HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, October 27, 2011

ber-cream puff kita di hari jumaat~

hari ni aku terpaksa amik EL, demi konon nya nak menjaga si anak kecik yang muntah tak sudah-sudah. pagi tadi aku bukan main dah bersiap berbaju kurung nak pegi keja, sekali mamat kecik ni muntah lagi..ok fine, alang-alang da tuka baju semua, aku bawak je la dia breakfast kejap.

sampai MCD, bukan main sihat kau yer..



dalam pada boring kat rumah tak tau nak buat apa, aku terus plan nak buat cream puff.. tapi mahu di warning banyak kejadian yang memalukan diri sendiri masa nak bake benda alah ni, antara nya:-


- aku yakin yang kat rumah aku ada penimbang, sekali hampeh..rupa nya hanya imaginasi..

- aku tak ingat resipi ni guna susu segar, aku rembat jer susu S-26 si dani..huhu

- plastic cover untuk nozel koyak..haha, mengalah chef!


masa nak buat puff dia tu, na bagitau kita kena kacau sendiri kan? aku dah try kacau, tapi dia jadi ketulan-ketulan yang menggerunkan, aku da geram terus ambik mixer, terus kite putarr! yeah, mudah, lepas agak-agak soft, baru aku panaskan balik.

maaf di atas rupa yang agak tidak senonoh..


nampak macam menjadi ~


taraa~~ not bad la, walaupun semua tak sama size



aku ada terbaca satu blog ni, tapi aku tak pasti blog mana, dia advise guna foil untuk lapik dulang tu. then aku pun try lagi. tapi tak best la, foil tu penyebab puff aku melekat. ke aku yang kurang mahir? aku tengok blog na, dia pakai baking paper jer, pasni proceed baking paper je la gamak nya..so nak tengok tak hasil cream puff aku??





betul kata dayu, seriously kami perlukan noven yang lebih besar..letih la bake, dapat berapa bijik jer.. oh untuk resipi sila check di blog na okeh!

Tuesday, October 25, 2011

aku dan keturunan kanser






aku pasti korang kenal siapa dia ni.. pada yang tak kenal, ini adalah Giulliana Rancic. Reality show dia adalah Giulliana & Bill. aku pun kalau agak-agak bosan takde channel best, memang for sure aku follow series dia.


tapi malam semalam, aku ada terpandang yang ada satu statement mengenai Giulliana tengah fight untuk breast cancer. Physically kita tengok dia ni memang fit kan, dan nampak macam living in healthy life. sekali dangg, di uji sebegitu rupa, kesian dia dah la tengah undergo IVF treatment.


aku bukan nak cite panjang lebar pasal hal dia ni, kalau korang nak tau further info, boleh kasi google search engine buat kerja.hehe. aku rasa takde siapa antara korang yang tau aku ni ada keturunan kanser. bermacam kanser yang keturunan aku ada. ada yang boleh fight and win, ada jugak yang goodbye.. dan orang yang terdekat dengan aku adalah mak aku sendiri..dia perna kena breast kanser masa umur dia dalam lingkungan penghujung 20-an.





mak aku adalah antara yang berjaya fight breast cancer. bila masa mak aku detect yang dia ada kanser? masa tu adik ketiga aku yang baru berusia dalam 2 tahun..dia suka sangat landing atas badan mak aku. then suddenly, mak aku rasa macm something went wrong bila dia rasa ada cecair yang meleleh. sekali tengok ada nanah yang mengalir. mak aku antara yang bertuah sebab dia dapat detect disease ni awal, dan alhamdulillah after several treatment, she's free from cancer.


aku sebagai keturunan terdekat apa possibility yang bakal terjadi? aku pernah baca dalam satu majalah, kalau kita mempunyai sejarah keturunan, possibility yang bakal terkena pada aku adalah 80%. quite high eh? bukan "quite" lagi, memang seriously high..sebab tu aku banyak amik precaution measures. agak-agak pelik sikit aku akan consult mak aku, or if things makin worst aku buat checkup.


so pada sesiapa yang ada possibility tu, korang rajin-rajin la baca pasal benda. opss jangan sangka sesiapa yang takde history tu bakal terselamat, tidak sama sekali. semalam pun aku ada amik insurans yang cover segala penyakit berkaitan wanita. kata orang, hari tak selalu cerah, so better sediakan payung sebelum hujan =)




p/s: yes, akhirnya berjaya update entry yang bermaruah..hehe

Monday, October 17, 2011

pavlova terhebat setakat ini

wah..lebih plak kau eh claim pavlova kau yang terhebat.


