HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Monday, May 30, 2011

the making of: kami punya 2nd anniversary!

anniversary sudah tiba. ouh kalau cakap pasal anniversary or any special occassion kan, aku ada satu message perlu disampaikan pada B, korang hold dulu k *xoxo*

Dear B Darling,


I sentap ni, u kata nak surprise kan i..menyampah tau. last last i yang surprise kan u..sentap sentap.. i tak kira u kena beli kad happy anniversary to my wife. kalo u tak beli.. sentap lagi...


ehem..ouh maaf yer! ouh fyi, B ni bukan lah seorang event planner ke apa. yang bagus dalam perancangan majlis kejutan ni. dia tak pernah buat aku terkejut. sebab bini dia ni, lagi 2 bulan nak anniversary dah bagitau nak hadiah apa... so xde la aku ketap gigi tengok dia beli hadiah mengarut.haha.. opsss patut bersyukur .. ish ish


so kalo dah B sebegitu rupanya, tak perlu lah ko impikan dinner di tepi pantai, dengan desiran angin, kocakan ombak, ditemani lagu2 romantik. cett! memang bukan B. selalu nya aku dah siap2 kecewakan hati aku T__T. tapi once a while, ada lah dia surprise bagi kad "i'm sorry" ke apa.. time baru rasa sweet. tapi serious aku tak kesah (kesah sikit sikit sebenarnya =P)


2 hari sebelum anniversary, kami superb busy balik kampung. macam yang aku propa2 di tweet yang kami akan travel balik 2,2 kampung, KL dan Kelantan. so impian nak having fine dinner, jangan di angankan. seminggu sebelum anniversary aku da beli siap2 kad untuk dia. aku memang xde idea nak belikan hadiah apa. sebab kami prefer tanya sendiri apa nak, instead of beli barang yang tak tentu dia suka. then, 29 may malam aku sms mak aku suruh beli kek, masa tu kitorang otw ke KL dari Kelantan.



sweet tak aku letak celah botol? sebab B selalu bangun buat susu dani



tapi hampeh sebab mamat ni bangun dekat pukul 10 pagi. aku sampai dah turun naik, turun naik buat susu dani. then, aku saja kejut dia suruh bangun, sebab plan kami pagi tu nak berjimba ke midValley. aku pulak saja jer terus turun bawah, B turun sengih2 kat aku. tapi tak stop di situ yer, aku bagitau B ada lagi satu surprise, aku keluarkan kek.. taraaaa.. B pelik gila. dia duk sibuk asak aku tanya bila masa aku pegi beli la apa. banyak tanya pulak, claim kang..


ini lah kek pilihan bonda saya


ololo sesi mencuit kek



si dani macam biasa, geli dgn benda2 lembik, nenek dia pun lagi usik



itu lah dia ceritera anniversary kami yang kedua. ouh kalau cerita pasal anniversary ni teringat dulu yang pertama, masa tu aku still mengandungkan dani. aku dengan B da plan bagai nak rak la nak dinner mana. suddenly, pada hari anniversary 2,2 flat. kami demam panas 3 hari. so dinner MCD atas katil jer T__T



kami bertiga, happy together =)

Thursday, May 26, 2011

jangan amalkan merokok di depan anak

entry terakhir di minggu terakhir bulan Mei.



perasan tak, sekarang ni cepat sangat masa berlalu. rasa macam kurang best sebab aku rasa dani cepat sangat membesar. lagi 2 bulan, si bujang bakal berusia setahun. sekarang ni pun banyak sangat akal dia. menjerit kat mama dia ni jangan cakap la, kita marah dia, dia jerit kat kita balik. kita "pukk" dia, dia "pukk" kita pulak.. hai anak anak..kecik2 comel la dani buat macam tu, kalau dah besar, memang rotan la hinggap..haha



ok, hari ni aku berminat nak kaitkan dengan isu merokok. aku rasa memang hampir 80% suami kita merokok kan? dah tak kuasa nak ditegah. tapi apa kaitan anak dan rokok? ok yang macam kita tau anak2 ni makin besar, daya imitasi pun makin tinggi. bagi dia, ibu bapa adalah idola mereka. macam si dani, aku tengok abah dia adalah idola dia. apa abah dia buat, semua dia nak tiru.



