HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, February 16, 2012

putaran hidup: jangan terlalu memilih dan terlalu demanding

terdetik rasa nak hasilkan entry ni bila aku duduk mendengar cerita masa meeting di Pejabat Buruh baru-baru ni. kebanyakan pemegang senior position in HR mengeluh susah betul nak dapatkan pekerja, bukan saja dalam bidang production, untuk position dalam management pun payah. kalau ada pun semua nya fresh graduate yang too demanding, lagak seperti mereka bijak pandai baru keluar universiti dan bakal dijanjikan gaji starting rm3000 mungkin?



aku buat entry ni bukan lah untuk mengajar atau nak merendah-rendahkan kredibiliti mahupun akademik seseorang. cuma untuk memberi sedikit motivasi supaya jangan sesekali kita menjadi orang yang terlalu perasan hebat mahupun terlalu low self esteem.



aku sendiri pernah merasa menjadi lepasan ijazah yang perasan hebat, waktu tu rasa ahh pointer aku lagi hebat dari kau, mesti aku dapat gaji lagi canggih, aku rasa aku a bit outstanding dari kau, sure senang giler aku dapat kerja. tapi percaya lah, semua itu hanya angan-angan mat jenin sahaja.



kerja pertama aku di satu event company, ditawar kan jawatan marketing research executive dengan gaji rm1500. oppss, time tu rasa macam dah besar nau gaji aku, sebab nya selama bergelar pelajar mana pernah pegang duit ribu-riban, kalau ada pun sebab dapat duit tunggakan MARA. mau tahu kerja apa yang aku buat? "data entry" .. yes, masa tu aku rasa down sangat, hari-hari aku terpaksa hadap dengan beribu data yang mana tak related langsung dengan apa aku belajar di uni. tempat kerja aku perlukan seseorang yang fluent english nya, i have to admit at that time aku bukan lah seseorang yang applied english language as a medium of communication. so terserlah lah kekurangbijaksaan aku yang perasan bijak. hampir 2 tahun juga aku kerja kat company tu, dan dekat company tu juga aku pandai mengukur langit tinggi atau rendah.



kenapa aku cakap macam tu? mana tak nya, pada masa yang sama, kawan se-uni aku, mostly sudah kerja di listed company. tapi aku bersyukur, walaupun permulaan karier aku bermula dari bawah, pernah jugak merasa dipandang enteng. tapi thanks pada company lama, sebab kau lah aku berjaya dekat position sekarang. berkat kesabaran aku bersusah payah, aku dapat better offer di company yang establish kedudukannya.



sebab tu aku agak alergic kalau ada yang lepasan universiti tak kira apa kelulusan, tapi dah pandai memilih kerja dan gaji. senang cerita macam ni ye lah dik, lepas je keluar universiti, jangan memilih kerja, timba pengalaman adalah utama. jangan terlalu demand gaji, jangan rasa kau ada ijazah, rasa dah hebat sangat, dah rasa macam,"oh aku pasti akan dapat gaji rm3k ke atas, kalau company offer aku bawah rm3k, gua bolayan!" oh no no, ukur baju, harus di badan sendiri. kalau nak gaji besar, position hebat, harus lah belajar dari bawah. jangan ingat orang yang di senior position tu, keluar-keluar uni terus jadi GM ye? tidak sesekali.



so apa yang penting, dont be too selective and demanding. sebab perangai tu tak kan ke mana dan sampai ke sudah kau tak dapat kerja macam tu dik. peace!




rindu nya zaman "kau-tak-pening-pening-pikir-kau-belajar-je"