HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, September 11, 2012

Kes Pecah Cermin

lately, dah banyak sangat kita dengar kes orang pecah cermin kereta. dulu kala, orang pecah cermin bila takde orang dalam keta, contoh nya; kalau kita ada tertinggal laptop dalam keta, lepas tu cam bagus je duk tayang atas seat, memang alamatnya selamat la orang pecah keta kau curik laptop tu.

tapi itu dulu, trend dulu. trend sekarang, si perompak peduli apa, tengah kita syok-syok driving, then stop sebab lampu merah, tetiba "pang"..cermin pecah! handbag pun hilang di rembat! yang kita dekat seat driver ni tercengang atau lebih tepat terkesima, tak tau nak buat apa.. gila kan?

satu contoh nak share; kes pecah kereta dalam masa satu saat, can you imagine? @~@ kalau itu terjadi dekat kita, pemandu wanita, apa yang kita mampu buat? nak kejar pun no point. sebab selalunya si peragut bijak, dia buat taik time jammed. so kalau nak kejar, memang tak dapat lah~!



"PETALING JAYA: Ramai pemandu telah memasang cermin 'tinted' keselamatan pada tingkap kereta mereka untuk perlindungan tambahan selain untuk perlindungan cahaya berikutan kes rompakan "pecah dan ragut".
Pengeluar dan pengedar cermin ini melaporkan lonjakan dalam jualan untuk filem polister yang membantu menghalang tingkap daripada dipecahkan.
Menurut pengedar, kebanyakan pemandu yang mendapatkan cermin keselamatan ini ialah pemandu wanita."
kesian kan jadi perempuan? dulu heboh kes orang curah asid dalam keta, sekarang ragut pulak. aku pun ada niat nak pasang tinted yang elok sikit, sebab teramat risau. yelah, try korang imagine eh, let say dalam handbag cuma ada sekeping pampers anak, sapu tangan, tiger balm, duit dalam purse RM20 je. tapi bila cermin kena pecah, memang aku jadi hangin. sebab nilai cermin yang aku nak ganti lebih mahal dari barang yang hilang. damn it! then, let say kau sorok handbag bawah seat, tapi anak duduk dekat seat depan, yang si peragut bukan hirau apa, dia main pecah je cermin, tak memasal anak kita kena tempias cermin pecah. hangin eh?
so langkah berhati-hati mesti dititik beratkan. seriously. banyak bencana boleh berlaku, even kau duduk rumah diam-diam pun, boleh ada keta rempuh rumah kan? tak memasal arwah terus. dah macam final destination aku rasa.
so kat sini nak sama-sama share info untuk pemandu wanita macam kita-kita ni ok.
bila kita di seat penumpang atau kita driving, jangan letak handbag dalam keadaan begini:

letak bawah seat, terpampang macam tu? no, not a good idea~~


letak atas seat penumpang? lagi lah tidak bijak! no~ no~


 bila kita duduk di seat penumpang, jangan sesekali letak handbag atas riba, letak je bawah seat, tak jejas der LV ker, Coach ker.. kalau insist nak letak atas riba gak, silap-silap nyawa kau yang terjejas~


 ok, sebaik-baiknya, whenever kita driving, it's better for you to position the handbag like this;


letak bawah seat pemandu sendiri..tapi aku kurang gemar kaedah ni. sebab tak selesa kaki nak pijak-pijak pedal

ini adalah cara terbaik, letak di tepi anda sendiri, so serba sedikit dapat lah mengaburi pemandangan si peragut.. or else mungkin boleh letak celah diantara 2 seat di depan

so in conclusion, fikir-fikir kan lah cara terbaik untuk elak di ragut ok. jangan pandang benda ni sebagai perkara mudah. dan jangan sesekali nak tunjuk bijak dengan membuat drama swasta tarik-menarik dengan peragut. sangat bahaya. kalau dah ditakdirkan di ragut, biaq pi je. biar Allah je yang balas perbuatan orang-orang macam ni.

peace. muka tuan tanah masih tak sihat T__T

Monday, September 3, 2012

Dani dah bercerai..

sana sini orang update pasal cerita raya..aku bab-bab nak update mengikut trend semasa ni memang payah, sebab hasrat tu selalu terbantut. so hadap kan ajer la yer kalau aku update cerita raya 3,4 minggu lagi :)

ha dani bercerai? bercerai apa? yes, dani dan puting/soother sudah bercerai, orang lain duk sibuk wean-off, dani pun soother-off la kan? :) sesiapa yang kenal keluarga kami secara rapat, or kerap berjumpa dengan dani, memang tau sangat tahap obses nya dani dengan soother. dani memang sangat addicted dengan soother, kalau boleh 24 jam mesti duk menghisap. 

masa die baby aku masih tolerate lagi, sebab takde gigi. bila start dia ada gigi aku memang dah susah hati, yelah aku selalu dengar kalau kerap hisap soother ni, gigi ni ada possibility untuk "maju ke depan" .. so dah banyak cara aku buat untuk pisahkan dani dan soother. ramai cakap celup soother dengan serbuk kopi lah, sorok soother lah, dan macam-macam lagi. aku dah buat semua, takde satu pun yang jalan. tapi dani ada satu kelemahan, dia memang sangat takut dekat cicak, so aku memang keras hati, beli cicak plastik, letak dekat tepi soother. abah dani cakap aku jahat, tapi who cares, dari anak merana, baik buat mana yang sepatutnya. tapi kejap je jalan, bila dia berjam menangis nak kan soother dia, aku campak je bagi dia, sebab mak dia ni memang serabut kalau dengar anak merengek tak memasal.

tapi method cicak plastik tu berhasil la jugak, tahap obses dani dengan soother berjaya di kawal, dia mintak time nak tido jer. ok la kan. tapi ada satu kejadian ni yang membuatkan dani terus tak nak dengan soother. seminggu selepas raya, kami ke Jusco nak carik soother baru setelah duk delay beberapa bulan kes lupa je manjang nak beli. aku tunjuk kat dani, nak design yang mana. aku tak tau brand lain, tapi kalau Avent memang banyak design, so since anak dah besar dan pandai memilih, aku biarkan dani decide. so dia pilih yang ini;


 brand yang sama, cuma design dia mintak yang plain..ok layankan ~

sampai je rumah, aku bukak, terus bagi kat dani. si hensem reject sambil cakap; "wekk..wekk.. tak dapp..nanakk" ..aku pun pelik, cakap dengan dia sama je, dia mati-mati tak nak jugak. mak aku ada cakap, budak ni memang ada satu stage, dia memang tak nak langsung tukar soother or puting botol susu. yang berkulat/lusuh tu la yang dia nak. so detik 24th ogos, 2012, dani bebas dari soother nya. kalau lah aku tau begini senang, aku takde lah duk delay-delay nak beli soother dia. caitt~!




 soother lama dani. berkarat kan? hari tu suruh dia pilih design camni, dia yang tak nak.

bawah ni semua gambar dani masa zaman obses dengan puting sampai mak die boleh jadi stress!!






now, anak I dah jadi grown up kid. sudah pandai tidur sendiri w/o soother lagi :) happy me!