HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Saturday, October 6, 2012

diet dan aku

haih maaf la yer. korang termasuk ke blog yang sangat obses untuk diet. haha. it will never end bebeh. selagi aku tak achieve berat yang aku nak, selagi tu lah korang akan baca aku duk bebel pasal diet je T__T

diet kali ni lain sikit dengan cara diet aku sebelum ni, i found this really effective dan apa yang paling penting? jimat gila baban! why? ok sebelum ni ada beberapa blogger sedia maklum aku ada consume jusmate 5 (jm5). satu kotak dalam RM 150 camtu, effective tak? so far aku ada consume 3 kotak. kotak pertama aku lost 4kg, kotak ke-2 dan ke-3? nan hado! aku pun tak pasti apa silap nya. dan paling tak best, paham-paham la bila diet kita bergantung dengan produk diet, it will not last. malahan kau akan rasa lebih di pam-pam.. get it?

lepas aku give up dengan jm5, aku beralih kepada cara diet lebih sihat, aku invest sikit duit beli "stationary bicycle" .. aku beli masa dah dekat nak puasa. so bila puasa campur cycling setiap hari, memang sangat membantu. masa puasa aku makan nasi satu senduk time sahur, giler kau tak makan nasik, aku ni dah la perangai mengalahkan budak kecik, boleh menggelupur kalau tak sahur nasik. tapi bila berbuka, aku minum milo dan roti atau kuih. cukup! no dessert or supper.

diet berlanjutan sampai lepas puasa. ada satu hari ni, masa raya, aku tak tau la kenapa aku rasa down sangat. padahal aku bukan lah bersaiz besar, cuma agak plum. tapi sebab aku dikelilingi orang yang kecik-kecik alahai membuatkan aku rasa macam.. erghhh stress! sebab tu rasa nak kekal diet semakin membuak-buak. kesian kan aku?

benda pertama aku buat, download satu application, "MyFitnessPal" . mana yang rasa nak diet secara sihat, aku suggest application ni, sebab dia tolong kita monitor kandungan makanan dan jumlah kalori yang kita makan. then bila kau rasa baru nak makan sebiji karipap, search kat "MyFitnessPal" , tengok jumlah karbo dan kalori, terus jadi turn off.

application saja tak cukup, aku jugak amalkan Diet Atkins. apa Diet Atkins? ramai kawan blogger dah try diet ni, memang effective kan korang? Diet Atkins ni maksudnya diet karbohidrat/karbo/carb. benda nya simple saja, kau jangan makan benda yang tinggi jumlah karbo, contoh: roti, nasi, mihun, mee, kentang, sotong, etc. dah tu nak makan apa? semua boleh makan kecuali yang aku sebut tadi. ada yang amalkan makan telur jer, euww aku tak boleh wei telan telur hari-hari. aku variety kan makanan aku.

contoh macam breakfast, aku akan buat omellete (telur sebiji, cheese setengah, sosej 1/4) dan kalau aku rasa lapar sangat aku akan makan sekeping chicken patty bersama omellete. tak perlu bancuh milo lagi, sebab nya omellete dan chicken patty tu pun ada karbo sikit, kalau tambah dengan milo 3in1, tinggi dah kan jumlah karbo. untuk lunch kalau weekdays, aku tapau sayur hijau dan ikan, tanpa nasik. kalau weekend, ada jugak aku makan nasik 2 sudu, hilangkan kempunan.

dulu kalau makan kat luar, aku mesti order air manis. kat rumah air yogurt Bliss tu memang sentiasa re-stock. ok untuk diet memang kita diharamkan amik air-air manis ni, kalau kempunan minum la sikit. macam air yogurt tu even low-fat, tapi kalau sehari minum 2-3 mug, tak jadi jugak kan. so aku dah berjaya haramkan segala air manis kat rumah. then, ada improvement kalau makan kat luar aku dah tak order air manis, aku order mineral water, ingat without ice.

sebelum ni honestly aku diet cara salah, memangla kengkonon tak nak makan nasik, tapi aku bantai makan roti 2-3 keping, lunch mihun / mee. minum air manis. so benda tak jadi, nak tau jumlah karbo sekeping roti dan sepinggan nasik? pegi google. sure nangis. senang cite, baik tak payah diet, makan je nasik. T__T

perit memang perit beb. tapi ini lah diet yang paling tak lapar dan tak susah. jangan paksa diri, buat slow-slow insyaallah kita boleh adapt. macam aku ni, bersyukur gak dapat si Hafiz yang mulut boleh tahan bab shoot-shoot pasal penampilan bini. haha. bila panas telinga, aku terus rasa lagi dicabar. so far, dalam sebulan ni aku dah hilang 4kg. target masih jauh, ada lebih kurang 6kg lagi. tak payah la aku reveal berat aku skang, sebab masih tak menepati citarasa lagi, kasi surprise sikit. haha. kemain bajet retis!

nanti kalau dah nampak pinggang, aku kasi up gambar okeh! *peace*