HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Thursday, May 3, 2012

Dani + Hospital + Pneumonia + Nebulizer + Drip

weekend lepas aku sefamily balik kampung suami dekat Kuala Krai. balik tak lama, cuma 3 hari, 2 malam. segala planning berjimba sudah di susun rapi. hari pertama mau buat apa, hari kedua mau pergi mana, semua sudah tersusun dalam kepala otak. tapi seperti orang selalu cakap, langit tak selalu cerah.

jyeah, hanya satu malam je aku tidur atas tilam empuk di rumah mertua. malam kedua kami bermalam di Hospital (GH). terbaik khenn?? hangin mak. cerita nya begini, sebelum bertolak ke kampung, dani memang dah on off batuk selsema, tapi tak demam. so aku tak take it seriously, sumbat je ubat dengan harapan; dear selsema, please go away!

hari pertama di kampung, dani masih aktif macam biasa. seluruh rumah Tok Ma di ukur, ajak tidur pun dia mengamuk macam aku pukul dia. nice sungguh perangai. ouh sebelum tu cuaca dekat sana memang maha panas. sampai muka kami 3 beranak macam kena salai. so, aku rasa ini pun adalah salah satu sebab kenapa kesihatan dani sangat teruk. ye lah, mak bapak nya tak peduli panas ke hape, hurung anak berjalan ke sana sini. perlu ingat balik kampung jarang sekali, so kena la berjalan habis-habisan.

dek kerana itu lah, hari kedua tu dani macam dah tak cukup nafas, mungkin akibat kahak yang banyak. nak keluar kan, si hensem tu tak berapa pandai. kesian betul. lebih kurang pukul 1pm, kami bawak pegi klinik, sangat bijak bila rupanya 1pm adalah waktu lunch para doktor. ok takpe, dalam pukul 6 lebih kami keluar lagi cari klinik, but still, kami terlupa di sana kesemua klinik akan ditutup bagi menghormati waktu maghrib (mungkin..) dan akan dibuka semula selepas 8pm.

jadi kami decide ke Klinik 1Malaysia, terus dapat refer letter ke GH. kami ke GH, dani kena diagnose dan kena buat X-Ray, doktor decide kena pneumonia dan dinasihatkan admitted malam tu jugak. DANG! ok, kami automatic jadi blur. sebab selama ni pun bila dani kurang sehat memang dia akan nafas laju, sebab kahak penuh, dan kami harap paling teruk pun kena nebulizer. jadi merasa la malam tu duduk hospital, sangat bijak bila aku lupa bawak medical card dani, so nak call insuran mintak tukar hospital pun memang tak dapek la khenn..



masa warded tu, aku sengaja suruh bapak dia bermalam sekali di wad. saja nak kasi la merasa macamana jaga anak di Hospital. haha. jahat ker? tak kan..kata buat anak sesama, susah senang pun harus bersama. ha baru tau yer B, sakit-sakit badan, tak cukup tido, badan berlengas, tak selesa. tak merasa, tak tau yer dak? hahahaha

ok lah, overall, kepulangan kami ke kampung kali ni agak pathetic la bila kena duk hospital bagai kan. tapi ini pun a lesson for us, yelah, budak-budak ni immune system tak berapa kental lagi so tak boleh la nak melasak sangat. so far, kami dah refer dani kat klinik di JB, dan sekarang dia tengah slowly recover.

5 comments:

ღnFashyaღ said...

Fuh dani, buat suspen ye...
Apa pun, semoga cepat sembuh ye dani :)

Aishah Rahim said...

Ala siannya hensem Mak Echah ni! Get well soon tau Dani. :)

KAK RAINBOW said...

Skrg dani dah ok ke beb? semoga dani cepat sembuh ye

ak yuyunz said...

hi there..

my daughter juga kena pneumonia last 2 weeks. kesian sangat..

semoga your son cepat sembuh..

Dina Zakaria said...

lah...cemane leyh lupa bawak medical card tu??terus letak dalam purse ye dear...