HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, September 26, 2013

Detik Kelahiran Iman Edna

Assalamualaikum..
 
yer, dah 2 bulan lebih Edna berada kat dunia baru hari ni aku boleh menaip. bukan apa, aku tengah cope dengan status baru, so semua kelam kabut.
 
sebelum aku lupa detik kelahiran si Edna, baik aku post siap-siap. senang esok-esok Edna dah pandai baca, aku suruh dia baca je kat blog. hehe. malas punya mak. ok, aku due patutnya 28hb Julai, which is sama birth date dengan Dani. dalam hati dah seronok kemain ni, jimat mak kau nanti buat birthday party sekali harung je.
 
tapi Allah SWT lebih mengetahui, aku deliver Edna masa cukup 38weeks just nice, unlike Dani dulu sampai overdue 5 hari. oh yer, ramai yang cakap dengan aku dulu, termasuklah doctor, kebiasaannya kalau 1st delivery overdue, yang seterusnya pun ada chance untuk overdue. tapi macam aku cakap tadi ini semua kuasa Allah. Alhamdulillah timing Edna nak keluar cantik je cukup bulan.
 
12 Julai 2013 (Jumaat):
 
masa ni aku pegi checkup buat scan semua complete. masa ni dah genap 38wks, doctor check perut kata baby dah masuk laluan. so dia tanya aku nak dia tolong stretch bagi bukaan tu cepat sikit tak, since dah dilate 1cm. aku pun ok jer. habis checkup aku ajak Hafiz pegi bazaar ramadhan. masa ni dah rasa berdenyut-denyut, tapi aku buat cool je. macam aku cakap sebelum ni kalau boleh aku tak nak overdue, so mari lasakkan lagi diri ini.
 
13 Julai 2013 (Sabtu):
 
takde tanda lagi nak bersalin. Hafiz kerja time ni. aku pun sengaja melasak. basuh toilet, mop satu rumah. paling gila, aku panjat kerusi tukar langsir bilik. yang ni adik-adik jangan ikut eh, risky. hoho
 
14 Julai 2013 (Ahad):
 
Hafiz cuti dan kami plan petang nanti nak buka puasa dengan SIL. sementara menunggu SIL datang rumah, kitorang bantai tengok cerita tamil.
 
1.30pm: masa ni pegi toilet kejap nak terkucil. lepas tu, aku rasa macam basah, aku pelik la tak kan terkucil kot. biar kan lagi. sekali rasa panas je air keluar, masuk bilik cek nampak darah keluar. aku cakap dengan Hafiz air ketuban pecah ni.
 
5.30pm: pecah ketuban terus kitorang gerak pegi Hosp. cek laluan baru 3cm, tapi maybe labor room kosong, doctor suruh terus pegi labor, tak payah warded. masa ni aku tak rasa sakit langsung. masuk je labor room, hati berdebar-debar tunggu bila la nak rasa contraction ni. yang si Hafiz mintak izin nak carik makan untuk berbuka. iols nangis u dia tinggalkan haku. haha. yela, member sah-sah puasa, lapar nak makan dulu.
 
8.30pm: contraction dah start. kali ni aku takde chance rasa mild contraction, terus rasa massive contraction stok 5minit sekali. yang lagi rasa frust, bila cek bukaan baru 5-6cm, lama nau nak tunggu full dilation. tapi Alhamdulillah la, kali ni sakit dia much bearable dari masa Dani dulu. nah kan betul kalau induce lagi sakit dari natural contraction. kali ni time Edna natural contraction, so bagi aku sakit kena seluk lagi dasyat dari menahan contraction.
 
10.30pm: aku dah tak tahan rasa macam nak berak tapi orang tak bagi. aku geram paksa si Hafiz panggil nurse sebab aku dapat rasa kepala Edna dah dekat sangat kat bawah tu, yang si Hafiz malu nak panggil nurse sebab baru je 5 minit lepas nurse cek bukaan baru 7cm. aku terus high pitch bagitau yang its about time dah. haha. sekali nurse masuk dia cek, "ha suami meh sini tengok isteri awak nak teran dah".. Hafiz macam biasa tak nak sebab dia ni mabuk tengok darah sikit. then, nurse mintak aku push, Alhamdulillah 2 kali teran, Iman Edna keluar dah.
 
Syukur sangat pregnancy kali ni memang agak challenging aku mabuk teruk. tapi proses bersalin Alhamdulillah senang sangat-sangat sampai sakit dia tu aku tak ingat langsung. Presenting our 2nd invention (hehehe..) Iman Edna Binti Mohd Hafiz :)
 

video
video Edna selepas sejam dilahirkan *touching* Masyaallah Syukur :)