HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, April 25, 2013

mengandung kali kedua

betul lah kata kebanyakan orang, lain anak, lain ragam ketika mengandung. macam tu jugak aku, pengalaman dah 2 kali ni totally different.
 
pengalaman mengandungkan dani sangat mudah, takde masalah morning sickness ke apa, paling teruk pun aku kena heartburn je. selera makan jangan cakap la, memang tak beragak, itu yang sampai final trimester aku cecah 18kg kot kalau tak silap. tapi bila dani keluar, memang thrill sikit la, masa pantang dia kena sawan, lepas tu aku kena handle masalah trigger finger dia almost a year. bukan mengeluh, tapi itu semua bahagian masing-masing. Wallahualam...
 
dalam pada aku berdepan dengan masalah irregular period, tak sangka sangat aku di bagi pula nikmat mengandung kali kedua. cuma pengalaman kali ni sangat berbeza. 3 bulan aku suffered from morning sickness, asal masuk makanan, muntah. aku cuba tak nak makan, sebab letih asik muntah. tapi tak boleh, sebab lapar aku memang tak tertahan-tahan, kalau aku lapar, dan-dan tu jugak aku nak makan, tapi tak sampai 5 minit, muntah.
 
teringat masa awal mengandung pegi cuti ke Melaka, parking dekat depan Dataran Pahlawan, berjalan kaki sepanjang bandar Melaka, boleh kata setiap pitstop aku muntah T__T habis je azab morning sickness, aku kena heartburn, BP pun tak stabil. ni dah dekat masuk 3rd trimester, kulit aku jadi kering yang sangat teruk. dah 27 wks, naik 4kg. ok kot, sebab kali ni aku makan macam orang normal, haha. tak macam masa dani dulu, sumbat semua ada.
 
tapi tu semua pengalaman kan? tak semua boleh rasa apa yang kita rasa. bersyukur sangat. ok kali ni aku nak share produk yang aku pakai sepanjang pregnant ni.
 
1) Pregnancy Supplement
 
 
biasa bila dah ada pengalaman mengandung, kita memang akan well-aware jenis-jenis supplement. masa dani dulu aku amalkan obimin, calcium & Neurogain je. tapi untuk BabyE, aku consume Blackmores Pregnancy Formula & Calcium. kadang-kadang kalau stok Blackmores susah nak dapat kat farmasi, aku beli Neurogain, Iberet Folic & Calcium. buat orang yang mengandung kali pertama, mesti confuse kenapa mesti ada Calcium? ok gini ye dik, ecece.. tak semua orang boleh telan susu untuk maternity, so kita replace kan dengan pil Calcium. jangan risau kalau contohnya kalau tak minum susu nanti baby kurang Calcium la apa, takde maknanya. kalau tak nak minum susu, makan je pil Calcium, senang cerita :) tapi jangan pulak susu kau tak nak minum, pil Calcium pun tak nak telan, bukan stakat baby je kurang nutrien, mak dia pun akan suffered bad-cramp, sebab baby tu for sure korek Calcium korang. ada paham?
 
2 kali mengandung, aku teruk kena heartburn. ada yang risau takut Gaviscon ni tak elok untuk baby, so far gynea aku kata ok je. cuma nya kalau boleh jangan lah depend pada Gaviscon semata-mata. pastikan minum air masak sebanyak yang mungkin, In Sha Allah boleh kurangkan rasa perit ulu hati tu.
 
 
2) Penjagaan Badan
 
 
masa Dani, aku kena kurap sejibik macam kat bawah ni. pathetic enough? bila pergi consult Doctor, dia tak boleh nak buat apa. sebabnya aku tak pernah kena macam ni, so besar kemungkinan benda ni adalah pembawakan mengandung je. memang betul pun, lepas je dani keluar, hilang terus parut-parut kurap tu.
 
 
yang kali kedua ni lain pulak, kulit aku jadi kering sangat. bila dah kering, bertambah gatal la rasa. untuk perut, aku guna brand Pureen je, beli pun sebab promo Baby Expo, so far ok la. untuk badan aku beli Sebamed Moisturizing Body Lotion & Sebamed Face/Body Wash, produk ni memang ok sangat. gatal-gatal terus jadi kering.
 
 
3) V-Part Hygiene
 
 
ok masa mengandung, V-Part memang akan jadi sensitif, sometime discharge tu akan berlebihan tahap melampau. bila dah banyak discharge of cos gatal dia memang hazabb sangatt. jadi penggunaan Feminine Wash amat penting, aku memang tak sesuai brand Lactacyde, Sebamed je yang dapat membantu. terpulang pada kesesuaian masing-masing.
 
aku ada google penggunaan Cotren Vaginal Tablets ni, ramai yang risau takut masa pregnant tak boleh guna. aku guna benda ni pun sebab dah tak tertanggung hazabb gatal, dari jadi infection, baik cegah dulu ye dak. masa mengandung Dani, doctor pernah masukkan pil ni dekat V-Part aku, takde masalah pun. so untuk kedua ni, aku masukkan sendiri, tapi without applicator usage ok. mungkin bahaya kot, takut terlebih jolok ke dalam. hehe.
 
 rasa dah panjang sangat entry aku ni, ingat nak cramp-kan semua cerita dalam satu entry, takut korang bosan pulak baca. so nanti aku post hari lain ok.
 
