HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, December 27, 2012

Detik Cemas

masa ni aku dengan Hafiz tolong hantar SIL pegi keja, Hafiz drive, SIL kat depan, aku dengan dani duduk belakang. selalunya kami jarang sangat bukak tingkap keta, asal naik keta je mesti pasang aircond. tapi hari tu kenapa entah teringin nak rasa angin luar.

sampai je tempat kerja SIL, ternampak boifren dia. Knowing Hafiz yang teringin sangat nak berkenalan dengan boifren SIL, dia pun keluar keta. tinggal lah aku berdua dengan dani. dalam keadaan enjin keta tak dimatikan, pintu driver tak ditutup rapat, tingkap keempat-empat pintu terbuka luas. masa ni aku agak separa sedar akibat non stop muntah-muntah, aku biarkan jelah Hafiz beramah mesra dengan bakal abang ipar dia tu.

tiba-tiba aku rasa macam pelik, kenapa ada sorang perempuan cina, usia late 40s, tak semena-mena masuk kereta di tempat driver. dalam keadaan tak larat aku abaikanlah, mungkin dia tersalah kereta. Hafiz masa tu pun berangan apa entah, terus pergi ke arah keta, tapi dia duduk di seat belakang, sebelah aku. Hafiz pun rasa something went wrong, dia keluar balik nak ke pintu driver, tapi tak sempat, perempuan cina dah turunkan handbreak, terus larikan kereta kami, dalam keadaan aku dengan dani dalam kereta. aku agak panik, tanya perempuan ni, "hey, u nak bawak kami pergi mana??" ; perempuan tu jawab, "u duduk diam-diam saja, saya tak kan cederakan awak!" . masa ni aku dah gelabah, terus wide awake, sedar apa yang berlaku.

aku cuba untuk call Hafiz, dan masa ni baru aku sedar betapa bangangnya handphone touch screen, sebab bila kita gelabah, semua benda tertekan. aku fed up, terus pikir cara lain untuk larikan diri. pintu belakang memang tak boleh bukak dari dalam, sebab kami dah set kan child lock. aku try capai ke luar tingkap, tapi aku tak berani nak terjun, sebab bayangkan dalam keadaan berbadan dua, dengan dani lagi, lepas tu perempuan cina ni bawak laju. silap haribulan mau kepala aku terhantuk kena divider. masa ni perempuan tu perasan aku cuba lari, dia cubit-cubit kaki aku. geram rasa dengan tindakan dia ni.

aku tak tau kenapa masa ni aku dah takde kudrat. aku redha dengan nasib aku. sampai satu lorong yang gelap, aku nampak ada sorang lelaki melayu berdiri tegak di tengah-tengah lorong, ada satu beg panjang yang dikendong. hati aku dah berkata, ni kalau tak senapang, mesti pedang T__T sebelum lelaki tu masuk, perempuan cina warning aku supaya senyap, jangan bercakap. lelaki melayu masuk kereta, duduk sebelah aku. nervous dalam hati aku hanya tuhan je yang tau.

hampir setengah perjalanan aku senyap. akibat tak tahan sangat, aku bukak mulut, "lepaskan saya lah, awak nak amik kereta ni, amik la!!" ; lelaki melayu tu terus pandang aku, dia terus cakap, "ooo ini kereta kau yer?diorang culik kau yer?"............ kami terus bergelut kat belakang, perempuan cina tu tetap teruskan pemanduan......aku berdebar, tapi tetap carik tenaga untuk melawan...........




tapi, tak sempat tau ending.. alarm clock dah berbunyik jam 6.40am. phuiii.

moral of the story;


  • everytime driver keluar, walaupun sekejap, please kunci pintu dari dalam.
  • kalau nak bukak tingkap, jangan bukak luas-luas.
  • kalau kita baru masuk dalam kereta dan baru nak hidupkan enjin, sebaik nya terus tutup pintu dan kunci, jangan keranakan panas, korang biarkan pintu kereta terbuka.
  • sentiasa aware dengan keadaan sekeliling.
  • unlock kereta bila korang dah ready nak keluar kereta, selagi tak ready, jangan unlock dulu.

even benda ni berlaku dalam mimpi aku. tapi ia kerap terjadi secara realiti. mintak dijauhkan lah yer.

Till Then.

9 comments:

Super Nia Hana said...

sgt kejam mimpi mu itu !!
-nia bushido-

Hanani said...

buat aku cuak je bc entry ko..berjaya buat aku baca siap bayangkan lg keadaan ko time tu..tp mmg penting lock kete bila ada org kat dalam..

Ann Ilias said...

sangat seram mimpi ko ni Afni
meremang bulu roma huhu

aku setiap kali husband keluar dr kereta mmg dia siap2 lock pintu
walaupun dekat
risau lah sekarang ni macam2 orang ada kat luar tu

take care!

Dayu said...

aku super cemas ok
dah terpikir.. ya allah apa jadik kat afni ni.. ngan dani lg
damn!!
terkena aku pagi hari ok

MaR said...

fuh...nasib mimpi... Serius bace laju2 sbb nak tau ending nyer..mmg medebarkan...mcm2 pk dah ni

Ana Lyana said...

huiii sabo jerler,, igt kan betui.. aku siap terfikir2 eh xde pun kecoh kat ub, kt twiter..

nk tmbah satu lagi moral of the story,

standby satu hp bukan touch screen..

hehe

antalya said...

ceh mimpi rupanya. nyampah tau.saspen dah tadi. tak jadi nk kesian dah huh

Intan and The Boys said...

bebetul urut dada ok!

getpregnant-aftermiscarriage.com said...

Are you confused, disappointed and even angry at every woman whose belly is growing because you are plain jealous for not being able to conceive naturally and fast like almost everyone you know? Well, I won't blame but feeling bad won't help you either if you really want to get pregnant.