HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, November 7, 2012

kisah cinta kami [Part 2]

hamboihh kemain korang bising cite aku tak habis eh? haha..rileks la..Nada Cinta yang 800juta episod tu korang boleh hadap, ini kan pulak sinetron ahkak yang tak berapa laku ni. haha

ok, ok, jum kite continue~~

....layan dan terus layan.. tetiba rasa macam bahagia nya.. Hafiz datang MMU jumpa aku. rasa macam sweet nya dia ni, dah la baik hati, treat me well, sangat caring.. tapi hati aku masih tak yakin yang aku nak terima dia 100%, macam aku cakap tadi hati aku lebih berat pada Mr. X. tapi sampai bila? sampai hati kau parah baru kau pandai buat pertimbangan?

seminggu, dua jugak aku berfikir pasal benda ni. sebab dari azali lagi aku dah decide, kalau bercinta, tak nak main-main, yang satu itu, satu lah. chop!chop! now i know kenapa CGPA aku jatuh masa 3rd year, sebab aku banyak pikir pasal hubungan 3 segi ni..haha. 

back to the story, aku dah fikir masak-masak, dan aku selalu berpandukan kepada pepatah "lebih baik pilih orang yang cinta mati pada kita, jangan pilih orang yang kita saja cinta mati pada dia.." so aku decide pilih Hafiz. cara untuk aku bagitau Mr. X yang aku dah tak nak berharap pada dia adalah dengan cara mengupload gamba aku dan Hafiz dekat profile Myspace aku. betul sangkaan aku, tak sampai beberapa jam, Mr. X comment gamba aku, pendek je comment dia, " semoga bahagia..." aku rasa nak nangis pun ada masa ni, sebab aku tak pasti apa reaksi sebenar Mr. X, adakah dia lompat happy sebab aku dah blah dari hidup dia, atau pun dia menangis teresak-esak aku tinggalkan dia..kami pun memang takde call each other, dia pun tak nak kacau aku dah, mungkin..hurmm..life must go on...

hubungan aku dengan Hafiz makin rapat. Hafiz macam biasa cinta mati sama aku. aku? hurmm ambil masa berbulan jugak nak commit hati secara 100% dengan dia. hubungan aku dengan Hafiz berjalan tanpa pengetahuan parent aku. kenapa? sebab tak perlu kot bagitau parent aku, setakat couple, lain lah kami dah bercadang nak nikah bagai.. hampir setahun aku diam kan hubungan kami.

satu hari aku baru bangun dari tidur, mak aku call, bermula la episod tragis dalam hubungan aku dengan Hafiz.. dialog aku dengan mak aku begini:

Mama: "kau bagi satu gamba kau kat mama.."
Aku: "hah! nak buat apa gambar?"
Mama: "babah nak kenal kan kau kat sorang pegawai askar ni..budak tu pun memang tengah mencarik calon"
Aku: "hah! ish kite kan tengah belajar lagi..apa ni ma..."
Mama: "alah! kenal je la dulu..lepas belajar kawin la.."

FYI, ayah aku seorang pegawai askar, sebab tu lah kalau boleh dia nak sambung legasi ketenteraan dalam keluarga kami..phuii~ apa reaksi aku? nangis hoi! mesti korang terkejut parent aku macam ni kan? yes, parent aku memang macam ni, mereka memang nak aku kawin awal. aku pun tak tau kenapa diorang macam ni. macam abang aku pun masa 3rd year dekat UUM, mak aku dah paksa bertunang dengan kakak ipar aku. dasyat kan?

aku diam kan saja. bila weekend balik rumah, mak aku memang ada tanya mana gamba aku, tapi aku diam seribu bahasa. sampai la berbulan lama nya, mak aku fed up, dah tak tanya lagi pasal gamba tu. dan aku pun dengan prinsip aku, tak nak bagitau yang aku dah ada Hafiz.

