HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Wednesday, July 27, 2011

happy birthday sayang mama

today is the day: iman dani sudah setahun hari ini 28th July, 2011..yeay!! =) so tak nak cakap banyak mari kita lihat gamba-gamba si hensem daya sepanjang setahun ini..enjoy =)






Tuesday, July 26, 2011

ini entry terakhir saya....

cecece gelabah jer nak cakap entry terakhir..haha. ok, serious! actually ni entry terakhir untuk aku menge-post milestone dani di bulan 11, 29 hari..which is esok 28 july, si hensem saya bakal berusia setahun!


cepat eh masa berlalu..aku jadi bertambah sayu, bila aku beli benda ni semalam;



susu bagi bayi..err bayi ker? ok la, susu untuk budak setahun ke atas




sayu beb. sebab macam susu ni juga, dani pun da beralih ke fasa yang lebih jauh. dani dah semakin lasak, tak macam bayi kecil yang terkulat-kulat. ok lah tak nak cerita panjang.. aku teringin nak post simple chronology kelahiran iman dani =)


27/7/2010


- 7.40 am: time ni aku dah overdue 5 hari, tapi masih gagah hantar B pegi keja, sebab time ni roadtax keta B mati, semua orang kat tempat keja dia kagum melihat kegilaan aku yang masih drive keta.


- 10.30 am: aku ajak mak aku dan MIL pergi jusco untuk beli besen mandi dani.


- 4.30 pm: aku masih drive amik B dari keja, dan terus shoot ke bandar untuk hantar MIL balik kelantan. masa ni agak kelakar sebab MIL aku dari Mekah, terus duduk rumah aku 3,4 hari, sebab nak tengok aku bersalin. tapi still, gua masih juara mak buyung. dia pun kena lah balik kelantan.


- 7.30 pm: otw balik rumah, aku dan B turun keta untuk ke kedai. masa ni lah aku jatuh terduduk depan kedai tu.


- 7.45 pm: B hantar aku pegi hospital.


- 9.30 pm: doctor decide pecahkan jer air ketuban since aku dah overdue lama sangat.


- 10.00 pm: gua cool lagi..siap bole hina jiran di bilik sebelah yang terjerit-jerit menahan contraction.


- 11.00 pm: aku tiba-tiba muntah. contraction mengganas..


28/7/2010


- 5.00 am: aku paksa B panggil doctor. doctor check baru 9 cm. tapi aku tak pedulik cakap nak teran!! haha


- 6.55 am: si hensem saya selamat dilahirkan dengan bantuan vacuum. mak dia time ni dah K.O..letih~


si hensem saya di usia 11 bulan



"budak baik"..geram aku tengok perangai dia

Sunday, July 24, 2011

bila budak sekolah sibuk bercinta..

cerita ni dah lama, dari last week. dari ke sehari, aku nak share..tapi asyik busy je.


rabu lepas, habis jer appointment dengan doctor dani, aku bawak si kecik tu ke MCD. time lunch hour memang super pack. tapi bila fikirkan dani suka makan fries, dan itu je tempat paling selesa tengah-tengah musim panas ni..aku redah jer!


bila berdua jer dengan dani, apa lah sangat untuk di borakkan dengan dia. kalau dia dah pandai cakap, boleh jugak mama dia share masalah di tempat kerja..haha. so apa yang aku boleh buat, aku duk sibuk mata melilau tengok gelagat budak-budak sekolah.


boleh tahan eh budak zaman skang. agak nya makbapak keja, so diorang bagi duit kat anak-anak to have lunch kat MCD. yang buat kan aku jelek melihat telatah budak-budak ni. bila diorang sibuk memadu asmara dengan pasangan masing-masing.


tapi aku suka pandang ada 2 couple ni. satu couple cina, satu couple melayu. yang cina ni, duk rushing nak habiskan meal. yang melayu asyik terkekek-kekek dengan boifren sambil berpeluk-peluk. then, aku nampak couple cina keluarkan buku dan buat revision. manakala yang si cpuple melayu tak habis jugak terkekek-kekek.


then, of cos aku terus jadi malu. ouh mungkin aku sorang jer yang malu, sebab masa dulu aku duk asrama. habis skolah terus shoot ke hostel. nak berpimpin tangan balik hostel dengan boifren pun di haramkan. so itu lah agaknya aku jadi jelik dengan perangai budak-budak sekolah yang sibuk bercinta dengan monyet masing-masing.. haha.. peace!


si hensem saya <3

Thursday, July 21, 2011

aku busy..

hamek kau.. apa pun tak boleh! later aku update blog kalu free ok =)

Tuesday, July 12, 2011

bila bergaduh dengan suami..

hai semua..



aku bab-bab title ni memang manjang nak yang gempak jer. haha.. padahal jauh api dari panggang la aku nak cerita kisah dalam kain sendiri betul tak?




apa yang aku nak cerita adalah perihal panggilan kita pada suami atau isteri bila bergaduh. yang ni aku kaitkan secara general ok. tapi disebabkan aku percaya kalangan kawan-kawan blogger adalah kaum isteri juga, so jom kita sama-sama muhasabah diri..cecece..



