HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, May 29, 2013

4 Tahun

Alhamdulillah, tahun ke-4 kami masih bersama sebagai suami isteri. mungkin bagi sesetengah orang, apa lah sangat dengan angka 4 tu, kata orang-orang tua masih fragile, banyak lagi benda yang perlu belajar. yes, we are taking baby steps.. bukan senang untuk kekal bersama.
 
aku ingat lagi masa bercinta dulu bukan mudah, hampir 3 tahun kami long distance relationship. rasa susah untuk kekalkan hubungan tu memang ada, sebab kita tak pasti rasa cinta tu macamana. tapi itu lah, dalam hubungan yang penting, setia, setia, setia, dan setia. tarikh keramat 30hb Mei 2009, Alhamdulillah, hubungan di-halalkan dengan sekali lafaz.

 

 
3 tahun bercinta jarak jauh, 5 bulan pertama kahwin masih jauh. akhirnya aku dengan Hafiz decided duduk sama. bukan senang untuk hidup sendiri, aku dengan Hafiz pilih untuk usaha semuanya sendiri, perasaan segan sangat tebal untuk mintak tolong keluarga untuk mulakan hidup. tapi kitorang puas, dari tidur beralaskan toto nipis, rumah takde perabot apa pun, sampai la rumah sekarang hampir sarat dengan barang. sengaja kami pilih untuk hidup susah bersama, bila bergaduh, ada lah modal untuk ingat kembali susah senang bersama nak hidup.
 
berkahwin muda bukan perkara yang senang, aku baru 23 tahun masa tu, Hafiz pulak 26 tahun. 1-2 tahun pertama, sangat mencabar,  masing-masing hidup jauh dengan makbapak, rasa nak memberontak, rasa marah, tak pandai nak kawal emosi, semua ada. cuma untungnya kami berdua ni kalau bergaduh salah seorang mesti kena cool, tak boleh 2,2 panas. bila dah lama hidup bersama, Alhamdulillah, bukan lah kata peaceful sangat, tapi kami masih lagi cuba untuk make it peaceful.
 
dikurniakan seorang anak, dan seorang lagi bakal ada dalam masa terdekat. Alhamdulillah, syukur sangat. tak pernah aku terfikir bakal punyai anak dalam umur semuda ni. anak-anak yang menjadi ikatan kami suami isteri semakin kuat harapnya.
 
 
Iman Dani Mohd Hafiz. Bulan Pertama.
 
 
Iman E* Mohd Hafiz. soon baby soon.
 
B,
 
I mungkin bukan seperti para isteri yang u idam-idamkan, tapi I janji kat u akan cuba jadi yang terbaik. TQ sangat sebab sentiasa sabar dengan kerenah I yang kadang-kadang mengalahkan Dani.
 
- Masih lagi jadi lelaki pertama yang tak pernah putus asa melayan perangai kuat merajuk I.
- Masih lagi lelaki yang melayan kerenah manja I yang kadang-kadang boleh buat hilang akal.
- Masih lagi jadi lelaki yang confuse tapi masih boleh terima perangai I yang 5 minit tadi happy-happy, lepas 5 minit I tetiba mengamuk tak tentu pasal.
- Masih lagi bagi ruang untuk I bersama kawan-kawan.
 
You're are the best, sayang. sayang cinta I still lagi untuk u, In Sha Allah till our last breath. Happy 4th Anniversary baby :)
 
 
 

Thursday, May 16, 2013

Lumrah Manusia

Terpanggil rasanya nak bercerita perihal jenis-jenis manusia yang wujud disekeliling kita ni. macam yang kita tau, sekarang ni dah wujud macam-macam medium, instagram-lah, twitter-lah, keek-lah, wechat-lah, viber-lah.. a lot, sampai aku pun lost track. knowing me yang memang tak rajin nak get involve dengan benda-benda ni sangat, buatkan aku rasa macam dasyat gila teknologi sekarang.
 
tapi apa yang aku nak highlight ni totally based on my point of view, kalau ada yang tak sependapat dengan aku, nak buat macamana kan, deal with it lah. aku perasan sejak adanya medium-medium ni, aku nampak ramai nau yang jadi wannabe;

"A wannabe (slang for "want to be") is a person with an ambition to be someone or something that she/he is not. The term is generally pejorative. In general use there is often the implication of pretending to be that which one is not."
 
 
paling aku rasa macam annoy giler para  keekers ni, ramai nau nak jadi macam artis, post video kau cakap sensorang sambil mata terkebil-kebil budget orang bakal sama kan kau macam Nora Danish, pastu imitate suara kasi "anje-anje" skit. tett~
 
tapi aku takde hal lah dengan orang yang macam ni, sebab aku paham setiap orang angankan untuk menjadi seseorang yang di-adore-kan, macam zaman dedulu, kau berperasaan je lah sensorang. but now banyak medium yang kau boleh zahirkan tahap wannabe kau tu. selalunya kalau aku terbukak account para wannabe, aku tak kata apa, either aku habiskan tengok video dia or else kalau agak-agak "tak boleh blah", aku takde la tengok lagi video-video keekers ni, pergi tanpa tinggalkan sebarang comment yang bakal merendahkan kredibiliti wannabe ni.
 
