HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Tuesday, September 27, 2011

kenapa aku beria nak diet?

perbualan dengan rakan-rakan blogger di forum FB tadi buat aku tergerak hati untuk post entry ini. dan aku ingin maklum kan pada readers, entry ini mungkin agak telus, so kalau korang rasa mahu berasa hati, sila back off awal-awal ok, aku tiada masa mahu melayan keterasaan hati kamu =)

di kalangan family dan kawan-kawan terdekat, memang sedia maklum yang aku tengah diet ketat. aku rasa sebelum ni pun aku ada post berapakah berat badan aku semasa anak dara dan berapa berat sekarang. sebelum ni aku ada ambil jusmate5 sebagai pembantu diet aku, aku berjaya turunkan 4kg, dan masih maintain.


tapi aku lebih berminat untuk share kenapa aku beria sangat nak diet. sebab nya sejak metabolisme aku slow selepas bersalinkan dani, aku memang agak stress bila tengok gambar aku or dengar kata-kata orang walhal aku bukan lah kategori berbadan besar. mungkin sebelum ni mereka tengok aku lebih kecil dari ini Y__Y... dan nak tau apa yang buat aku stress?



- dulu aku selalu tengok kawan aku yang berbadan besar kena approach dengan SA slimming product. dan masa tu kawan aku senyum je sambil geleng kepala. dan now, aku dah tau perasaan dia.



- dulu aku boleh slumber tangkap gamba duduk di hadapan. dan sekarang seboleh mungkin aku nak sorok badan aku.



- sesiapa yang baru kenal aku ketika badan begini, otak diorang akan set aku gemuk, tak pernah merasa kurus.



- keluarga mertua aku semua halus-halus dan berbadan kecil, so aku rasa sangat awkward bila berada di samping mereka. dan aku rasa macam aku besar sangat, walau hakikat nya hanya orang yang pernah melihat aku secara berdepan je yang tau.



so dengan reason-reason di atas, korang ingat aku tak panas hati ker? of cos la aku jadi stress bila fikirkan hal-hal macam ni. sebab tu sekarang aku amalkan diet sihat sambil dibantu oleh jus mate. harap aku berkesempatan turun 5,6 kg sebelum raya haji =)



ouh sebelum aku tamat kan entry emosi terlebih ni, mari aku sajikan korang gamba aku dedolu..ahh rindu nya =(


di malam berinai 2 tahun lepas..


aku rindu lengan kecik Y__Y



sekarang, slightly berisi Y__Y


ok dah, nanti ada yang meroyan yuu.. till then =)

Thursday, September 22, 2011

selepas sebulan operation trigger finger dani

oh lama gila kot aku dah tak update blog. semangat nak memblog tu ada, tapi cerita nya yilekkss.. aku memang fail bab-bab nak update blog dengan cerita yang ala-ala ni, sebab nanti aku pun rasa macam diri aku ala-ala je..haha


ok aku rasa dah hampir sebulan kot operation trigger finger dani. aku yakin ramai yang nak tengok hasil nya. tapi sebelum tu aku kasi up gamba yang sebelum dulu ok?





di atas ni sebagai gamba untuk refresh memori korang dan for new readers, ini adalah gambar jari dani sebelum operation. which is tak boleh tegak sepenuh nya.. dan gamba di bawah, selepas sebulan operation..




apa aku boleh kata? speechless..alhamdulillah



hati rasa gembira tak terkata. usaha selama hampir setahun turun naik hospital akhirnya berbayar. ok lah, nanti aku menulis lagi =)

Tuesday, September 13, 2011

sambungan kisah cars dani yang hilang di'terambil' orang

wah dasyat ayat kau..


ini entry ringkas ok, sebab aku banyak kerja pending yang memerlukan belaian kasih sayang dari aku. cece.. mana yang nak tengok kisah sebelum ini, boleh refer sini!


ok pagi tadi, masa tu aku dan B nak keluar pergi kerja. time tu B suruh aku bukak *grill (aku tak pasti ejaan ini betul..) dulu sebab dia nak check semua suis (tabiat kami sebelum keluar). so si mata empat ini pun menonong bukak *grill tanpa pandang kiri, kanan, depan, belakang.


then aku masuk dalam balik. B pun berjalan ke arah *grill (dan aku mengulangi perbuatan mengecheck suis lagi dan lagi; dasar paranoid) tiba-tiba B jerit;


suami: "B, car dani laa.."


si isteri (yang pekak = ): "ha! apa?"


suami: "car dani..diorang pulangkan.."





perasaan aku ada dua, first, aku ingin ucapkan terima kasih pada those kids kerana ada sifat mulia ini. tiba-tiba aku rasa macam kalau aku jumpa budak-budak ni, nak hadiahkan sorang sebijik hotwheels. perasaan kedua, aku rasa sedih sebab betapa tinggi nya tahap kebutaan aku sampai rileks jer tak nampak benda ni Y__Y


dengan rasa happy dapat jumpa all those car, sempat bergurau kasar dengan B;


suami: "mesti mak diorang marah kan? tu yang diorang pulangkan.."


isteri: "tak tau la B..entah-entah diorang ada agenda lagi besar, NAK CURIK PSP PAKCIK..haha"


ok, time tu aku gelak sorang jer, mamat tu bengang....


ok dah sila bersurai, pergi kerja!

