HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, November 8, 2012

kisah cinta kami [finale]

amacam korang tragis tak kisah aku? tu baru penyampaian dari tulisan, belum aku bercerita dengan korang face 2 face, mau sampai 3 hari 3 malam tak habis-habis...without further adue, jum sambung..

....sampai la cuti semester, Hafiz ajak aku keluar dan dia nak kenalkan aku dekat makbapak dia. aku pun ok jer, malam sebelum tu, aku bagitau mak aku, esok aku nak keluar, mak aku tanya pegi mana, buat apa.. sebagai anak mithali aku cakap; "nak jumpa Hafiz..." terus mak aku cakap, "mama tak izinkan!! kalau kau pergi jugak, mama tak kan restu apa yang kau buat!!" memang airmata aku tak tertahan-tahan mengalir laju. aku tak jawab apa, diam seribu bahasa. aku turutkan kata mak aku, sebab aku tak nak jadi anak derhaka oleh kerana cinta semata-mata.

tapi hubungan kami masih berjalan seperti biasa, tanpa pengetahuan mak aku. terus terang cakap tekanan yang aku rasa lebih kepada tentangan dari mak aku. masa tu bapak aku kerap berulang-alik overseas, so bila bapak aku balik dia akan tuju dekat mak aku dan akan dengar segala update mengenai perangai aku.. T___T dan satu lagi mungkin tuah sebagai anak perempuan tunggal, ayah aku tak kan sesekali marah atau pukul aku, paling dasyat pun dia akan  suruh mak aku sampaikan segala amaran keras dari dia.. memang masa ni asal weekend je balik rumah, aku rasa stress yang amat.

si Hafiz tak berdiam diri, masa tu aku kat MMU, aku bagitau dia, "weekend ni saya nak balik rumah.." , Hafiz jawab, "saya nak ikut boleh?" .. aku terdiam.. nampak nya dia berani nak jumpa family aku, mungkin dia pun kesian tengok aku asyik berendam airmata jer. so pagi tu aku pegi kedai jahit mak aku, lantas kenal kan, "ma...inilah Hafiz.." . jantung aku dah dup dap dup dap, masa tu dah la pekerja mak aku ada kat kedai, mana tau kot nya mak aku naik hantu, dia bantai aku kat situ ke kan... mak aku terus senyum meleret, mungkin cahaya keimanan Ustaz Don terpancar kat muka Hafiz kot.. haha.. lagi-lagi bila pekerja mak aku cakap muka Hafiz ada iras adik bongsu aku. tu la.. mak aku duk menentang je keja dia tanpa melihat sendiri perilaku si Hafiz. automatik mak aku jadi happy go lucky, siap dia lalu kedai sebelah pun duk canang yang aku bawak boifren. hover tau.

tapi jangan sesekali korang fikir terus happy ending tau..sebab si Hafiz tak jumpa lagi bapak aku. mak bapak aku masih dengan prinsip diorang yang aku mesti kahwin cepat. telinga aku ni dah boleh kata kebas, sebab hari-hari kena sogok pasal kahwin. sampai la satu hari, masa ni aku ada kat Melaka, Hafiz called, "kite tunang nak?" lebih kurang macam tu lah ayat dia..aku melompat happy, terus bagitau mak aku..kemain dia senyum meleret lagi.

tapi kan.. itu tak cukup thrill..sebab makbapak aku masih sedaya upaya make it difficult. mereka mahukan family Hafiz betul-betul ikut adat. masa ni family Hafiz ada kat Kelantan. parent aku mahukan mereka datang ke KL meminang dahulu, kemudian datang lagi sekali untuk mengikat tali pertunangan... T_____T aku sedih jugak, sebab parent aku tak nak peduli bila aku cakap, jangan la buat macam tu, kesian diorang dah la jauh, then kena datang 2,3 kali. tapi alasan bapak aku, "kau sorang je anak perempuan babah, so kite kena jual mahal sikit.."

tapi alhamdulillah, segalanya berjalan lancar, habis je exam semester terakhir, keluarga Hafiz datang rumah masuk meminang dan bertunang terus pada tarikh 1 June 2008, dan kami selamat dinikahkan setahun kemudian pada 30 May 2009... memang aku rasa bersyukur, banyak tentangan dan kesusahan yang kami hadapi, aku baru cerita 1/3 dari apa lagi dugaan yang kami tempuh, tak kan nak cite semua kan, mau 300juta episod korang kena hadap.. hehe..tapi percayalah kalau dah jodoh, memang tak kemana. cuma perlu di ingatkan terutamanya pada readers yang masih belum berkahwin tapi asyik di lamun cinta, jangan lah kite terlalu mengikut rasa cinta sampai membelakangkan ibubapa, sebab nya Allah SWT dah rencanakan segalanya. macam aku cakap tadi kalau dah jodoh, tak akan ke mana :)

Kesimpulannya;

- Mr. X khabarnya dah ada gilfren lain, dan ramai yang cakap gilfren dia memang saling tak tumpah macam muka aku.. hurmm.. aku dah tengok, mungkin~

ini aku. bukan gilfren baru dia.

- Abang Petronas, hurmm.. aku tak pasti apa jadi kat dia selepas aku kahwin. masa majlis aku dia ada datang, tapi tak tegur aku, waima pandang muka aku..

sampai hati tak ucap tahniah kat I pun...

- mak bapak aku pulak, sangat happy dengan pilihan aku. dan Hafiz pun jadi menantu kesayangan mereka. hurrmm mungkin jugak sebab Hafiz sorang je menantu lelaki.. hewhew

 di hari perkahwinan kami sebelah Hafiz. semua ada, kecuali abang aku yang hanya mengirimkan bini dia sebagai wakil..

ini orang yang bagi aku tempoh 30 hari suruh Hafiz masuk minang. saling tak tumpah buat I macam askar T__T now, kemain dah dukung cucu..hewhew.. 


- Hafiz dan aku, hidup happily dengan dikurniakan seorang anak, Iman Dani Bin Mohd Hafiz. Alhamdulillah~

peace ya'll. kahwin juga akhirnya~


our junior. born on 28th July, 2010 @6.55 am


Terima Kasih korang sebab sudi baca. doakan kami sekeluarga bahagia selama nya.. ameenn~!

Untuk suami,



3 comments:

ღnFashyaღ said...

Alhamdulillah, drama sangat okeh...
Siap ada cerita Mrx, abang petronas....hihi

Hany said...

Alhamdulillah...... sinetron dah tamat ... episod baru adakah. hahahha

sharEna said...

ok baru bace..hahaha..lambat sokmo aku neh..grr

best ^^