Till Then.
 

Tuesday, April 9, 2013

Perihal Buku Merah

Sori yer lama sangat aku mendiamkan diri, kesihatan sangat tak mengizinkan sekarang. so, mood pun agak ke laut.
 
Hari ni nak cite pasal buku merah. Yang tak kahwin lagi or takde baby lagi sure confuse apa tu buku merah? Ha ni bukan buku merah yang macam lagu Kaka dengan Zizan tu ye, ni buku merah yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Kegunaan buku merah ni adalah untuk menyimpan segala data perjalan pregnancy kita, history penyakit kita ke apa.

Masa aku pregnant kan dani, aku memang tak tau langsung kewujudan or kepentingan bukak buku merah. Masa tu aku baru pindah JB, baru pulak start kerja dengan company baru. So, aku agak blur kat mana nak buat checkup. Kebetulan panel klinik company dekat Hospital Penawar, tapi yang tak best company aku tak cover maternity. Plus baru je keja, mana entitle untuk Annual Leave lagi, then aku laki bini decide buat checkup dekat Penawar. Sampai la satu masa aku dah full term kot, mak aku tanya, "ko dah buat buku merah ker?" Pang! Terus aku tanya wajib ke nak buat? Oh sebelum tu memang kami decide bersalin je kat gomen. Tapi aku memang tak budget pun memang wajib buat buku merah kalau bersalin kat gomen.

Sampai la hari aku admit labour, doctor tanya mana buku merah. Aku cakap la, memang tak buat buku merah, aku bagi dia rekod Hosp Penawar, sambil beri alasan yang aku susah nak dapat cuti untuk refer kat KK, maklum lah checkup kat KK available weekdays jer. Apa lagi, memang doctor tu membebel la dengan aku. Sentap mak! Dah la aku tengah menahan contraction, lepas tu perli-perli kata nak beranak gomen tapi checkup swasta. Tak manis kot cakap macam tu, bukan aku tak nak checkup kat KK, tapi masalah aku yang baru berpindah keja, jadual keja yang terbatas, tak boleh nak follow hari checkup on weekdays.

Aku amik situasi tu sebagai lesson. So, untuk second baby. Aku masih continue checkup dekat Penawar, tapi aku dah plan nak buat buku merah jugak. Cukup 4 bulan pregnant aku pegi KK, beria la tunggu berjam-jam buat procedure, then aku tanya la nurse;

Aku: "Nurse, boleh ke saya buat checkup kat 2 tempat"
Nurse: "boleh takde masalah, tapi awak kena follow kita punya checkup date."
Aku: "eh tak boleh ke kalau bulan ni saya checkup kat luar, bulan depan saya checkup kat KK?"
Nurse: "eh kenapa plak gitu. Mana boleh awak nak check kat berapa banyak tempat pun. Awak kena follow date kite"
Aku: "saya memang tak boleh follow date KK sebab saya selalu kena pegi audit, outstation. So tak bole nak follow checkup KK masa hari bekerja.."
Nurse: "oh kalau gitu awak checkup luar jelah, tak payah la buat buku merah.."
Aku: "saya nak bersalin kat gomen. Doctor tak marah ker. Nnti jadi macam dulu..."

Aku pun continue la cerita apa yang aku kena masa nak bersalin kan dani dulu. Yang nurse pelik gila,  sebab eventhough kita nak bersalin gomen, takde masalah kita nak checkup kat luar, asalkan segala hal pregnancy ada dalam rekod. Aku macam tak percaya bila dia cakap macam tu sebab aku beria kena marah dengan doctor sebelum ni. Sampai sekarang ahkak ingat weii.. Rupanya dia kata dulu memang yer diorang nak kan buku merah tu, tapi sekarang dah tak kesah...

Ler, awat ler tak habaq awai-awai, kematu pungkoq tunggu 4 jam semata-mata nak buat buku merah. So aku decide continue checkup kat Hospital Penawar, then nurse pun dah tulis kat buku merah aku atas reason apa aku mintak pindah checkup.

Mesti ada yang nak tanya kenapa tak beranak je kat private.. Biasa la, kalau normal RM 3-4k ahkak mampu la. Kalau operation, rasa nya aku dah check purse ada berapa sen kot. Aku check up kat luar pun atas alasan yang munasabah, meeting, audit bukan kira masa. Tak dapat la nak mintak nurse kat KK asik ubah date checkup. Mau kena penampar bak hang *peace*
 
Till Then.