aku tengok trend suami-isteri sekarang tidak seperti dulu, kalau panggil suami tu mesti; "baby..", "B..", "Darling..", "Abang.." etc.. tapi bila bergaduh pulak macamana? aku pasti mesti kata nama tu dah bertukar, dari yang panggilan manis-manis terus jadi, "aku/engkau.." ada juga yang worst sampai mencarut-carut.



aku tak cakap aku baik, takde langsung perang mulut. mungkin ada, tapi minor one la..haha. aku selalu juga saling mengingatkan, "eh B, apa cakap aku-aku ni..tak suka la..i bukan kawan u nak beraku-aku" so , bagi aku rasa macam kurang manis la bila kau tengah mesra, orang keliling tengok pun meluat..tapi bila bergaduh, ha hamek macam malapetaka besar je kan?



hidup sebagai suami, isteri ni mesti saling menghormati. ini bukan macam zaman couple, kau tak suka, kau maki sesuka hati. dah kawin kena lah ubah kan? dan penting dalam hubungan saling mengingatkan, agak-agak pergaduhan tu jadi bertambah parah, salah seorang kena step away, try to turn down the argument.



sebagai contoh, kau yakin kau betul. dan suami pulak mati-mati nak tegakkan benang yang basah. kau buat rileks jer, agak-agak dia tetap jugak nak carik pasal, kau terus masuk bilik. macam aku kalau marah sangat, aku terus amik wuduk, terus solat.. so mulut pun tak sempat nak memaki hamun kan? dari hati jadi panas, terus hati jadi tak kuasa nak sambung pergaduhan.



dan pasal panggilan 'aku,engkau' kala bergaduh, kalau boleh biar lah yang pihak lagi satu 'ber-aku-aku'.. yang penting kita tetap maintain dengan panggilan kurang kasar. seperti dari selama ni kau panggil suami 'baby', gara-gara marah sangat, kita tukar kepada 'awak' jer.. tak susah kan?



oh berkenaan kata-kata carutan ni aku paling tak gemar. kalau boleh kekalkan boundaries kita dan suami. marah macamana pun tak perlulah mencarut pada pasangan. kalau anak dengar, jiran dengar, malu ooo..



"B, i tau u baca ni..mari sama-sama muhasabah.. bila gaduh ingat tuhan dan anak ..peace! hoho.."





ha kalau hati tengah panas tu, bukak balik album lama-lama..pasti hati jadi sejuk =)

Monday, July 11, 2011

backstabber, mulut tempayan, penipu, kaki bodek

wah pagi-pagi lagi aku dah nak post cerita-cerita seperti ini..


seriously, bila aku semakin dewasa dan matang, aku mula dikelilingi oleh orang-orang seperti ini. sebut sahaja, backstabber, mulut tempayan, penipu, kaki bodek, itu adalah ciri-ciri yang sesiapa jer jadi menyampah bila mendengar.


tapi aku paling menyampah kalau semua di atas itu adalah di kalangan orang melayu sendiri. sampai buat aku terfikir mana pergi semua nilai-nilai murni seorang manusia. dari kecik memang aku terap kan sifat penyimpan rahsia tegar, hormati orang, berlaku jujur. dan bila buat pertama kali nya aku berhadapan dengan situasi begini, buatkan aku terfikir, susah nya nak carik orang yang kita boleh percaya..


aku jadi terfikir;


"kenapa tergamak kau backstab kawan sendiri?"


"kau memang jenis tak boleh simpan rahsia eh, semua orang kau nak cerita hal aku?"


"kau kalau tak tipu sehari boleh mati eh?"


"kenapa perlu kau nak membodek untuk sampai tahap ni?"


so moral of the story, kita kena sentiasa berhati-hati dalam kehidupan ni, sebab tak semua orang yang kita boleh percaya. bagi aku mudah jer, kalau cerita yang agak-agak private tu tak perlu lah kot kita share pada orang sebarangan. lebih baik cerita dengan kawan hidup mati kita. macam dengan suami or mak sendiri. sah-sah orang-orang ni tak kan backstab kita.. kan? haihhh dunia dunia~~



tengok muka aku naik pimples, sebab baru-baru ni aku stress akibat kena backstab..grr


Sunday, July 10, 2011

buah hati saya dah pandai jalan terkedek-kedek =)

oh hari ni mood sudah semakin baik, harap saya boleh tempuhi dugaan dengan baik =)


hari ni nak cerita pasal en. dani yang sudah pandai jalan.. yeay! tapi tak lah pro sangat, baru 5,6 tapak dah jatuh balik. ok la, what to expect, budak baru 11 bulan, kaki pun longlai lagi..hihi



actually dari minggu lepas lagi, dia dah start jalan 2,3 tapak..tapi aku ni excited lebih. asal nampak dani start jalan, aku da menjerit. budah tu terkejut, terus terjatuh..haha. excited terlebih mak ko ni.



so tanggal 8 julai baru-baru ni, dia dah start 5,6 tapak. tapi yang agak meletihkan sikit, setiap petang lepas keja, aku kena bawak dia berjalan bawah blok. kalau aku terus bawak dia naik atas, confirm meroyan si iman dani.


