HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Monday, March 11, 2013

cuti-cuti Langkawi - Part 1

Adoi lama gila aku tak update blog. Dkat sebulan dah ha. Tapi hari-hari aku duk filter viewer, masih lagi ada viewer, apa korang carik eh?

Aku sebenarnya memang takde idea nak update. nak update pasal second pregnancy ni pun, alahai bercinta je rasa.... ok takpe, kali ni aku nak update pasal cuti-cuti ke Langkawi. masa kat sana, beria la aku nak update secara live, tapi ipad buat perangai, geram je. jum start cite :)

Kitorang sampai Langkawi pukul 4pm. Letih jangan cakap la, sebab flight dari JB pukul 7am, then transit kat LCCT, next flight pukul 3pm. Memang kematu pungkoq ahkak anak beranak. Aku memang sengaja tak nak ambik flight tengahari dari JB sebab takut delay, naya je kang rushing nak kejar next flight.

Actually planning ke Langkawi dah lama. Aku book flight a year before, dapat promo price, 3 beranak dalam RM 300. Ok sangat-sangat la kan :) then malas nak drive ke KL, kitorang terpaksa la beli lagi tiket flight, lebih kurang RM 350.

Untuk hotel, kitorang book thru Agoda.com, akibat tak berapa familiar dengan Langkawi, aku simply pilih Seaview Hotel. Harga sangat reasonable, RM 145 per nite, aku amik 3nites. Harga sebenar kalau tak silap aku dalam RM 280 kot.





 

Seaview Hotel ni 3 star hotel. tapi memang puas hati la bilik dia, view pun cantik. harga inclusive breakfast. untuk makan jangan expect da boom ok, biasa-biasa je.

Untuk kereta sewa, aku sewa dari ex-colleague, akak ni berenti keja then buat bisnis sewa keta kat sini. Aku sewa Myvi RM 80 per day. Untuk harga Myvi, agak common la. Tapi aku lebih prefer sewa dengan orang yang aku kenal. 4 hari aku guna Myvi, ke sana sini minyak dalam RM30 kot. ok la kan.

1st day sampai pun dah lewat, memang kami tak kemana, badan dah flat sangat. Akibat kepenatan transit semalam, sampai dinner pun tak keluar, anak beranak terbongkang kepenatan. 

Hari Kedua, awal-awal lagi kami dah pergi Dataran Lang, tempat ni kat pekan Kuah jugak. yang best nya bila pegi bukan peak month, semua tempat lengang je, memang best la. aku tak boleh imagine kalau jalan congested macam kat Melaka. 


kat Dataran Lang memang takde pape, tengok yacht boleh la. kitorang pun tangkap-tangkap gamba lebih kurang. terus chow ke Makam Mahsuri. dekat sini aku memang tak berapa minat nak pegi, sebab aku ada perangai penakut sikit pegi tempat-tempat history macam ni. kalau pegi muzium pun, memang menyorok je belakang si Hafiz. punya la takut dengan patung-patung tu. tiket masuk Makam Mahsuri RM 7 for adult, untuk budak baya dani tak caj. tapi jangan terkejut dengan harga tiket dia, sebab dalam tu ada mini muzium  yang berkisar Mahsuri, bukan tapak kubur dia semata-mata.





 

lepas Makam Mahsuri, kitorang gerak pegi Beras Terbakar. dekat sini dah takde pape pun. sebelum masuk tempat Beras Terbakar tu ada la macam bazaar jual souvenir. kat tempat lain aku tak pasti, tapi souvenir kat sini memang reasonable la harga dia. ouh kalau datang sini, jangan lupa try Nasi Sup ok. memang marvelles lah :)




masa kat Beras Terbakar ni kalau tak silap aku dalam pukul 2pm lebih kot. kebetulan sepanjang kat Langkawi ni, panas dia memang tahap migrain la. planning nak naik cable car, tapi tak boleh jadi la bila kenangkan kepanasan melampau. balik hotel, mandi-mandi, tukar baju kejap. then dalam pukul 5pm lebih gerak pegi tempat cable car.

kat cable car ni, bukan la benda tu semata-mata. kawasan dia besar, ada macam-macam kedai jual souvenir, ada banyak aktiviti. sebab sampai pun dah lewat. kebanyakan kedai dah tutup. aku perasan kat Langkawi ni, memang kedai-kedai kebanyakannya pukul 6pm dah tutup. untuk cable car diorang bukak sampai pukul 8pm.tiket RM 15 per adult, RM 10 untuk budak-budak, rate umur dani pun kena bayar tau.

pengalaman naik cable car? Masyaallah, memang keja gile kot. memang itu la sekali aku naik, memang lepas ni jangan harap aku nak naik lagi. dia punya tinggi tu memang dasyat, lepas tu dah la curam cable dia. kat atas bukit tu ada 2 pitstop. yang kitorang mati-mati ingat ada satu je pitstop, rupanya ada lagi tinggi. skybridge yang ngeri tu tutup under maintenance. kata orang yang keja situ dah setahun lebih tutup sebab takde budget nak maintain. 








sebabkan rasa tak puas hati tak dapat jelajah kawasan kedai-kedai kat area cable car tu. kitorang plan untuk datang lagi keesokan paginya. nanti kita sambung cite lagi ok :)

Till Then.

3 comments:

NURUL JAMIAN said...

Lama dah aku tak pergi Langkawi. Rasanya masa aku diploma kot aku pergi Langkawi. Pergi dengan kawan2. Babe muka ko berseri2 je ye

afni+hafiz=dani said...

nurul: auwww ramai cakap gitu. ni yg nak ngandung baby girl tetiap tahun ni. hehe

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.