hakikat nya ini adalah cubaan kedua. first time aku buat hari tu aku ada bagitau yang pavlova aku crunchy, so bila dah crunchy dan nipis, dia punya manis memang tahap aku nak makan pun pikir banyak kali.


hari ni sampai rumah hati serasa di cabar-cabar tengok pavlova korang yang superb gebu. bak kata na, kena make sure putih telur tu pukul sampai dia jadi "meringue"..kali ni aku nekad. lenguh tangan pun lenguh la, janji pavlova aku menjadi. (read: lenguh tangan di sini bermaksud aku lenguh pegamng mixer tu =0 )




this is what we called as meringue



macamana nak tau dia jadi meringue? bak kata dayu, bila kau punya adunan dalam bekas tu, kau goyang-goyang pun dia tak cair meleleh, makna nya dia jadi likat dan pekat..





ha ni baru betul, lepas bake dia akan naturally terbentuk, oh macam biasa aku memang selalu hover konpidem sampai meringue aku hitam di atas Y__Y



so masa yang di nanti-nanti kan, nak tengok tak pavlova gebu aii tu??





ini lah yang aku idam-idam kan.. betul la kata kau jue & dayu, lima minit pun habis licin, jadi nak tambah-tambah..opsss ingat dr.rozmey (diet-diet!!) ..hiks!


p/s: oh pada blogger yang nak tengok gamba bday party dani, esok-esok la aku upload, aii tengah teruja pasal pabloba =))

Thursday, October 13, 2011

Jadi ker Pavlova aku ni?

lately, aku tengok sana sini blog post pasal pavlova ni. aku pun start tau pasal pavlova ni bila baca blog jue mummy hafiy. aku duk pikir la apa benda la pavlova ni..then aku tengok terus macam berjangkit pulak ke blog lain. sebelum ni pun aku ada google cara-cara nak buat pavlova, tapi semua nya menyusahkan. sampai ada certain step tu aku lost, ada jugak video tunjuk smpai 6 jam penyediaan, baru boleh makan.. gilo ke apa..


sampai la aku tengok blog na bila dia post pasal dia berjaya bake pavlova ni. bagi aku step na adalah paling termudah, caya lah na! so memandangkan semalam aku on leave, aku sempat la ke Jusco beli bahan-bahan, semangat nak membakar.






kalau ikut kan kata juerayyan (kalau tak silap), time dia bake ni sampai menggunung benda ni, tapi aku tengok pavlova aku macam hidup segan, mati tak mau je.. selama sejam aku bake tu, duk takuk tu je la pavlova aku..tapi aku rasa mayb sebab aku tak pukul putih telur tu sampai kembang, itu yang dia menipis je.. betul tak assumption aku ni?haha



ini lah hasil nya..agak nipis..opss bukan agak nipis kot, memang nipis, pastu crunchy. satu lagi silap aku bila aku ni punya kedekut nak beli icing sugar, poyo rela blend gula kasar. sekali hamek, berbintat-bintat pavlova aku..


hamek kau, hover benau letak whip cream sampai melimpah ruah




tadaa..ini lah hasil nya, nipis kan pavlova aku..so memang crunchy sepenuh nya. bila dah cuba, baru aku tau begini rasa nya pavlova..ok lah, cuma memang super manis, lepas ni aku kena sukat sikit la gula. tapi pavlova ni memang elok hias dengan buah yang masam2, baru ada kick! =) ohh disebabkan aku dengan B kurang sikit benda-benda manis ni. orang yang habis kan 2 slice pertama adalah si dani. gemar benar dia..

Monday, October 10, 2011

sehari di Melaka

sabtu lepas aku dengan B decide nak ke Melaka. tujuan utama kami nak ke majlis kahwin seorang kawan. da lama rasa nya aku tak jejak kaki ke Melaka, last sekali ada la 5,6 tahun yang lepas.



dan aku tak sangka Melaka sangat hectic sampai hotel yang aku nak book pun semua nya penuh. wah, apa korang buat kat Melaka weh? korang bayangkan aku nak pegi wedding kat Batu Berendam, tapi duduk hotel nun jauh di bandar Melaka.


