HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, May 23, 2012

masakan paling simple; chicken kungpao!


dekat instagram memang kesukaan aku untuk pos apa yang aku masak, so 2 hari lepas rutin berjalan seperti biasa pos kan di instagram hasil air tangan aku (eceh..)


tak sangka pulak ramai yang kecuq ayaq liur tengok chicken kungpao yang hanya sipi-sipi je aku snap, tajam betul mata korang eh. actually chicken kungpao ni adalah masakan terawal aku masak masa memula kahwin, masa tu masih lagi jadi penganggur berjaya, so hari-hari duk masak kat laki. sampai aku pun da naik jemu tak tau nak masak apa, so i made this which at first i'm not even know the commercial name. selepas sekian lama, satu hari tu aku ada luncheon discussion di Thistle Hotel, they served this and its called "chicken kungpao" =D


mujur aku ada simpan lagi resize image, cos aku tak expect korang jatuh hati dengan chicken kungpao. so tak payah cakap banyak. mari lihat cara masakan CHICKEN KUNGPAO =D

Bahan-Bahan:
  • Ayam
  • Cili Kering
  • Halia
  • Bawang Besar
  • Bawang Putih
  • Lada Hitam
  • Sos Pekat ABC
  • Sos Tiram
Cara Memasak:
  • Ayam tu kalau boleh potong kecik-kecik, then lumurkan dengan kunyit, garam. gorengkan macam biasa. jangan terlalu garing. da siap goreng, angkat letak tepi dulu. (Bahan A)
  • Cili kering, Halia, Bawang besar, Bawang putih dihiriskan. kalo nak lagi sedap, lebihkan cili kering dengan halia. (Bahan B)
  • Then panaskan minyak, jangan terlalu banyak. ibarat cukup untuk tumis Bahan B. tumis biar garing sikit, then boleh masukkan Bahan A.
  • Pastu baru letak sos tiram dengan sos pekat ABC. terpulang nak letak banyak mana, ikut sedap tekak. kalau boleh jangan banyak sangat, asal cukup untuk menyelaputi ayam goreng tadi.
  • kalau nak pedas, korang boleh tambah lada hitam yang kasar tu. ada orang letak gajus, tapi aku tak pernah menggunakan gajus dalam masakan, so memang gajus tak pernah wujud di dapur aku.haha
  • gaul bahan-bahan tadi jangan terlalu lama tau. dan kalau nak tambah air, sikitttttttttt jer. sebab tak sedap kalau chicken kungpao ni terlalu berair atau digaulkan terlalu lama sampai dry sangat, agak-agak nampak macam moist lah. then siap dihidangkan.
Senangkan? lauk ni pun sesuai untuk orang pantang kot, sebab bahan-bahan dia menggunakan banyak halia, cili kering, lada hitam. nanti kalau korang dah cuba, tag aku ok =D

[lama tuan tanah tak interframe, muka hancus naik cik pimp durjana..pedulik!]

SELAMAT MEMASAK KALIAN!!!


Sunday, May 13, 2012

text yang cukup sweet dari suami.auww~

Dari dulu aku memang jenis yang malu-malu alim untuk hantar sms/call mak aku untuk wish Mother's Day. tak tau kenapa, bukan aku tak hargai mak aku ke apa. entah la, mungkin aku ni jenis lebih suka zahirkan pada material dari memberi ucapan-ucapan sweet ni. bagi barang senang, "ma, nah hadiah. happy mother's day.." then terus lari masuk bilik, tanpa perlu ada adegan terharu or whatsoever. so immature punya perangai kan? (oh, please..don't judge me)

Tapi bila dah kawin, sudah beranak satu. pandai demand pada suami, complain tak wish pun mother's day, claimed yang aku penat beranak anak dia, sampai nak putus nyawa, keluar falsafah ibarat 20 tulang dipatah serentak bagai... terus laki aku shoot, "U bukan mak I.." haha. sweet kan dia cakap macam tu? T__T ye lah, nak harap anak, anak baru pandai menceceh bahasa jerman. so nak harap budak setahun 10 bulan cakap; "mama, happy mother's day, tengs sebab berhempas pulas lahirkan dani ke dunia.." omjay, kalau dia capable untuk cakap macam tu, aku orang pertama pengsan.