ouh jangan cakap aku tak tegah B supaya kurangkan merokok ok.. dah berkurun aku nasihat dia. dari start aku bercinta, bertunang, kawin, sampai da beranak pinak. mau dah 5 tahun aku berhabis air liur nasihat dia. tapi ada dia kesah??haha.. oleh kerana si dani mati2 nak jadikan bapak dia idola. sampai la ada satu tahap, masa tu B balik kelantan sorang, aku dengan dani tak ikut.



masa tengah kemas2 rumah, dani amik sudu makan dia. then dia masukkan dalam mulut, lepas tu buat gaya macam hisap rokok. aku sms B, dia tak percaya. ooooo.. tak percaya, aku up sikit bagi mms gambar dani. ha hamek terkejut dia.



so conclusion nya, kalo laki kita da setengah mati nak hisap rokok sangat, macam tak boleh tunggu nanti-nanti, ko hambat dia pegi hisap jauh2.. jangan depan anak. satu lagi kalau travel jauh, mesti laki kita konon2 mengadu ngantuk sebab tak dapat hisap rokok kan? korang jangan bagi dia hisap rokok while driving, sebab nanti dust rokok tu terbang2 melekat kat baju mak nya, anak bau smoke..euwww.. kita cakap dengan dia, kalau nak merokok sangat, stop kat RnR. senangkan? sebab tu everytime aku balik kl, dari 3 jam boleh sampai, jadi 4 jam lebih sebab mamat ni setiap 100 km nak merokok kot.



ok lah, jum tengok gambar dani yang aku mention tadi..




Wednesday, May 25, 2011

aku tengah down..frust.. marah..

mintak faham aku..







aku bukan robot boleh handle semua..






aku da penat..






Tuesday, May 24, 2011

serious meatball ikea tak halal? T__T






isnin hari tu, kecoh seantaro malaya bila dikatakan foodcourt IKEA kena samak. of cos aku terkejut weh, sebab foodcourt IKEA adalah salah satu tempat favourite aku setiap kali balik KL. jarang benar aku lepas kan IKEA dari jadual jelajahan aku. selain shopping barang2 hiasan, aku wajib pegi makan meatball dan kek DAIM kesayangan. dani pun sejak dari dalam hari aku dah kenalkan IKEA kat dia. bertapa dalam nya cinta ku padamu IKEA..OHHH T__T


tapi bila ramai yang propakan kata meatball tak halal, aku jadi sangat terkejut. da berapa bijik meatball yang aku, laki aku, dani sudah telan? gulpp! bila aku pindah jer JB, aku sanggup import frozen meatball dari IKEA! ternyatakan bertapa agung nya cinta aku pada meatball? ada lagi lebihan meatball aku tak habis makan. kalo jadi macam ni, aku pun jadi was2 nak habiskan.. baru plan nak cincang lebihan meatball, buat inti popia T__T


mau buat apa dengan ini meatball?

so aku plan biarkan jer dalam fridge dulu, kita tunggu announcement dari JAKIM, adakah meatball di IKEA halal ok? tapi dalam pada aku google2 tu aku jumpa satu link ni.. ya, mungkin boleh mengembalikan keyakinan kita. tapi aku tak yakin 100% lagi, kita tunggu apa kata JAKIM.



p/s: eh blogger buat hal lagi eh? grrr

Monday, May 23, 2011

rumah ku dilanda taufan!

happy tuesday!


again, blog terabai beberapa hari, tak sempat la korang, kadang2 tu dah plan nak cite apa, bila kita tengah rushing, semua benda tak jadi. nak buat macamana, kita mampu merancang..ewah!haha..


ok la, jum cerita pasal encik dani kita. dani serious semakin lasak dan banyak kerenah. aku selalu imagine, rumah kecik senang lagi nak handle dani, kalo rumah besar sikit? kena culik maid satu la gamak nya~ dulu rumah aku elok jer tersusun barang, sekarang? big no! dani dah expert punggah barang, bukak laci, sorok barang bawah sofa, tarik baju dalam almari.. hai baru sorang ni, kalo 2, kalo 3?? ayayai~!



bagus gak beli sofa banyak bantal, boleh hadang bucu meja..


ko tengok, mainan merata T__T



ni semua angkara budak ini !

