HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, May 29, 2013

4 Tahun

Alhamdulillah, tahun ke-4 kami masih bersama sebagai suami isteri. mungkin bagi sesetengah orang, apa lah sangat dengan angka 4 tu, kata orang-orang tua masih fragile, banyak lagi benda yang perlu belajar. yes, we are taking baby steps.. bukan senang untuk kekal bersama.
 
aku ingat lagi masa bercinta dulu bukan mudah, hampir 3 tahun kami long distance relationship. rasa susah untuk kekalkan hubungan tu memang ada, sebab kita tak pasti rasa cinta tu macamana. tapi itu lah, dalam hubungan yang penting, setia, setia, setia, dan setia. tarikh keramat 30hb Mei 2009, Alhamdulillah, hubungan di-halalkan dengan sekali lafaz.

 

 
3 tahun bercinta jarak jauh, 5 bulan pertama kahwin masih jauh. akhirnya aku dengan Hafiz decided duduk sama. bukan senang untuk hidup sendiri, aku dengan Hafiz pilih untuk usaha semuanya sendiri, perasaan segan sangat tebal untuk mintak tolong keluarga untuk mulakan hidup. tapi kitorang puas, dari tidur beralaskan toto nipis, rumah takde perabot apa pun, sampai la rumah sekarang hampir sarat dengan barang. sengaja kami pilih untuk hidup susah bersama, bila bergaduh, ada lah modal untuk ingat kembali susah senang bersama nak hidup.
 
berkahwin muda bukan perkara yang senang, aku baru 23 tahun masa tu, Hafiz pulak 26 tahun. 1-2 tahun pertama, sangat mencabar,  masing-masing hidup jauh dengan makbapak, rasa nak memberontak, rasa marah, tak pandai nak kawal emosi, semua ada. cuma untungnya kami berdua ni kalau bergaduh salah seorang mesti kena cool, tak boleh 2,2 panas. bila dah lama hidup bersama, Alhamdulillah, bukan lah kata peaceful sangat, tapi kami masih lagi cuba untuk make it peaceful.
 
dikurniakan seorang anak, dan seorang lagi bakal ada dalam masa terdekat. Alhamdulillah, syukur sangat. tak pernah aku terfikir bakal punyai anak dalam umur semuda ni. anak-anak yang menjadi ikatan kami suami isteri semakin kuat harapnya.
 
 
Iman Dani Mohd Hafiz. Bulan Pertama.
 
 
Iman E* Mohd Hafiz. soon baby soon.
 
B,
 
I mungkin bukan seperti para isteri yang u idam-idamkan, tapi I janji kat u akan cuba jadi yang terbaik. TQ sangat sebab sentiasa sabar dengan kerenah I yang kadang-kadang mengalahkan Dani.
 
- Masih lagi jadi lelaki pertama yang tak pernah putus asa melayan perangai kuat merajuk I.
- Masih lagi lelaki yang melayan kerenah manja I yang kadang-kadang boleh buat hilang akal.
- Masih lagi jadi lelaki yang confuse tapi masih boleh terima perangai I yang 5 minit tadi happy-happy, lepas 5 minit I tetiba mengamuk tak tentu pasal.
- Masih lagi bagi ruang untuk I bersama kawan-kawan.
 
You're are the best, sayang. sayang cinta I still lagi untuk u, In Sha Allah till our last breath. Happy 4th Anniversary baby :)
 
 
 

5 comments:

Maimun Razali said...

happy 4th anniversary afni dan suami....hopefully uolls happy dan bahagia hingga ke akhir hayat....

*touching biler baca entry nih tau

Ann Ilias said...

Happy 4th anniversary afni! semoga korang bahagia dunia akhirat in sha Allah

afni+hafiz=dani said...

Mun & Ann: TQ korang. amin amin :)

NURUL JAMIAN said...

hepi anniversary beb

afni+hafiz=dani said...

TQ nurul :))