HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, May 23, 2012

masakan paling simple; chicken kungpao!


dekat instagram memang kesukaan aku untuk pos apa yang aku masak, so 2 hari lepas rutin berjalan seperti biasa pos kan di instagram hasil air tangan aku (eceh..)


tak sangka pulak ramai yang kecuq ayaq liur tengok chicken kungpao yang hanya sipi-sipi je aku snap, tajam betul mata korang eh. actually chicken kungpao ni adalah masakan terawal aku masak masa memula kahwin, masa tu masih lagi jadi penganggur berjaya, so hari-hari duk masak kat laki. sampai aku pun da naik jemu tak tau nak masak apa, so i made this which at first i'm not even know the commercial name. selepas sekian lama, satu hari tu aku ada luncheon discussion di Thistle Hotel, they served this and its called "chicken kungpao" =D


mujur aku ada simpan lagi resize image, cos aku tak expect korang jatuh hati dengan chicken kungpao. so tak payah cakap banyak. mari lihat cara masakan CHICKEN KUNGPAO =D

Bahan-Bahan:
  • Ayam
  • Cili Kering
  • Halia
  • Bawang Besar
  • Bawang Putih
  • Lada Hitam
  • Sos Pekat ABC
  • Sos Tiram
Cara Memasak:
  • Ayam tu kalau boleh potong kecik-kecik, then lumurkan dengan kunyit, garam. gorengkan macam biasa. jangan terlalu garing. da siap goreng, angkat letak tepi dulu. (Bahan A)
  • Cili kering, Halia, Bawang besar, Bawang putih dihiriskan. kalo nak lagi sedap, lebihkan cili kering dengan halia. (Bahan B)
  • Then panaskan minyak, jangan terlalu banyak. ibarat cukup untuk tumis Bahan B. tumis biar garing sikit, then boleh masukkan Bahan A.
  • Pastu baru letak sos tiram dengan sos pekat ABC. terpulang nak letak banyak mana, ikut sedap tekak. kalau boleh jangan banyak sangat, asal cukup untuk menyelaputi ayam goreng tadi.
  • kalau nak pedas, korang boleh tambah lada hitam yang kasar tu. ada orang letak gajus, tapi aku tak pernah menggunakan gajus dalam masakan, so memang gajus tak pernah wujud di dapur aku.haha
  • gaul bahan-bahan tadi jangan terlalu lama tau. dan kalau nak tambah air, sikitttttttttt jer. sebab tak sedap kalau chicken kungpao ni terlalu berair atau digaulkan terlalu lama sampai dry sangat, agak-agak nampak macam moist lah. then siap dihidangkan.
Senangkan? lauk ni pun sesuai untuk orang pantang kot, sebab bahan-bahan dia menggunakan banyak halia, cili kering, lada hitam. nanti kalau korang dah cuba, tag aku ok =D

[lama tuan tanah tak interframe, muka hancus naik cik pimp durjana..pedulik!]

SELAMAT MEMASAK KALIAN!!!


8 comments:

ღnFashyaღ said...

dalam pantang nanti aku try. Cam sedap je tu...

Intan and The Boys said...

resepi lebih kurang cara kita masak ayam oyster sauce...tapi tukar lada benggala ngan cili kering je. hehe...thanks beb!

oh and mesti pakai kicap abc eh? will buy it!!! hehe.

afni+hafiz=dani said...

fasya: try!try! kacang je nak masak.

intan: haha..terpulang nak pakai kicap jenama apa. yang penting kicap pekat

yana lyana said...

mcm sedap je...sllrppp!

mun said...

wah tengok pon dah tau sedap...kene cuba nie..hehehe..btw cun kot tuan tanah tue walupun ader cik pimp...hehehee

afni+hafiz=dani said...

yana lyana: hai yana! =D

mun: amboi makcik pujian die.haha. jgn tertipu dgn ilusi optik.haha

Yantie Azan said...

ok nak suh laki aku masak..haha
bukan nak masak sendiri..;)

afni+hafiz=dani said...

hahaha..untung laki pandai masak wei =D