HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, May 16, 2013

Lumrah Manusia

Terpanggil rasanya nak bercerita perihal jenis-jenis manusia yang wujud disekeliling kita ni. macam yang kita tau, sekarang ni dah wujud macam-macam medium, instagram-lah, twitter-lah, keek-lah, wechat-lah, viber-lah.. a lot, sampai aku pun lost track. knowing me yang memang tak rajin nak get involve dengan benda-benda ni sangat, buatkan aku rasa macam dasyat gila teknologi sekarang.
 
tapi apa yang aku nak highlight ni totally based on my point of view, kalau ada yang tak sependapat dengan aku, nak buat macamana kan, deal with it lah. aku perasan sejak adanya medium-medium ni, aku nampak ramai nau yang jadi wannabe;

"A wannabe (slang for "want to be") is a person with an ambition to be someone or something that she/he is not. The term is generally pejorative. In general use there is often the implication of pretending to be that which one is not."
 
 
paling aku rasa macam annoy giler para  keekers ni, ramai nau nak jadi macam artis, post video kau cakap sensorang sambil mata terkebil-kebil budget orang bakal sama kan kau macam Nora Danish, pastu imitate suara kasi "anje-anje" skit. tett~
 
tapi aku takde hal lah dengan orang yang macam ni, sebab aku paham setiap orang angankan untuk menjadi seseorang yang di-adore-kan, macam zaman dedulu, kau berperasaan je lah sensorang. but now banyak medium yang kau boleh zahirkan tahap wannabe kau tu. selalunya kalau aku terbukak account para wannabe, aku tak kata apa, either aku habiskan tengok video dia or else kalau agak-agak "tak boleh blah", aku takde la tengok lagi video-video keekers ni, pergi tanpa tinggalkan sebarang comment yang bakal merendahkan kredibiliti wannabe ni.
 
so, point yang aku nak highlight ni para pengkomen tak bertauliah ni. selalunya korang boleh nampak pengkomen macam ni kat account artis-artis contohnya. sebab cara-cara pengkomen kategori ni terserlah tahap kejelesan dia. contoh video gyiwomi budak ni, first time aku tengok aku rasa pleasant je, nampak cute. tapi ada je yang jenis tak puas hati, keluarlah dalil-dalil yang tak perlu pun kau nak bermatian tegakkan. aku rasa orang macam ni teringin nak buat, tapi takut orang keji, so sebelum orang keji dia, baik dia keji orang lain dulu. haha
 
 
 
 
lagi satu video kat bawah ni, tak boleh ke you just enjoy the music? kalau lahiriahnya kau memang tak suka lagu-lagu Yuna, tak payah la dengar kan. tapi perlu ke kau jadi over-sensitive? duhh~~
 
 
 
 
kalau kat Instagram lagi la, biasa la artis-artis ni kenkadang post gambar "macam dunia ni ana yang punyaaa~~", dah katanya "saya jadi diri sendiri, i dont give a damn" . so kita nak kata apa kan? lantak pi dia la. tak payah der kita nak jadi cikgu nak betulkan moral dia, hakikatnya artis-artis ni pun pegi sekolah, dia belajar akhlak dalam kehidupan segala ni. antara dia nak implement it or not.
 
yang penting kita jaga sahsiah kita, jaga kata-kata kita. kalau iyer pun kita ni "angel" sangat, tak perlu la nak jadi outspoken. setiap manusia ada sensitiviti dia. kalu tak suka, button "remove", "unfriend", "unfollow" sentiasa depan mata.
 
aku pun takdenya lah angel sangat pun , kalau aku rasa macam nak throw my view, aku share sesama kawan-kawan je, contohnya kat twitter or FB.  itu pun share gitu-gitu jer, mostly jadi bahan lawak je, takde makna la nak beria-ia or take serious sangat macam pengkomen tak bertauliah.
 
moral story: hari ni kau kutuk orang, esok lusa orang kutuk kau, jangan pulak melenting ye. Peace.
 
Chill. Till Then.

10 comments:

Ainul said...

ainul pun xsuka org yg over dok kondem org. kalau tak suka diam je.tutup takyah tgk.

Super Nia Hana said...

ehehe..org yg asyik kondem je mmg tae baik dimata dia.
semua nak prasangka buruk.sabau je lah

afni+hafiz=dani said...

ainul: jyeah betull tu.. tak suka tak payah tengok ye dak.

nia: tu la, tak baik berprasangka. kite jaga diri kite sudah kan.

Mr. Z and Mrs. Z said...

mungkin niat pengkomen tu nak tegur tp cara tu salah.mungkinlah kot.hehehehe.tak salah kita nak tegur kalo tk suka dgn bnda2 yg kita nmpk sesuatu org buat tu over n menyalahi syarak.tp tulah...selemah lemah iman kita berdoa dalam hati agar org yg buat salah tu diberi petunjuk dan kita remove diri kita dr buat dosa melihat n mengutuk =).senang cite.eh..tetiba jd ustazah tak bertauliah.hehehehe

afni+hafiz=dani said...

Mrs Z: hehe.. takpe, asalkan niat kite nak tegur tu betul dan ikhlas :)

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

Itu baru dunia it...blm para pngkomen sebelah kite yg satu opis pun dah cam tak tau nkckp pe diorg ni tang mulut tak berlesen...huiihhh..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
afni+hafiz=dani said...

Mya: gitu la lumrah manusia. hehe

Hanani said...

kan..diorang ni sebenarnya jeles atau tak boleh tgk org lain lebih..ko tak suka takyah tengok...

afni+hafiz=dani said...

nani: kan? as simple as that.