Wednesday, May 18, 2011

rumahtangga goyah di landa badai

salam semua..



hari ni tulisan aku lebih ke arah perkara yang agak serious. bukan niat aku hendak membuka pekung di dada, mahupun membuka aib. tengah2 dekat cuti sekolah ni, kita akan didatangi dengan pelbagai corak kad kahwin. aku pun tak terlepas daripada terima invitation tu semua. of cos aku rasa sangat happy bila tengok ramai kawan2 yang ke jenjang pelamin.


tapi aku jugak tak terkecuali dari didatangi benda2 yang aku takut nak dengar.. berat hati aku nak taip perkara berkisar dengan rumahtangga. oh! tapi jangan tersilap tafsir yer, alhamdulillah aku dengan B masih di landasan yang sepatut nya, adat rumahtangga kalau ada tergelincir sana sini.


cuma lately, aku banyak sangat terima call dari kawan2 yang mula jauh tergelincir dari landasan mereka. ada yang menangis bila bercerita, ada yang memaki hamun nasib yang menimpa. aku tak terkecuali sedih, sebab nya aku antara orang yang menyaksikan perkenalan bahagia mereka. aku adore cara suami mereka limpahkan material, naif di depan..sweet!


aku tak kuasa nak elaborate cerita lebih, aku pun masih terlalu mentah dalam dunia perkahwinan. 30 may ini genap 2 tahun usia perkahwinan kami. jadi aku tempatkan diri aku sebagai seorang yang baru belajar bertatih di dalam perihal rumahtangga. jadi lebih baik aku jadi pendengar dan pemerhati terbaik. tak berani mahu jual cerita ke-perfect-an B, ke-angel-an B, sebab langit tak selalu cerah..


cuma di sini aku rasa sedikit insaf. sebelum ni aku selalu mengomel pada B. "best B, dia muda2 lagi laki dia da beli rumah..".. "best B, laki dia hadiahkan honeymoon pegi bali.." .. serba sedikit benda tu akan stress kan B. kadang2 aku boleh naik hantu secara tiba2 bila semata2 B lupa tutup pintu toilet ke apa.. patut nya aku bersyukur, B adalah seadanya, berpadanan dengan aku. dia tak buat hal, dan aku patut bersyukur untuk itu.


to B darling,


i'm not in your box of expectation, but i hope that u can give me a chance, at least, to be as perfect as the line of your expectation. eventhough u cant promise me a diamond on our anniversary, a bungalow on my birthday, i will love u no matter what..





Tuesday, May 17, 2011

perasan tak ada channel BabyTv di Astro?

selamat kembali bekerja =) aku memang tak berkenan betul kalo cuti tengah2 working days ni. sebab enjin baru jer start isnin lepas, da pancit balik.





korang tau tak apa ni? cute jer kan?



ok ini lah channel terbaru di astro, boleh tengok kat channel 618. aku pun baru perasan channel ni, semalam dalam pada layan kerenah dani, aku terpandang satu iklan pasal channel ni. aku memang looking forward channel genre macam ni.


aku memang ada subscribe channel 611,612,613 else.. sebab nya sejak2 ada anak ni, why not kita subscribe. bagi dani tengok color2, animation. tapi memang hampa sebab dani tak suka tengok kartun ala2 manja ni..haha. aku pun tak paham dengan budak kecik ni, end up mak bapak dia yang mengadap tengok sponge bob, mr.bean apa laa..


dani lebih prefer tengok channel MTV. bila dia tengok orang nyanyi2 tu bukan main dia head-banging. so macam tak sesuai la bagi dia tengok klip2 yang adakala di luar akal fikiran ni. so da found out dani suka lagu2, aku try carik lagu2 baby. dan ternyata channel 618 Baby Tv ni menepati kehendak aku. ada banyak nursery rhymes =)


tapi yang bertambah hampa, ini adalah channel preview dari 9 May - 30 Sept. da habis tempoh preview, sila sila la beli dengan harga rm5.. cett!

