HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, November 6, 2012

kisah cinta kami [Part 1]

setiap pagi on the way ke tempat kerja, dah menjadi satu kewajipan aku pasang Era FM. kalau ada antara korang yang dengar hari ni, mesti tersenyum-senyum je dalam kereta, sebab topik kali ni membuatkan kita ingat kembali momen-momen perkenalan dengan husband masing-masing. topik hari ni, "ayat mengorat.." kalau tak silap aku la ok.

dalam blog ni aku tak pernah cerita kan terlalu mendalam pasal perkenalan aku dengan suami. bajet retis ha orang nak tau sangat.. haha. takpe lah, aku just cerita, mana tau satu hari nanti 2,2 dah tua, dah pencen, nak reminisce balik momen-momen percintaan..auww~

Hafiz memang berkawan dengan roomate aku masa dekat MMU. diorang berdua ni sekampung. kawan aku ni selalu la duk cerita yang Hafiz ni hensem la, apa la, bla bla..masa tu Hafiz bercinta dengan kawan roomate aku ni, which is aku pun kenal kawan kepada roomate aku tu. masa roomate aku duk bercerita pasal Hafiz, aku memang tak bother langsung. sebab masa tu aku dah ada kekasih hati. so WTH nak bother pasal percintaan orang lain kan.

dan betul jugak kata orang, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari..(errr betul tak?) kekasih hati aku tu kita address dia sebagai Mr. X ok? Mr. X ni agak dikenali orang dia, tak payah la aku reveal siapa dia..so lumrah lelaki yang sering dikelilingi perempuan hotness, knowing me yang jenis stalker aktiviti dia, tangkap gambar sana sini dengan cik hotness, buat aku rasa panas hati. satu hari aku bagitau Mr. X hubungan ni sampai ke mana, jawab dia.. " we go with the flow.." perghh jawapan macam good-good je kan..

dalam masa yang sama jugak satu hari Hafiz add aku dekat Myspace, dia memang kenal aku dari roomate aku sendiri. aku pun layan je lah, tapi layan biasa-biasa jer, tak terfikir nak lebih-lebih. Hafiz memang dari mula perkenalan nampak macam nak ayat aku. tapi wa buat tak faham jer. tapi perempuan, bila kekasih hati sibuk ke sana sini, tak pay attention kat kita, then suddenly datang pulak mamat yang caring, loving, of course kita akan rasa best pulak si Hafiz ni.

perkenalan lanjut bermula bila aku nak cuti semester sebulan kalau tak silap. Hafiz PM aku mengayat macam-macam..kalau lah aku still ingat password account Myspace aku, aku dah printscreen dah ayat-ayat manis si Hafiz..haha..from the start aku dah budget yang mamat ni nak mintak no phone aku, tapi aku duk peralat dia je dari tadi. at the end kesian pulak, aku pun bagi lah no phone aku dekat dia..

dalam pada aku leka berkenalan dengan si Hafiz, aku masih lagi berharap hubungan aku dengan Mr. X back to normal. tapi Hafiz tak tau pun aku ada pujaan hati masa tu. mamat ni mati-mati ingat aku single lagi, sebab masa ni Hafiz pun dah clash dengan gilfren dia. aku siap tunjuk gambar dekat cousin aku, suruh bezakan antara Mr. X dengan Hafiz mana hensem? haha..please dont get me wrong, saja jer aku buat macam tu..

bulan 12, tahun 2006, masa ni aku dengan Hafiz tak pernah jumpa lagi. aku gamble kenal dengan mamat ni sebab dia kawan roomate aku, so of course roomate aku kenal sangat dengan Hafiz. ada satu malam Hafiz mintak couple dengan aku, aku dah macam..errr kita tak pernah jumpa lagi kot, tapi macam ada satu setan dalam badan duk bisik,..ahh ko amik je dia..untuk masa lapang~~ so aku setuju declare dengan dia.

masa tu aku rasa macam loser, sebab ada 2 kekasih hati tanpa pengetahuan masing-masing. hati aku masih berat pada Mr. X, tapi bila mamat ni cakap "we just go with the flow.." aku da macam takde harapan dah dengan dia. tapi kan dalam pada takde harapan dengan Mr. X, dia ajak keluar, masa tu dia ada dekat satu event ni. malam sebelum pergi aku ada send comment kat Myspace kawan aku ajak teman pegi jumpa Mr. X. tanpa di sangka kawan si Hafiz tengah online, dia nampak la conversation aku dengan kawan seorang lagi ni. kawan Hafiz apa lagi report la kat Hafiz.. terus mamat tu merajuk bila dapat tau aku ada nak jumpa Mr. X.

dari awal hubungan aku dengan Hafiz, aku memang dah budget hubungan ni tak ke mana, sebab harapan aku kat Mr. X masih menggunung..phuii~ so aku memang tak peduli pun dia nak sentap ke apa bila dapat tau aku nak jumpa Mr. X. so pagi tu aku jumpa jugak Mr. X dengan ditemani kawan-kawan yang lain. rasa sedih pun ada bila Mr. X cakap dengan aku, " be cool ok, kita tengok hubungan ni ke mana arah dia.."

balik dari jumpa Mr. X, aku duduk termenung dalam bilik. otak duk pikir, sampai bila aku nak berharap lagi dekat Mr. X, dia pun sibuk dengan dunia dia, ke hulu, ke hilir, tanpa aku tau apa aktiviti dia. so there's no point untuk terus kan dengan Mr. X. aku tak officially bagitau Mr. X yang aku tak nak teruskan hubungan ni, aku just keep quiet. dalam masa yang sama aku masih lagi layan si Hafiz. 

layan dan terus layan.. tetiba rasa macam bahagia nya.. Hafiz datang MMU jumpa aku. rasa macam sweet nya dia ni, dah la baik hati, treat me well, sangat caring.. tapi hati aku masih tak yakin yang aku nak terima dia 100% ... [to be continued...]

3 comments:

Maria Rajab said...

cepat sambung..suspend

AxieAziz said...

alaaaa ingat ni drama TV3 kul 7 tu ke nak sambung2? hahaha

rDnA said...

Teringat plak zaman2 br nk kenal ngan husband..