena folow up bagai..huhu..sy tgh tunggu snp yg dah siap stamping..ermm ni x tau nk tunggu bape lama..col lawyer katayer pemaju belom stamp pun..so nk tye lah agak2 mcm kes sy ni nak tungu bape lama lgi ek? pemaju sy ni boleh kata tahap sengal lahabau..serius boleh sakit jiwa dibuatyer..huhuhu

afni+hafiz=dani said...

MrsAyue:

Sori lambat reply. depends jugak. kite tak berani nak cakap, suppose developer akan cepat kan proses sbb diorg nak start claim duit dgn bank. mmg kalo developer mcm ni awk trpaksa la follow up, kalo tak lagi dia duk delay.