so, point yang aku nak highlight ni para pengkomen tak bertauliah ni. selalunya korang boleh nampak pengkomen macam ni kat account artis-artis contohnya. sebab cara-cara pengkomen kategori ni terserlah tahap kejelesan dia. contoh video gyiwomi budak ni, first time aku tengok aku rasa pleasant je, nampak cute. tapi ada je yang jenis tak puas hati, keluarlah dalil-dalil yang tak perlu pun kau nak bermatian tegakkan. aku rasa orang macam ni teringin nak buat, tapi takut orang keji, so sebelum orang keji dia, baik dia keji orang lain dulu. haha
 
 
 
 
lagi satu video kat bawah ni, tak boleh ke you just enjoy the music? kalau lahiriahnya kau memang tak suka lagu-lagu Yuna, tak payah la dengar kan. tapi perlu ke kau jadi over-sensitive? duhh~~
 
 
 
 
kalau kat Instagram lagi la, biasa la artis-artis ni kenkadang post gambar "macam dunia ni ana yang punyaaa~~", dah katanya "saya jadi diri sendiri, i dont give a damn" . so kita nak kata apa kan? lantak pi dia la. tak payah der kita nak jadi cikgu nak betulkan moral dia, hakikatnya artis-artis ni pun pegi sekolah, dia belajar akhlak dalam kehidupan segala ni. antara dia nak implement it or not.
 
yang penting kita jaga sahsiah kita, jaga kata-kata kita. kalau iyer pun kita ni "angel" sangat, tak perlu la nak jadi outspoken. setiap manusia ada sensitiviti dia. kalu tak suka, button "remove", "unfriend", "unfollow" sentiasa depan mata.
 
aku pun takdenya lah angel sangat pun , kalau aku rasa macam nak throw my view, aku share sesama kawan-kawan je, contohnya kat twitter or FB.  itu pun share gitu-gitu jer, mostly jadi bahan lawak je, takde makna la nak beria-ia or take serious sangat macam pengkomen tak bertauliah.
 
moral story: hari ni kau kutuk orang, esok lusa orang kutuk kau, jangan pulak melenting ye. Peace.
 
Chill. Till Then.

Sunday, May 12, 2013

Tantrum

"A tantrum (or temper tantrum or tirade or hissy fit) is an emotional outburst, usually associated with children or those in emotional distress, that is typically characterized by stubbornness, crying, screaming, yelling, shrieking, defiance, angry ranting, a resistance to attempts at pacification and, in some cases, violence. Physical control may be lost, the person may be unable to remain still, and even if the "goal" of the person is met he or she may not be calmed. A tantrum may be expressed in a tirade: a protracted, angry, or violent speech."
 
Dani sedang berada di fasa super-tantrum. ada tak term tu? hehe. yes, itu lah hakikatnya. sebelum aku pregnant, memang Dani least tantrum, semua masih under control. kalau kita says no, dia patuh lagi. tapi bila aku masuk 2nd trimester, aku nampak dia dah start suka mengamuk tak tentu pasal.
 
ramai yang bagitau, biasalah budak meragam sebab dia tau dia bakal dapat adik. masa mula-mula, aku tak bole cope dengan perangai dia. bila dia start mengamuk, aku pun sama naik angin. aku pun perasan sejak pregnant ni, level "hangin" aku memang meningkat, mudah sangat naik marah. so bila angin bertemu angin, apa lagi, aku dengan Dani tak jadi bestfriend dah. kitorang jadi macam sorang Ultraman, sorang Monster.
 
 
 
ada satu tahap, setiap kali aku hantar Dani pergi rumah pengasuh, mesti dia tak nak keluar dari kereta. korang bayangkan eh, masa dalam kereta aku dah awal-awal warning sampai rumah pengasuh jangan nangis, mama nak work, petang mama pick up. selalunya Dani dengan confident jawab, "Baik, bos!"  , FYI, dia akan panggil aku "Bos" sebagai memberi maksud "like I care whatever you said, mom" , so bila dia start panggil aku Bos, aku tau sangat setiap butir yang aku cakapkan maknanya ibarat mencurah air ke daun keladi T__T
 
sampai je kat rumah pengasuh, dia akan siap sedia pegang dashboard or seat sekuat hati, so tugas aku setiap hari kena tarik dia keluar dari kereta macam hape je. kalau aku ni tak membawak perut, memang takde hal, tapi ni mak kau dah la perut memboyot, kau buat perangai gini, nak. *pengsan* last resort, sekarang tugas hantar Dani di serahkan kat abah dia. bila abah dia hantar, ok la pulak. korang nampak tak permainan Dani? T__T
 
tu belum lagi tambah dengan dia tak dapat apa yang dia nak, dia punya berguling atas lantai, nangis sampai high-pitch. aku kalau dah hilang sabar, nak elak dari tangan naik, memang aku terus blah je, nangis la kau sorang-sorang kat situ. so selalunya abah dia la take over melayan kerenah si Dani.
 
 
tapi bila dah lama-lama memang rasa kesian la pulak, ye lah mungkin ada betulnya dia "rasa" nak ada baby lepas ni, tak boleh manja-manja dah. aku pun dah start kawal emosi, try layankan ajer perangai dia tu. dan sangat berharap by the time, babyE dah keluar, Dani dapatlah kawal emosi dia pulak. wiuwiuwiu
 
 
Budak Bertuah. Soon to be Abang :)
 
 
 
Till Then.