So semalam masa Mother's Day dengan sifat masih tak berpuas hati, tetap jugak aku buat sememeh kat laki aku, "tak wish pun Mother's day kat kiterrr.."  .. cik abe tak kata apa, tak kuasa nak layan mungkin? then, dalam pukul 1pm ++ aku receive satu sms..jeng~ jeng~

TQ..speechless.dah macam ucapan anniversary pun ada.

 dua lelaki dalam hidup saya. Terima Kasih Allah S.W.T di atas kurniaan ini :)

on the other side, 2,3 hari sebelum Mother's Day kecoh sana sini pasal tak elok celebrate Mother's Day la apa kan. aku tak nak comment apa-apa pasal tu. enough said. peace :)

ok lah, sebelum tu aku nak mintak maaf sesangat pada beberapa orang yang sentap sebab aku tak reply comment katanya. bukan aku tak nak reply, aku jarang bukak blog, aku post satu entry, then aku tutup. agak-agak ada nak post entry baru, baru lah aku bukak balik blog. mungkin comment-comment lama akan jadi overlooked. btw, TQ sebab drop comments. so agak-agak ada pertanyaan yang membelenggu korang dan memerlukan jawapan pantas, boleh carik aku di medium lain yang aku lebih active. confirm aku akan reply each mention.insyaallah.



Thursday, May 10, 2012

cara paling senang untuk buat savings (ohh please, aku bukan nak jual insurans or MLM)

minggu lepas aku dengan seorang bestfriend sempat berdiskusi bagi menolong dia untuk bagi tips menyimpan duit. katanya nak kawin dalam masa terdekat, tapi takde saving langsung. setiap bulan duit betul-betul umpama air paip mengalir laju, habis licin begitu sahaja. al-maklum, walaupun dia di pihak lelaki, mungkin tak keluar banyak belanja untuk kenduri menyambut menantu, tapi si pihak perempuan tak lari kot mintak barang RM 10k atau RM 11k buat duit hantaran. *pengsan*

so in one fine day, aku free dan saja blogwalking, baca blog ni http://peliks.blogspot.com/2012/04/saving-tips.html (credit goes to Maria for such useful tips) . ok, nak di summarize kan Maria ada segregate the allocation untuk para-para duit dia bila time hari gaji. iaitu:-
  1. Responsibilities (e.g: Car Loan/Housing Loan/Study Loan/etc)
  2. Savings (e.g: travel/emergency)
  3. Miscellaneous (Misc) (e.g: duit untuk shopping semata *wee*)
aku rasa cara Maria buat segregation adalah sangat best. sebab selalu nya orang perempuan ni sangat suka membazirkan duit pada benda tak berfaedah. so bila ada akaun untuk Misc, tak perlu risau lagi sebab setiap masa ada budget untuk shopping, kalau budget dah habis, sila duk diam-diam.

in order to comply with this, ececeh siap ayat ber-comply keluar bagai, takde lah kalau nak buat macam Maria applied tu kita kena la nekad dan tekad. so aku pun da buat segregation duit gaji. aku buat gini:

LET SAY gaji aku RM3,000. aku akan bahagikan kepada 2, makna nya RM 1,500. so RM1,500 yang pertama tu aku akan gunakan untuk bayar segala hutang piutang (it's better for you to list down). kalau dah tolak semua hutang, baki tinggal RM400, dengan RM 400 ni akan aku gunakan untuk perbelanjaan untuk food n petrol in weekdays sahaja.

Then RM 1,500 yang kedua tu aku akan buat segregation lagi 60% untuk savings, dan 40% untuk Misc. 60% savings tu aku akan pecahkan lagi jadi 2, makna nya 30% untuk ASB (yang mana aku akan simpan tak kan withdraw) dan another 30% untuk Maybank (iaitu duit untuk emergency or for vacation). so sekarang aku ada that 40% Misc untuk dihabiskan over the weekend.

itu lah allocation dan cara aku manage duit gaji. harap saya lebih berdisiplin! aku pun dah buat further step on this, aku dah create different-different akaun untuk semua duit, so takdelah nanti bercampur. FYI juga, aku siap come out dengan satu savings table untuk pastikan aku on track.


siap dah tampal kat freezer, jangan hangat-hangat tahik ayam yer! tengok tu freezer magnet all the way from London (thanks fasha!) dengan harapan simpan duit bebanyak boleh pegi UK pasni. haha

untuk dani pun aku dah bukak kan akaun. macam biasa satu akaun Yippie, duit untuk dani beli segala toys. satu lagi ASB, untuk dani further study satu hari nanti (insyaallah..)

lega semua dah settle. tapi yang tak best, si dani ni pantang nampak duit berciciran kat umah semua campak dalam tabung dia. camni gaya anak kaya, makbapak kayap la nak oii..

ok itulah cara aku, kalau korang ada cara lain yang lagi best, most welcome to share :)

