HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, April 9, 2013

Perihal Buku Merah

Sori yer lama sangat aku mendiamkan diri, kesihatan sangat tak mengizinkan sekarang. so, mood pun agak ke laut.
 
Hari ni nak cite pasal buku merah. Yang tak kahwin lagi or takde baby lagi sure confuse apa tu buku merah? Ha ni bukan buku merah yang macam lagu Kaka dengan Zizan tu ye, ni buku merah yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Kegunaan buku merah ni adalah untuk menyimpan segala data perjalan pregnancy kita, history penyakit kita ke apa.

Masa aku pregnant kan dani, aku memang tak tau langsung kewujudan or kepentingan bukak buku merah. Masa tu aku baru pindah JB, baru pulak start kerja dengan company baru. So, aku agak blur kat mana nak buat checkup. Kebetulan panel klinik company dekat Hospital Penawar, tapi yang tak best company aku tak cover maternity. Plus baru je keja, mana entitle untuk Annual Leave lagi, then aku laki bini decide buat checkup dekat Penawar. Sampai la satu masa aku dah full term kot, mak aku tanya, "ko dah buat buku merah ker?" Pang! Terus aku tanya wajib ke nak buat? Oh sebelum tu memang kami decide bersalin je kat gomen. Tapi aku memang tak budget pun memang wajib buat buku merah kalau bersalin kat gomen.

Sampai la hari aku admit labour, doctor tanya mana buku merah. Aku cakap la, memang tak buat buku merah, aku bagi dia rekod Hosp Penawar, sambil beri alasan yang aku susah nak dapat cuti untuk refer kat KK, maklum lah checkup kat KK available weekdays jer. Apa lagi, memang doctor tu membebel la dengan aku. Sentap mak! Dah la aku tengah menahan contraction, lepas tu perli-perli kata nak beranak gomen tapi checkup swasta. Tak manis kot cakap macam tu, bukan aku tak nak checkup kat KK, tapi masalah aku yang baru berpindah keja, jadual keja yang terbatas, tak boleh nak follow hari checkup on weekdays.

Aku amik situasi tu sebagai lesson. So, untuk second baby. Aku masih continue checkup dekat Penawar, tapi aku dah plan nak buat buku merah jugak. Cukup 4 bulan pregnant aku pegi KK, beria la tunggu berjam-jam buat procedure, then aku tanya la nurse;

Aku: "Nurse, boleh ke saya buat checkup kat 2 tempat"
Nurse: "boleh takde masalah, tapi awak kena follow kita punya checkup date."
Aku: "eh tak boleh ke kalau bulan ni saya checkup kat luar, bulan depan saya checkup kat KK?"
Nurse: "eh kenapa plak gitu. Mana boleh awak nak check kat berapa banyak tempat pun. Awak kena follow date kite"
Aku: "saya memang tak boleh follow date KK sebab saya selalu kena pegi audit, outstation. So tak bole nak follow checkup KK masa hari bekerja.."
Nurse: "oh kalau gitu awak checkup luar jelah, tak payah la buat buku merah.."
Aku: "saya nak bersalin kat gomen. Doctor tak marah ker. Nnti jadi macam dulu..."

Aku pun continue la cerita apa yang aku kena masa nak bersalin kan dani dulu. Yang nurse pelik gila,  sebab eventhough kita nak bersalin gomen, takde masalah kita nak checkup kat luar, asalkan segala hal pregnancy ada dalam rekod. Aku macam tak percaya bila dia cakap macam tu sebab aku beria kena marah dengan doctor sebelum ni. Sampai sekarang ahkak ingat weii.. Rupanya dia kata dulu memang yer diorang nak kan buku merah tu, tapi sekarang dah tak kesah...

Ler, awat ler tak habaq awai-awai, kematu pungkoq tunggu 4 jam semata-mata nak buat buku merah. So aku decide continue checkup kat Hospital Penawar, then nurse pun dah tulis kat buku merah aku atas reason apa aku mintak pindah checkup.

Mesti ada yang nak tanya kenapa tak beranak je kat private.. Biasa la, kalau normal RM 3-4k ahkak mampu la. Kalau operation, rasa nya aku dah check purse ada berapa sen kot. Aku check up kat luar pun atas alasan yang munasabah, meeting, audit bukan kira masa. Tak dapat la nak mintak nurse kat KK asik ubah date checkup. Mau kena penampar bak hang *peace*
 
Till Then.

4 comments:

Nana Suhana said...

salam sis nk tnye klu check up kt private xyh bt buku merah ker? bsalin kt gomen...

afni+hafiz=dani said...

Salam Suhana. Sori lambat reply. macam saya checkup kat private tapi bersalin gomen. tak perlu buku merah. asalkan kite ada rekod dengan lab result untuk darah semua tu.

naa nard said...

Tq for da info :) sy slalu gduh dgn hubby bab ni memandangkan dia pon auditor. Xdak masa nk bawa g kk. Check up kt private ja yg sempat.

MAT NOR said...

Wife pun baru buat buku merah semalam kat klinik desa. Walaupun luar kawasan klinik desa tetap terima. Atas dasar tumpang check up. Jururawat sana still advice Wife buat buku merah kat KKM yg sepatutnya di lingkungan tempat tinggal. Sebabnya jururawat klinik desa takkan datang melawat apabila bersalin. ‪‪