HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Monday, November 5, 2012

Telinga Kuali. Mulut Bocor. Kepochi.

Dalam dunia ni, pergi je mana-mana, orang yang bertelinga kuali, atau bermulut bocor ada je kat mana-mana. Sampai buat kita selalu terfikir, dah takde ke orang yang jujur kat dunia ni. orang macam ni memang ada satu perangai, dia memang tunggu saat-saat kita di timpa celaka, then baru dia rasa puas hati. kalau setakat tepuk tangan dalam hati, takpe..ok lagi.. ini sampai tahap nak mengajar kita atau pun pegi canang satu dunia masalah kawan yang di timpa celaka ni.. celaka enough?

aku selalu perati je orang yang perangai macam ni. kalau dapat kat aku memang silap besar la, memang mulut ku akan melaser sampai menitik-nitik airmata kau, mujur tahap kesabaran aku sangat tebal. aku selalu perasan dekat FB, sebagai contoh, seorang kawan ditimpa masalah, kita amik contoh dia ada masalah rumahtangga, then dia post macam-macam dekat FB. lumrah manusia, lagi-lagi perempuan, emosi mudah terganggu, lahirlah segala ayat kedukaan secara public. aku tak cakap orang, sebab aku pun sama, kenkadang emosi selalu tersasar.so, nanti akan muncul la dua jenis umat. seorang pemerhati dunia, seorang lagi pakar motivasi sedunia. 

seorang pemerhati dunia lebih mudah diklasifikasikan sebagai observer la yer. bukan kata observer ni tak endah dengan cerita sekeliling. dia berminat untuk tahu lebih lanjut sesebuah cerita, tapi dia tak berani nak lontarkan segala pandangan dia, bimbang akan bertambah duka pula kawan yang di timpa susah tu. jalan terbaik dia akan baca sekali imbas tanpa meninggalkan sebarang komen.

manakala seorang pakar motivasi sedunia ni di pecahkan kepada dua pulak. seorang yang betul-betul prihatin dengan masalah kawan dengan memberi kata-kata peransang... ini ok lagi! tapi yang paling jahanam adalah yang seorang lagi ni, jenis stok-stok konon ada pengalaman hidup berpuluh tahun, dah menempuhi ranjau suka duka kehidupan... bla. bla. phuii~! terus terang aku memang perati je perangai orang macam ni, kalau bagi pendapat, perghh macam heibat sangat khennn~~

kita kena faham tak semua situasi perlu diberi perhatian. aku bagi 2 contoh. 

contoh yang perlu di beri perhatian dan komentator:

"i geram dengan hubby i..ada ke patut suruh i buat macam-macam. kalo u guys jadi i apa u guys nak buat. cer bagi pendapat sikit sesiapa yang ada laki macam ni? "

"i stress, i rasa down sangat.. i need someone to talk to..anyone?"

haaaa...contoh di atas segala pakar motivasi sedunia boleh la laju-laju bagi pendapat korang yang maha hebat tu. sebab member dah bagi green light suruh komen kan? so time ni segala ustajah pilihan semua keluar. kagum sekejap.

tapi kita kena ingat batasan kita. ada sesetengah situasi kita perlu hanya jadi observer. tak payah la menjadi minyak dekat api yang tengah marak.. contohnya;

"kenapa la aku di timpa dugaan yang bertimpa-timpa. mungkin ini yang dah tersurat dalam hidup aku..sampai hati dia buat aku macam ni.. T__T"

nampak tu siap at the end of words boleh ada icon nangis. dari situ dah nampak sadis nau kedukaan kawan kita tu. so tak payah la kengkonon nak jadi kepochi. hangpa tak tau cerita, tapi sibuk bagi komen, sesambil tu boleh korek cerita ye dak? kemain cantik perangai. padahal si tuan punya status tak perlu pun segala ayat-ayat perangsang. mungkin dia takde sapa yang boleh dia luahkan, so dia luahkan dekat FB, atleast lepas la sikit rasa sedih tu, ataupun maybe dia indirectly tuju pada seseorang kat FB tu jugak. we dont know..(macam ada pengalaman je..haha)

ok lah, malas nak cerita panjang-panjang..renung-renungkan lah.. hari ni mungkin hari kawan kau, esok lusa hari kau pulak. what goes around, comes around. setiap manusia akan di uji oleh-Nya untuk di lihat sama ada tahap keimanan kita setebal mana. so jangan perasan korang tu angelic sangat, tak akan ditimpa masalah langsung.

sekian.

p/s: siapa yang terasa, bo layan!


1 comment:

Super Nia Hana said...

itu yg belum lagi post sehari 20 status sehari.kalo gado dgn BF terus status 50 sehari..giloooo
ahahaha