HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday, July 3, 2012

bila ada BFF lelaki dalam hidup kita

dari dulu, dari zaman sekolah lagi. aku ada 2 kategori  BFF. seorang perempuan dan seorang lelaki. kedua-duanya bagi impak yang sangat berbeza dalam hidup aku. BFF perempuan lain perangainya, hati agak fragile, so walaupun kau BFF- lah sangatt , itu tak bermakna kau boleh berperangai ikut suka hati kau. nanti BFF sentap, terus dia mintak pulangkan gelang tanda BFF sejati.

BFF lelaki ni aku kenal dah lama, sebelum aku kenal suami aku lagi. aku rasa mahu dah 6,7 tahun jugak aku kenal dia. kami memang rapat, serapat-rapat sampai kenkadang aku tak sedar yang dia adalah lelaki. sebab dia memang kawan yang boleh ditarik waktu susah dan senang. dia takde perangai nak sentap-sentap ni, dia boleh di paksa-paksa ikut sukahati aku, dia boleh dimarahi kalau buat sesuatu yang buat aku hangin. so nampak tak, gila nak buat macam tu dekat BFF perempuan, kalau kau buat, confirm kena pulau selama berabad-abad lama nya T__T

persahabatan aku dengan si BFF tak pernah jadi masalah, sebab aku beruntung kahwin dengan laki aku. dia jenis takde la melatah tak tentu pasal bila aku ada BFF, lelaki pulak tu. aku sendiri pun masih set boundaries, ini suami, dan ini BFF. aku still boleh lepak dengan BFF aku even aku dah kawin..please dont be so judgemental, setiap gerak geri aku di pantau suami, so takde timbul soal aku ni tak sedar diri dah kawin pun lepak dengan budak lelaki..phui~

dan kerana tu jugak relation aku dengan BFF, memang masih utuh. tapi baru-baru ni, si BFF ada approach mintak pandangan, kata nya nak propose si gadis yang baru dia kenal. aku tetiba rasa macam,

"duhhh..kau da nak kawin ker?? why so early?? ... T__T.."

jauh di sudut hati, aku rasa gila selfish. yelah, masa aku happy-happy lompat nak kahwin, share dengan dia pasal design kad kahwin aku, cerita nak hias dulang macam mana.. pendek kata, kalau ada 30 hari aku jumpa dia, 30 hari la aku cerita keghairahan aku nak kahwin. tanpa aku fikir, apa la die rasa eh bila aku ni sibuk nak kahwin. and now bila dia nak kahwin, I can't accept the fact. ish ish not good.

aku ada reason kenapa aku rasa macam berat hati nak lepaskan seorang BFF untuk kahwin, the main point, tak semua perempuan boleh terima yang suami dia ada BFF perempuan. walau pun BFF suami dia tu dah kahwin. aku faham, sebab aku sendiri tak boleh terima kot kalau suami aku ada BFF perempuan..haha..

so it's not an easy job. time has change, aku sekarang tengah happy-happy dikurniakan 2 lelaki terhebat dalam hidup. iaitu suami dan anak bujang tu. so macamana BFF aku move on, macam tu la aku kena move on jugak. cuma aku berharap relation yang ada berkekalan sampai bila-bila, dan terma "kawan susah senang", masih applicable.


p/s: orang lain sentap ex-boifren kahwin, yang aku sentap BFF nak kahwin. sebab ex-boifren aku kebanyakannya memang masuk senarai you-can-go-to-hell ... so apa mak kisah..~! haha. emm..satu lagi aku rasa tak perlu la aku letak gambar dia kat sini, sebab dia tak hensem pun..haha. eh takde la gurau je, ini bagi menghormati perasaan suami saya ok..peace!

-THE END-

4 comments:

sharEna said...

aku pon ade terasa mcm ko bile bdk lelaki yg aku suke usik2 kt kolej dulu da kawen. rase mcm...ahhh..nape dia dh kawen?eventho bkn bff, tp mcm ade feeling yg pelik itu.apekah?hahaha..tp xdelah sampai teringat selalu ke hape. cume terdetik aje =P

Hanani Hamid ( Ticer Nani ) said...

i can feel u babe. Aku dulu pun ada sorang BFF lelaki mmg rapat since sek lg..aku kawen dulu then bila dia cakap nak kwen aku sedih sbb takut bini dia marah. Skang kitorang dah tak rapat cam dulu..

pja said...

bff pja yg sede2 time pja nk kawen dulu2...now i feel d same ble dia ckp pas raye ni dia nk kawen n nnt dia passing card...hoho....weird gle rs sbb dh ade laki pon still rs sede bff nk kawen..padahal dolu2 time kte nk kawen mmg x kisah langsung perasaan deme...kuikuikuikuikui.....cuma pas dia kawen nnt mebbe besh skit la..sbb bff tu kan dh berbini...so bleh la hang out together2..al maklumla suami pja tu kan penjeles...so pasni no more jeles2...nk2 plak bff nye bii cung kot...vogeh d vass

antalya said...

maybe lepas dia kawen sok relation korang xkan sama mcm dulu n skrg.so xleh nk close sgt la ye.kena jaga batasan sket.but hope wife dia sporting la kan huhuu