HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, June 7, 2012

Perbezaan di antara Abah Dani dan Mama Dani

cara didikan yang aku dan suami terapkan pada anak adalah sangat berlainan, kontra yang tahap maksimum. suami lebih lembut, dan aku agak tegas. aku pun pelik jugak, sebab masa anak dara aku rimas tengok mak-mak yang agak tegas dengan anak kecil, masa mengandung pun aku ada cakap kat suami, yang aku tak suka nak garang sangat dengan anak, atau pun angkat tangan kat anak.

tapi iyelah, manusia hanya mampu merancang, end up terbalik pulak, aku yang jadi garang kemain dengan anak. ish ish. dan suami pulak jadi lembut hati macam tofu kalau melibatkan kerenah anak. apa perbezaan kami?

Mama Dani

  • aku memang suka beli barang untuk anak, tak sampai hati kalau anak mintak, tapi aku tak beli. aku akan beli semua benda kalau aku rasa benda itu tersangat menjadi KEPERLUAN dan mempunyai SIFAT KETAHANAN PENGGUNAAN SECARA LAMA untuk anak. kalau bab toys, aku akan tengok dulu, aku akan beli kalau ia membantu proses perkembangan otak anak. tapi aku tak sebarangan beli, contoh asal pegi mall/kedai runcit, aku tak kan sentiasa beli toys untuk dani. sebab aku tak nak dia sampai ke besar pikir, "ahh mak aku ada duit, apedehal?" ... oh big no!
  • dari saat dani mula faham dengan segala kata, aku da start ajar dia buat house chores sikit. kejam ke? haha.. takdelah, aku ni memang bangsa tak suka kalau laki balik kerja tengok rumah bersepah, so aku akan pastikan sebelum suami balik, rumah dah cantik. dengan itu, dani kecik lagi aku da bagi tugas, bila aku cakap, "abah nak balik dah, go kemas your toys.." dan aku akan jangkakan dia angkat pungkoq gi kemas toys dia. kalau da 2,3 kali tak gerak, aku akan slumber je sapu segala toys dia. apa lagi? menceceh la si kecik tu nangis-nangis kutip toys dia.
  • jangan pernah rasa, "ahhh payah la nak hias rumah, aku ada anak kecik, nanti dia tarik segala benda, satu hal plak.." oh jangan sesekali rasa begitu, masa aku memula ada anak, mak aku pesan, hias je rumah kau, jangan kesah ada anak kecik, kalau kita ajar dia dari kecik, confirm dia faham dan tak kan sentuh segala perhiasan. tapi aku memang nampak cara ini sangat effective, sebab tu sampai skang orang selalu tanya aku, "camne eh boleh berhias rumah kau? anak kau tak tarik ke segala tirai ni?" dan tips ini sangat mudah, bila kau bawak anak berjalan ke rumah orang, dia tak kan rasa jakun nak sentuh segala hiasan rumah orang. dan possibility untuk anak kau pecahkan pasu kristal kat rumah orang pun, sangat lah tipis.
  • bab angkat tangan ni, aku tengok situation gak. paling dasat, setakat cubit dia je. itu pun da terpekik terlolong macam aku dera dia. sebab dani ni ada satu perangai "baik" sikit, kalau kita tegah, lagi dia saja buat.
  • aku biarkan dani buat segala aktiviti secara freely. dia nak melompat ke, dia nak eksperimen dengan segala benda ke, suka hati. bagi aku setiap aktiviti yang dia buat adalah satu pelajaran. kalau dia berlari, then jatuh ke, aku tak kan terus gelabah. aku akan pegi kat anak, tiup-tiup sikit, then cakap dengan dia, this is a lesson sebab tak dengar cakap mama.
  • kalau bab marah anak pun, aku akan pastikan benda tu berbaloi untuk aku naik hangin. kalau benda-benda remeh ni, buat penat je nak memarah. dan kalau sekali aku dah marah, aku akan pastikan takde siapa pujuk dia, sebab aku nak ajar dia yang mana betul, yang mana salah. berani la kalau sesiapa datang pujuk dia, memang orang yang pujuk pun kena marah sekali kang.
Abah Dani
  • abah dani ni memang sangat generous dengan anak. sebab abah dani pun memang perangai cam bebudak kot? haha..tak lah gurau je. (tak baik memarah tau B, awak tu usia da tua, nanti muka pun jadi tua...haha) suami jenis yang tak sampai hati dengan anak. kalau pergi Toys Section, dan dani tak dapat apa yang dia nak, dia akan buat joget hiphop atas lantai mall. macam biasa, taktik itu tak kan berjaya dekat mak kau yer, aku akan buat bodoh dan terus ke Home Section. so abah la jadi mangsa "paw" anak. dah banyak kali aku tegah suami, jangan spoilkan, tapi da abah insist nak beli jugak, ai nak kata apa uols~
  • bab kemas rumah, abah dani tak boleh pakai. haha. 2,2 anak beranak tukang sepah. so secara automatik, abah dani tak pernah menyuruh anak buat apa-apa house chores. cute sangat persamaan tu. bagi i orang gaji boleh tak?
  • satu sifat abah dani, dia sangat jarang naik tangan kat anak. hurmm, bukan setakat naik tangan, marah anak pun dalam setahun aku boleh kira dengan sebelah tangan lagi. ha imagine, imagine. kalau bagi seorang anak, mesti dalam hati berkata, " wah my dad is my angel... " phuii~ sebab tu mak kau ni selalu migrain, anak kena marah dengan mak, anak lari kat bapak, bapak pun backup. apedehal?
  • abah dani sangat protective. kalau boleh dia nak anak dia sentiasa dilindungi. which is sangat bertentangan dengan aku. aku selalu cakap, biarlah budak tu lasak sikit, nama pun jantan, kena la keras. tapi tidak bagi abahnya, anak jatuh sikit, abah dia punya gelabah macam filem hindustan. (sila imagine..)
tapi secara overall, bagi aku parenting skill ni adalah lebih kurang seperti theory Bad Cop/Good Cop. kalau anak nangis membentak tak tentu pasal, abah mungkin boleh jadi penenang bila mama dah tak kuasa nak pujuk. it's vice versa. tak boleh 2,2 jadi ibubapa yang lembut, kalau anak spoil kita jugak susah di kemudian hari. so tak salah bila seorang tegas, dan seorang lembut.

5 comments:

mun said...

ape yang afni tulis nie...sama sebijik dengan cara mun dan laki mun...hahhaaa..sebijik betul....

FETTY AURA said...

seronok baca cerita awak.hopefully fet akan merasa saat2 ni suatu hari nanti :)

afni+hafiz=dani said...

mun: haha..sama eh? pening nak handle kan?

Fetty: hi fet =D tak perna nampak sebelum ni. anyway, thanks for reading. wish u the best =)

Bazilah said...

Assalamualaikum! Tumpang lalu, nak bagitau ni ade pertandingan Lose Weight Challenge, boleh menang sampai rm1000 woh! Best!

rDnA said...

sama..cam dina pun husband sgt la lembut dgn anak.nak marah tak pernah sekali pun.Tapi kalau dina mmg garang dgn Danial.tapi bertempat la.