Sunday, May 15, 2011

bila kes dani di dalam paper kosmo!

hai y'all!


last week kecoh bila blog tak boleh bukak, mana tak nya, aku memang selalu bukak blog, even tengah buat keja, aku biar blog idle mode. then , nak refresh, terus dia block! sakit jntung kejap..haha..ini pun, ada comment dekat certain2 entry sudah ilang T__T

ok mari bercerita seperti biasa..



last week dalam tengah sibuk2 nak pegi meeting, aku sempat check comment2. then ternampak ini..




click for better view


first thing, aku rasa quite interested untuk bercerita perihal trigger finger dani. aku pun tak tau kenapa..kalo bab kes dani ni aku suka berkongsi dengan mak2 di luar tu. sebab dalam pengetahuan aku, tak ramai mak2 di sana berminat untuk mengubati anak2 mereka.. aku rasa kes ni bukan pelik sangat, sebab everytime aku check nuffnang, hampir setiap hari orang google perihal trigger finger..


click for better view


so pada mak2 yang di luar sana, kalau anda ada dapatkan Kosmo! keluaran ahad lepas, sure akan lebih tahu mengenai penyakit ni ok. tapi keluaran semalam lebih terarah kepada trigger finger bagi sportsman. ikutkan kata doctor tu, trigger finger pada baby is quite rare.. ahh pedulik, apa yang penting sekarang, wake up moms! jangan hanya duduk diam sahaja apa yang jadi pada baby kita, do something! carik alternatif ke hospital, buat fisio, or last resort operation. fikirkan masa depan anak kita ok! chill <3


tetiba rasa geli hati..

Wednesday, May 11, 2011

selepas 8 tahun aku hidup dengan makan sesenduk nasik jer..

semalam satu hari aku ada seminar. dari pagi tak makan, bos ajak pegi lunch pun, aku tak kuasa..

tiba2 pukul 4, kepala aku da weng semacam..mata pun da berdenyut2, aku ingat kan penin kepala sebabkan contact lens kering. aku pun da meroyan2 sms B penin kepala..heh~


tepat pukul 5.15, aku balik, amik dani, terus pegi tapau nasi goreng paprik. sampai umah, tak sempat tuka baju apa..





ha hamek, sebungkus habis licin~




dah 8 tahun, aku tak pernah makan habis licin nasik. kalau kat rumah pun, aku amik satu senduk jer. ini kan pulak makan nasik kat kedai, selalu nya aku akan cepat2 bahagikan setengah, campak kat B. tapi semalam memang aku da tak kuasa, peduli la diet bagai, kenyangkan perut jadi keutamaan~~


aku selalu imagine, best nya kalo jadi orang kurus yang makan banyak mana pun, badan tak naik. tapi ada aku kesah? haha..makan tu adalah nikmat dunia weh.


while mummy's eating, dani buat apa?



aku campak kan segala senduk ke sudu, biar mama dia makan dgn tenang kejap..hoho




ok lah, till then..

Monday, May 9, 2011

2 hari tanpa B, aku duk bersilat jer dgn dani!

waduh waduh lama sudah gwe ngak berblog..fuhh fuhh



bukan tak nak post apa2, tapi again aku superb busy.kerja bertindan tak hengat @~@


ok, last week B xde rumah, dia balik kelantan, ada urusan sikit. aku of cos sedih tak dapat follow. sebab ye lah, coming july dani kena operate, so simpan2 la cuti yang tak seberapa tu. so tinggal lah kami anak beranak jer. at first, aku memang yakin yang aku boleh handle dani sorang. ye lah, sebab selalu nya dani memang banyak dengan aku, B sibuk keja.


