HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Monday, February 17, 2014

Progress Rumah

Assalamualaikum semua. sori hari tu aku janji nak sambung pasal pembelian rumah tu kan? kita hold dulu eh. sebab aku in rush ni nak siapkan report. aku share beberapa gambar progress rumah kitorang ok :)
 
Bahagian Depan
 
ni semua progress 2 minggu lepas, so far kitorang ada datang singgah baru ni diorang dah ratakan batu kat jalan tu, tinggal nak tar. then pagar dawai untuk bahagian pintu belakang pun dah pasang. rasanya dalam sebulan, dua ni settle lah. teruja jugak ni. hehe
 
kalau bahagian depan ni kitorang memang dah plan nak pasang autogate, sebab nak menyenangkan aku jugak. lagi-lagi aku dgn Hafiz keluar lain-lain masa. so bila turn aku keluar nak pi keja dah berangkut dgn askar-askar kecik tu, agak leceh dan bahaya jugak untuk aku keluar masuk tutup gate, ada autogate ni senang sikit.
 
bahagian porch, memang developer tak taruk tiles sekali, part ni In Sha Allah kalau ada rezeki lebih memang nak letak tiles.


 

 
 
 
 
 
Bahagian Bawah
 
untuk bahagian bawah ni, ada satu benda jelah yang aku tak berkenan, konsep dapur adalah open-kitchen, bagi aku sangat tak praktikal. aku lebih suka dapur tersorok. memang kat bahagian belakang ada ruang kosong dalam 8 kaki lagi kot, tapi kalau orang yang ada budget, for sure diorang extend. untuk aku tak kot, kalau ada rezeki lebih boleh la.
 
so aku tengah survey kitchen cabinet 12 kaki L-Shape dengan harga reasonable. kalau ada contact untuk kontraktor kitchen cabinet area Johor, boleh roger aku ok :)
 
kitorang plan nak design L-Shape with breakfast counter. aku tengok skang banyak yang aluminium, boleh mati woo dengar harganya. macamana pun aku akan bagi keutamaan kat kitchen, sebab dia open air, sangat tak semenggah rupanya.
 
bahagian bawah ada satu bilik ada toilet jugak. satu hal rumah ni, semua adalah toilet duduk, tapi ok lah takde hal punya :)
 
 

 
ruang dapur kecit cenonet

 
toilet bawah
 
 
tingkap toilet awat la besau nau
 
 
bilik bawah..size? standard size lah, takde la besar sangat

 
inilah ruang depan..masuk sofa 3 seater, meja makan. dah sempit! haha

 
thinking of letak meja makan kat sini kot

 
 
 
 Bahagian Atas
 
atas ada 3 bilik, 2 toilet, satu family hall.

 
ada ruang udara kat family hall, so takde rasa kedap, gelap kat atas

 
 
 
guest room, besar skit. boleh la campak satu set queen size

 
attached toilet untuk 2 bilik

 
bilik Dani & Edna, bilik ni kecik sikit dari guest room


 ni master bedroom dengan toilet

 
ni toilet master bedroom. suka design dia :)


 
itu ajelah progress yang ada. takde major renovation pun, fulus yilekkk. haha. kitorang just tambah kitchen cabinet, grille, autogate, dan dalam pertimbangan ADT system.
 
 
Inshaallah, ada rezeki pertengahan tahun ni dah complete kot. tapi kitorang ni satu peel pulak, orang lain nak masuk rumah baru teruja survey barang, yang kitorang satu hapak pun tak buat lagi. macam tak nak pindah gayanya. haha
 
ok lah, ada progress baru, aku share lagi k.
 
Till Then :)
 

4 comments:

Ann Ilias said...

Nanti dah start reno jgn lupa update ye. Boleh curi-curi idea bab kitchen tu eheh..

afni+hafiz=dani said...

Ann, in sha allah. hehe. kite pun tgh google2 nak curik idea orang ni.

Kyla Pearlisha said...

Wahh seronoknya dapat beli rumah besar,hehehe kita dpt teres biasa je sobsobsob. :)

afni+hafiz=dani said...

alalala..kite pun teres la. hehe. kecik cenonet je :)