dah lewat petang baru lah kawan aku call bagitau dia dapat carik hotel di tengah bandar, itu pun hanya budget hotel yang tinggal. sekarang aku dah dapat satu lesson, nak pegi Melaka, jangan mengada book lambat even bukan peak season =(


not bad la eh? masih baru..



ouh ok aku tak reti la nak cerita details kalau family outing ni, mari tengok gamba je eh!


budak ni la paling happy, sebab ni first time bawak dia berjalan yang bukan balik kampung..hehe..


bersiap-siap nak ke wedding


sebelum kitorang pegi wedding kawan tu, kami decide nak checkout terus. dan of cos aku terus pakai baju kurung. agak awkward bila berjalan di tengah bandar Melaka yang panas terik dengan pakai baju kurung budget macam perempuan melayu terakhir. berpeluh den!


aku baru tau pasal batu ni, sila click for better view


lepas dah jalan sikit-sikit tu, kami terus shoot ke Batu Berendam. lokasi wedding.. kami ni budget macam hebat je nak ke sana. mujur la sekarang ada GPS, kalau ikut kan map kat kad tu, memang failed weh!


cantik kan pengantin? dulu kawan aku ni perangai memang kasar, dah lama-lama ni nampak ayu gitu..


ini budak, "ada aku kesah?" haha..sibuk duk ulit jam dia..

Wednesday, October 5, 2011

didik anak: mama monster, abah saviour (vice versa)

ok fine, aku senggangkan masa.. mari update blog yang dah makin sedih aku tengok ni. kalau ikutkan sibuk dengan kerja, bak kata pepatah; "work will never ends.."



hari ni aku nak sentuh mengenai peranan kami dalam mendidik dani. opss amaran, bukan aku nak ajar cara terbaik didik anak ok.. tersasar lebih tu, anak aku baru setahun jagung. tunggu dani berjaya jadi engineer ke, hidup kaya raya ke, baru aku kongsi dengan korang cara terbaik didik anak.. hehe



dalam parenting kita selalu dengar yang salah seorang akan menjadi parent yang tegas, and the better half will act more like saviour. masa aku pregnant kan dani, aku pernah cakap dengan B; "bila dani dah keluar nanti, i tak nak jadi macam mak-mak lain, terjerit-jerit marah anak, cubit tak pasal-pasal.." konon cita-cita di hati nak jadi ibu yang sweet, lemah lembut.



tapi hakikat selepas dani keluar, aku baru sedar yang aku lebih tegas, dan B lebih berlaku lembut dengan anak. macam aku selalu ingat kan dani apa yang salah, mana yang betul. kalo dani terlalu lasak, aku akan cubit sedikit. ahh pedulik kalau ada yang tidak setuju cara aku didik anak begitu, sebab mak aku selalu pesan; "jangan segan-segan nak cubit anak tu, kalau di layan kan ragam dia, susah kau nak bawak berjalan berjumpa orang.."



macam B dia lain, sebab tu aku selalu panggil dia "saviour".. dia selalu jadi penyelamat keadaan. belum pernah lagi rasa nya dia tak turuti apa kemahuan anak, semua dia layan. salah satu nya everytime aku marah dani, aku akan cakap dengan dia; "abah....tengok dani ni..pukk dia sikit" nak tau apa ekspresi dani? sikit pun tak percaya dengan kata-kata aku yang abah dia akan "pukk" dia, lagi dia lari dari aku pegi carik saviour dia ada la..



satu lagi aku tak suka bila ada pasangan yang jenis, kalau isteri marah anak tu, si suami marah balik si isteri..sebab ini akan mengelirukan budak. budak tu akan terpikir; "eh mana satu ni..apa aku buat ni mama marah ke tidak.." so lebih baik kalau si isteri tu marah kan benda yang munasabah, tak payah la suami beria nak backup anak. just monitor the situation, kalau agak-agak nampak si isteri tu ada potensi marah sampai tahap nak meroyan, baru la suami selamatkan keadaan ok!



conclusion nya, aku memang tak kisah nampak seperti monster di mata dani, dan abahnya adalah saviour. jangan lah sampai kedua ibu bapa terlalu manjakan anak, semua kerenah anak di hadapkan. biar salah seorang menjadi tegas. dan jangan tak tau kadang-kadang si saviour pun mampu jadi monster. so kita kena pandai mainkan peranan ikut situasi bila ia melibatkan cara mendidik anak..


ok lah, sebelum aku meleret seperti penceramah parenting skill, baik aku choww~ =)



budak banyak "auta"