Monday, September 12, 2011

malam tadi aku buat open house mengejut eh?

ok cerita nya begini, ahad lepas aku ada pegi open house seorang kawan, sebelum balik mak dia ada bekalkan sebiji tembikai dan beberapa biji buah oren. so atas sifat benci kepada pembaziran, aku belah tembikai tu kepada dua, sebelah aku ambil, sebelah lagi aku berniat nak bagi pada jiran sebelah. so perbualan kami bermula begini;


aku: "kak mai, tolong panggil kakak suruh datang rumah kita ambil tembikai ni. semalam pegi rumah kawan, mak dia bagi, banyak sangat pulak..."


kak mai: "eh malam ni ada marhaban tau anjuran blok ni.. kau ingat tak?"


aku: "ha yeker? kita ada perasan jugak. tapi tak ingat date dia bila..kenapa?"


kak mai: "takde lah, sebab nanti semua melayu satu blok ni akan pegi dari rumah ke rumah buat marhaban..rumah kau join la sekali.."


aku: "ha apa? saya tak tau ni..saya nak hidang apa nanti..ya allah, segan la camni"


so begitu lah cerita nya.. aku tau perkara ni tepat pada pukul 7.15 pm. dan majlis marhaban tepat pukul 8 pm. yeah, great, dengan aku tak mandi lagi, aku sempat text suami, "B, call i ada emergency!" tragis kan ayat aku?haha.. so aku dengan pantas nya menyiapkan apa yang ada sahaja, sebab bak kata kak mai, sediakan yang simple, sebab nanti lepas habis marhaban, dekat bawah blok ada jamuan makan.



mujur mak azie bekal kan buah-buahan, thanks makcik!


ribena yang menjadi penyelamat..lebiu!!


kira nasib la siapa dapat yang mana..


mujur B sempat balik sebelum team marhaban sampai. ouh lupa nak maklumkan yang kami ni tak pernah buat majlis keraian di rumah, dan jarang sekali join aktiviti rukun tetangga di sini. so sifat teruja orang nak datang tu agak terlampau la sikit. tapi ada guna nya join benda-benda macam ni..almaklum lah, aku dengan B ni hidup merantau, so bila susah senang boleh la mintak tolong jiran-jiran ye tak?



mujur sempat bersiap..

sedia menunggu team marhaban


sebelum ni aku sibuk canang kat orang yang rumah aku kecik, so nama di hati nak buat open house tu rasa macam..alahai, tak sampai hati rasa nya nak biarkan tetamu datang rumah makan sambil berdiri. so korang nak tengok tak keadaan rumah aku sebelum dan ketika team marhaban sampai?




keadaan rumah yang kecil molek, tapi rasa besar kalau hanya bertiga sahaja


haha..tragis tak? yang aku nampak hanya kipas di syiling Y__Y


overall, kami suka dan teruja jugak tengok ramai yang datang mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga. tengok foods pun habis licin. tapi dalam pada kegembiraan, ada perkara yang kami rasa terkilan sangat, aku pesan pada B, takpe lah kita redha jelah..



Dear new owners some of the cars,


thanks sebab datang rumah auntie dan meriahkan rumah auntie. kamu-kamu yang terambil cars adik dani, takpe lah, auntie and uncle halal kan. it just kami terkilan because dani love that cars to the max. harap kamu jaga dengan baik ok. pesan auntie, jangan buat di rumah orang lain yer.. have to admit our mistake, lupa nak simpan all the collection.