ouh sebelum ni dani just ada kasut pre-walk. faham-faham la kalau kasut pre-walk ni, tapak dia nipis. yang dani pulak excited nak test kaki, akibat nya.. begini lah jadi nya;

jari dia melecet T__T mujur aku perasan


aku suka kasut ni. nanti ada bunyi bila dia pakai.. baru lah baby..hihi



dulu masa dani tengah sibuk crawling, mak dia sibuk nak suruh cepat jalan. nah hamek ko, lepas pandai jalan, berpeluh lah nak handle T__T sekarang ni pantang cabut kasut, sure dia menangis. ajak naik atas pun, dia meroyan tak tentu hala. end up, mak ko yang nangis dani oii T__T


Thursday, July 7, 2011

birthday party dani mungkin akan di-cancel-kan

assalamualaikum..


sedih nak buat keputusan. tapi kita perlu lah hormat situasi orang. aku pun dah letak status di fb dan twitter . besar kemungkinan birthday dani terpaksa cancel.


oh jangan berfikiran bukan-bukan, aku dan hafiz biasa-biasa ajer, ada yang berfikiran kami sedang berantakan, biasa lah sedangkan lidah lagi tergigit. tapi ianya masih under control.


ini kerana sebab lain yang mana tak mungkin menyebabkan aku cerita secara details di sini. kata orang langit tak selalu cerah, tapi jangan lupa, mendung pun tak mungkin berpanjangan..


insyaallah, aku mungkin akan buat birthday party untuk dani, tapi bukan tahun ni. moga tahun depan tiada halangan lagi.


to dani sayang: kesian anak mama.. tapi dani kena kesian kat orang lain jugak. kita tak boleh sentiasa happy-happy, bila mana orang lain tengah bersedih. ok =) nanti kita ajak abah pegi park..

Wednesday, July 6, 2011

dugaan yang menimpa, lebih mendekatkan kita kepada Allah SWT

assalamualaikum..


memang dah lama aku abaikan blog ni, lately cerita yang aku post pun agak mengarut, sebab aku da letih.. aku letih yang teramat, dugaan menimpa tanpa segan terus-terusan menghimpit aku..


dalam usia yang bakal menginjak 25 tahun, aku rasa aku dah lemah sangat.. semakin aku dekat dengan Allah SWT, semakin banyak ujian yang diturunkan. mungkin ini adalah ujian untuk Allah tengok sejauh mana kuat nya iman aku pada dia..


kadang-kala aku rasa macam nak balik ke zaman umur aku 10,11 tahun mungkin, masa tu aku tak perlu fikir masalah orang dewasa. aku tak perlu berhadapan dengan backstabber, aku tak perlu hidup dikelilingi mulut tempayan, aku tak perlu hidup dalam keadaan aku pura-pura bahagia. tapi kalau aku jadi budak berusia 11 tahun semula, mana mungkin aku jumpa si Iman Dani pengarang jantung..dia adalah hidup mati aku, dia lah penyebab aku masih bertahan untuk menjadi lebih matang..


mungkin juga salah aku, terlalu baik, terlalu percaya pada orang.. dan akibat nya aku sendiri di tikam. tapi itu tak bermakna akan ubah diri aku yang sebenar, aku tetap akan menjadi orang yang baik, tapi mungkin lebih berhati-hati.. bagi aku masa untuk tenangkan diri, insyallah aku akan share semula cerita-cerita menarik seperti biasa =)





orang yang paling saya cinta selamanya


Monday, July 4, 2011

finally macaron dalam kunyahan ku!

aku sebenar nya memang tak kuasa nak update blog. seriously, mood ke laut. lagi-lagi dengan bermacam dugaan sejak akhir ni. stress aku terserlah sampai cik pimps naik membukit di muka. grrr~~


ok, jum lupakan hal yang lepas. aku nak cerita pasal macaronnnn.. sebelum ni kita sering di sogok dengan rekebentuk macaron yang super menawan. aku pun tertarik dengan rupa macaron. dulu masa aku pregnant, aku selalu wonder, apakah rasa macaron? tapi di JB, takde jual. kat KL pun dengar nya tempat yang high-end jer ada. so mak buyung telan air liur je lah. tu dani keluar, air liur meleleh tak hingatt.. ahahaha



ahhh kenapa kau cantik sangat??





di pendek kan cerita. ada satu hari tu, aku tak tau kenapa aku gatal tangan bukak fb nurul, so terus aku pm dia nak order macaron. padahal aku takde lah kempunan sangat, tapi gatal nak merasa. so urusan selesai. macaron ditunggu sudah tiba. adat lah kan bila macaron ti di export sejauh 330km.. rupa nya pun memang harap maklum lah kan..hihi



overall, it was nice. of cos aku tak boleh compare dengan yang di jual kat mana-mana. sebab ni first time aku makan. tapi nak warning ni, benda ni manis tau. bagi aku, sebijik, sehari pun dah cun. pada yang belum rasa boleh la order dengan
nurul ok! so lepas ni aku boleh buat muka berlagak kalau orang cerita pasal macaron depan aku..haha