tapi mak aku mana diam macam tu jer, agak nya dia risau aku takde tanda-tanda ada boifren. satu hari kawan lama mak aku datang rumah masuk meminang secara unofficial. anak dia memang canggih, muka stok Hafiz Hamidun sejuk mata memandang, kerja jangan cakap memang gempak, Engineer Petronas. sebagai mak yang konon nak kehidupan anak terjamin, dia pun submit proposal kat aku. aku masih reject.

mak aku naik hangin, serius naik hangin sampai aku pun kecut perut. yelah, cuba korang bayangkan, aku anggap abang Petronas tu tak lebih macam abang sendiri, aku kenal abang tu dan keluarga dia dari aku Tadika. boleh imagine tak? mak aku cakap, "apalagi kau nak? abang XX tu ok la. kerja bagus..aku tak paham kau nak yang macamana sebenarnya!!" perghh~ sentap tak wei? setahu aku, aku tak pernah bajet retis letak kan kriteria tertentu untuk cari calon suami. aku dalam menggeletar terus jawab, "kite dah ada boifren la ma.." 

jangan fikirkan mak aku terdiam di situ, mari tengok dialog seterus nya. perlu diingatkan dialog mak aku perlu dibaca dalam nada halilintar sabung menyabung T__T

Mama: "mana boifren kau? tak pernah hayat aku nampak kau ada boifren?"
Aku: "ada la ma..baru je kenal-kenal"
Mama: "mana dia? suruh dia datang jumpa mama dengan babah!!"
Babah: "kalau betul budak tu serius, babah nak kau suruh dia masuk minang bulan ni jugak!!"
Aku: "apa ni bah..kite tengah belajar lagi kot.."

aku terus blah masuk bilik, meraung menangis bagai nak gila.. hati aku dah berkata, memang sampai sini la hubungan aku dengan Hafiz. dah la masa tu aku takde kredit, Hafiz yang tak tau apa benda duk sms aku jer, aku pulak nak reply macam mana, kredit takde T__T dalam bengkak-bengkak mata tu, aku suruh adik aku beli topup.

then, nangis-nangis la aku call Hafiz. lelaki, apa je yang mampu dia cakap? yelah, hubungan baru setahun jagung, mak bapak si perempuan dah paksa kahwin. kalau tak masuk meminang bulan ni, hubungan kau putus!! perghh macam drama pulak kan, bagi tempoh 30 hari, kalau tak kahwin harta satu sen pun tak dapat. haha..

Hafiz diam seribu bahasa, sebab dia tak berani nak janjikan apa-apa. dia pun tak pernah terfikir nak kahwin dalam usia muda, so persiapan dari segi kewangan untuk kahwin pun, nan hado! sebagai anak aku tak berdiam diri, mintak maaf dengan mak aku. mak aku masih tak happy dengan perangai aku. so aku pun balik ke MMU dalam keadaan yang sangat stress.

2,3 bulan jugak aku berhubung dengan Hafiz tanpa pengetahuan mak aku. mati-mati parent aku budget kami dah putus. balik rumah aku tak akan sekali-kali main phone depan parent aku. sampai la cuti semester, Hafiz ajak aku keluar dan dia nak kenalkan aku dekat makbapak dia. aku pun ok jer, malam sebelum tu, aku bagitau mak aku, esok aku nak keluar, mak aku tanya pegi mana, buat apa.. sebagai anak mithali aku cakap; "nak jumpa Hafiz..." terus mak aku cakap, "mama tak izinkan!! kalau kau pergi jugak, mama tak kan restu apa yang kau buat!!"

 T_____________________________T [to be continued]

5 comments:

Ann Ilias said...

Afni,
Ni mmg boleh dikategorikan mcm sinetron
Btw cepat sambung, x sabar nak tau kisah selepas ni wpun dh tau akhirnya happy ending
:)

afni+hafiz=dani said...

Ann: haha..tu yang tak thrill tu, dah tau ending macamana~

Hany said...

hahahhahaaa betul ahhh macam sinetron...

ღnFashyaღ said...

ayooo amma, penuh drama...fhew...nebes aku nak bace seterusnya...

sharEna said...

patot boleh jadikan drama citer ko ni weyhhh..mesto ramai nk tgk hahahha...

plis la cepat sambung =D