Emm have to admit the mistake, yang kami pun lupa simpan all the collection. malam tadi pun lepas turn rumah kami, B ada ikut team marhaban ke rumah lain. dan bila B balik rumah, dia ketuk pintu, muka dah putih macam mayat, rupa nya begini;


seorang budak: "pakcik, rumah pakcik ada PSP kan?"


suami: "ha mana tau ni?"


seorang budak: "saya nampak dalam laci masa pakcik nak ambil duit.."


errr.. ok, lets learn from the lesson. tapi kami tetap berbesar hati untuk membuat open house dan menjemput kawan-kawan datang =)


Sunday, September 11, 2011

wahai anak,dulu ko gila makan.sekarang,mama yang naik gila nak paksa makan

aku pasti bukan aku seorang jer yang mengalami masalah ini, korang pun sama kan?


dulu masa aku takde anak, tengok iklan ibu memaksa anak makan, aku gelak jer. dalam hati aku, "ahh semua itu bohong belaka, marketing strategy jer tuh.." sekarang? sila padan muka diri sendiri yer, anak aku sendiri pulak yang seksa nak makan.



aku ingat lagi masa dani umur 6 bulan, asal sumbat jer habis, macam di pam-pam pipi dia akibat kuat makan. bila dia masuk jer umur setahun, aku selalu main kejar-kejar dengan dia bila time makan. kalau dah time geram sangat, pernah terjadi aku peluk dia, aku tenyeh nasik tu dalam mulut dia. kejam kan? bertambah kejam, bila dia keluarkan nasik tu balik, sambil campak kat aku.. haiyahh..kalau begini sampai bila mau kenyang?



aku pernah ikut jue mama hafiy, dia ada post beberapa makanan menarik untuk attract bebudak ni. yeah, aku dah try pada dani. aku goreng nugget, pastu hias dengan mayonis bagai. letak depan dani, dia siap buat muka irritating.. macam mencabar kredibiliti aku menghidangkan makanan untuk dia..ciss!



tapi dani amat suka pada tidbits macam biskut ker, roti ker.. so hari-hari aku terpaksa hadapkan dia dengan benda sama. tapi baru-baru ni masa raya, dani suka makan ketupat. so demi anak, aku sekarang gigih tiap-tiap weekend rebus ketupat instant adabi.. haihh anak la anak..cuma ada satu benda ni yang dia suka sangat, so ini lah antara cara-cara aku nak menyihatkan dan mengenyangkan anak.....



nampak bahagia kan? geram aku, makan nasi tak nak

Tuesday, September 6, 2011

PD100HUB: epi 1 bersamaan sept 7

oh sebelum tu untuk yang tidak tahu apakah itu PD100HUB?.. yang pasti ianya bukan MLM yer.. ia adalah Program Diet 100 Hari Ukhwah Blogger. Sesiapa yang aktif di forum Ukhwah Blogger pasti tahu perihal ni..


ok lah seperti yang dijanjikan pada jue, aku pagi-pagi dah kerah laki aku suruh tangkap gamba penimbang la, tangkap gamba sisi tepi la, sisi depan la.. paling payah nak jawab bila dia tanya; "semua ni untuk apa yangg.." haha..macam terseksa jiwa jer laki aku tengok bini dia pagi-pagi dah psycho.



here we go;




berat terkini Y__Y



dan target aku sila lah kembali ke berat asal.. nak tau lagi berapa kg aku kena pegi ke berat asal? 58 kg weh Y__Y 10 KG TO GO...

Monday, September 5, 2011

bagi duit raya rm5 adalah common?

ini adalah tahun pertama aku dan B raya dengan ada nya iman dani. perasaan? harus gembira. lagi-lagi bila si hensem dah dapat kaki. dan paling bahagia, bila kami laki bini telan air liur tengok duit raya yang diterima dani.


aku ingat lagi masa zaman aku kecik-kecik dulu duit syiling rm1 tu lah paling hebat. bahagia gila bila tekan-tekan sampul raya, rasa tebal duit syiling rm1.. tapi sekarang bila aku hulurkan sampul raya pada budak-budak semua mencebik sambil tekan-tekan sampul, otak ligat imagine; "makcik ni bagi berapa ringgit la nii, nipis nya sampul.." cett! meh makcik kerah kau kerja carik duit, nak?


tapi seriously aku terkejut bila kira duit raya dani baru-baru ni, not rm5 lebih banyak dari not rm1.. aku dan B pun naik segan nak hulur kan sampul berisi rm2 tu, terpaksa la aku bagi double sampul pada setiap budak. haihhh kalau gini cara nya, next week aku kena carik kerja bergaji 5 angka dekat website jobstreet ni..


nak ajar budak-budak supaya bersyukur dan terima dengan paksa-rela duit raya yang kita bagi tu pun susah jugak kan? try kita letak diri kat tempat budak-budak tu.. sure kita pun akan cakap; "ek eleh...rm2 je..(dalam hati)" .. hehe, takpe lah, setahun sekali jer, tak salah gembirakan budak-budak. ok lah, till then!



selamat hari raya from us =)


p/s: jemput la ke rumah siapa yang berdekatan...