Thursday, May 3, 2012

Dani + Hospital + Pneumonia + Nebulizer + Drip

weekend lepas aku sefamily balik kampung suami dekat Kuala Krai. balik tak lama, cuma 3 hari, 2 malam. segala planning berjimba sudah di susun rapi. hari pertama mau buat apa, hari kedua mau pergi mana, semua sudah tersusun dalam kepala otak. tapi seperti orang selalu cakap, langit tak selalu cerah.

jyeah, hanya satu malam je aku tidur atas tilam empuk di rumah mertua. malam kedua kami bermalam di Hospital (GH). terbaik khenn?? hangin mak. cerita nya begini, sebelum bertolak ke kampung, dani memang dah on off batuk selsema, tapi tak demam. so aku tak take it seriously, sumbat je ubat dengan harapan; dear selsema, please go away!

hari pertama di kampung, dani masih aktif macam biasa. seluruh rumah Tok Ma di ukur, ajak tidur pun dia mengamuk macam aku pukul dia. nice sungguh perangai. ouh sebelum tu cuaca dekat sana memang maha panas. sampai muka kami 3 beranak macam kena salai. so, aku rasa ini pun adalah salah satu sebab kenapa kesihatan dani sangat teruk. ye lah, mak bapak nya tak peduli panas ke hape, hurung anak berjalan ke sana sini. perlu ingat balik kampung jarang sekali, so kena la berjalan habis-habisan.

dek kerana itu lah, hari kedua tu dani macam dah tak cukup nafas, mungkin akibat kahak yang banyak. nak keluar kan, si hensem tu tak berapa pandai. kesian betul. lebih kurang pukul 1pm, kami bawak pegi klinik, sangat bijak bila rupanya 1pm adalah waktu lunch para doktor. ok takpe, dalam pukul 6 lebih kami keluar lagi cari klinik, but still, kami terlupa di sana kesemua klinik akan ditutup bagi menghormati waktu maghrib (mungkin..) dan akan dibuka semula selepas 8pm.

jadi kami decide ke Klinik 1Malaysia, terus dapat refer letter ke GH. kami ke GH, dani kena diagnose dan kena buat X-Ray, doktor decide kena pneumonia dan dinasihatkan admitted malam tu jugak. DANG! ok, kami automatic jadi blur. sebab selama ni pun bila dani kurang sehat memang dia akan nafas laju, sebab kahak penuh, dan kami harap paling teruk pun kena nebulizer. jadi merasa la malam tu duduk hospital, sangat bijak bila aku lupa bawak medical card dani, so nak call insuran mintak tukar hospital pun memang tak dapek la khenn..



masa warded tu, aku sengaja suruh bapak dia bermalam sekali di wad. saja nak kasi la merasa macamana jaga anak di Hospital. haha. jahat ker? tak kan..kata buat anak sesama, susah senang pun harus bersama. ha baru tau yer B, sakit-sakit badan, tak cukup tido, badan berlengas, tak selesa. tak merasa, tak tau yer dak? hahahaha

ok lah, overall, kepulangan kami ke kampung kali ni agak pathetic la bila kena duk hospital bagai kan. tapi ini pun a lesson for us, yelah, budak-budak ni immune system tak berapa kental lagi so tak boleh la nak melasak sangat. so far, kami dah refer dani kat klinik di JB, dan sekarang dia tengah slowly recover.

Wednesday, May 2, 2012

Subway Homemade Sajork~

sangat ampun, lama gila blog terabai. banyak sebab kenapa aku tak update blog, antara nya sebab sibuk sesangat dan idea pun yileekkk. so hari ni rajinkan diri sikit update blog.

kejadian ni dah lama berlaku. selama ni aku dengan suami boleh la dikategorikan penggemar SUBWAY. tapi memandangkan SUBWAY kat JB ni agak jauh sikit dari rumah aku. so memang terpaksa la buat homemade sandwich.

resipi adalah sangat simple, ikut suka hati. so maybe korang boleh try kalau rasa-rasa no idea mau masak apa atau nak makan benda mudah tapi kenyang. ini dia TARAAA~~






ini lah hasil nya..lenguh mulut laki bini nak makan. roti besar gajah T__T

paling menyampah bila si kecik ni memilih makan. dia tak nak segala "sampah sarap" dalam roti tu. dia hanya nak makan tomato cicah thousand island. so layan kan ajer =)


ok lah, untuk permulaan cukup lah entry simple ni ok. nanti aku kasi update perihal dani kena warded baru ni. stay tune =D