lepas jer B naik train, aku dengan kak ipar teruskan journey kami bershopping. beli macam2 tak hengat dunia. end up sampai rumah, hamek. mana sebelah tangan nak dukung dani, mana sebelah lengan nak sangkut beg dani, nak pegang plastik, nak naik tangga, bukak pintu rumah..wahh!! tetiba sedey masa buat semua benda tu sorang2. bukan la rindu pun kat B, it just B kan selalu tolong angkat segala benda, bukak pintu.aisshh~


hari kedua, aku rasa best lagi, sebab nya off day! tak payah masak..haha.. so budget nak bangun lambat, tak nak mandi, nak menepek depan tv sampai petang. end up, again, aku rasa lagi payah ada lah. rasa tak syok pulak tak mandi, tengok dani sakai jer.. sapa cakap umah aku bersih tu? haha..try korang tengok time tu, sure geleng kepala. yang dani pulak super lasak. sibuk nak merangkak pegi dapur, aku sekat dengan kerusi makan, berderet aku susun, dia slumber lalu bawah kerusi, cett! dia nak masuk bilik, panjat katil, aku tutup pintu, dia menangis terlolong2. hangin aku!


bab makan pulak, ingat tak nak makan la, tapi kesian pulak kat si kecik, aku asyik sumbat biskut je..haha.. dasar mak tak mithali! so gerak pegi mcd, paling worst, cek purse ada berapa RM je. alah nak kena pegi atm dulu pulak.. so settle, pegi mcd, budget nak makan sana jer, tapi crowded. so drive-thru, balik. seksaan start bila aku kena hangkut segala makanan tu naik tingkat 2! perghh azab tengah2 panas pulak tu..



wah serik serik..B tolong la jangan tinggal kan kami lagi.. T__T T__T




KAMI YANG SAKAI


p/s: betul ke mak mertua aku cakap, kalo budak hisap jari kaki, tanda nya dia nak adik lagi?? caitt!

Thursday, May 5, 2011

dani bakal di-operate..T__T

"i rasa da tak boleh ni, kena release jugak thumb die, let's set an appointment for operation.."



damn!aku rasa macam nak gugur jantung aku..seboleh2 aku cuba elak dani untuk di-operate, sebab nya aku takut nak dengar bunyi rengekan dani merintih2 menahan sakit. apa dia tau?kalau dia boleh bercakap, aku boleh juga tengok kan yang mana sakit.. tapi dani masih bayi yang fragile..



"ikutkan kita kena tunggu berat dia 10kg, baru senang nak operate, tapi ni da 9 bulan, dia still 7kg. lama jugak nak tunggu dia gain weight. takut jari dia makin keras..."



siapa aku nak halang kata2 doctor. mereka tau yang terbaik.jangan ada sesiapa mempersoalkan apa yang aku buat untuk dani. semua yang aku buat demi masa depan dani.aku tak nak nanti dani da besa, dia tanya aku.."mama, kenapa jari dani macam ni?masa dulu kenapa mama tak repair?" aku akan menyesal seumur hidup pada ketika tu.



keluar je dari bilik pakar orthopedic, aku jadi blank. mata bergenang.. aku pandang muka B dari jauh, dia bukan orang terbaik untuk aku mengadu nasib, jangan ditanya kenapa.. nak call mama, dia tengah meeting. nak call kawan baik susah senang, dia pula sedang busy di Semua House memilih gaun pengantin. aku Blank se-Blank nya..



dani, mama buat semua ni untuk dani tau. dani jangan marah mama sebab biarkan dani sakit. mama terpaksa berkorban untuk jadikan dani seperti orang lain... satu hari nanti, dani pasti berterima kasih dengan mama..sayang dani <3

Monday, May 2, 2011

aku da found out kenapa bil maxis aku selalu kena barred!

hai all..



hari ni serius xde masa sangat nak bebel kat sini, jum type secara pantas..haha. tapi just nak share dengan korang satu info baru. ingat lagi tak dengan kes ni.. tapi sekarang fon aku da on balik, tq mama sebab bayar kan *love*


ahh bukan nak cerita yang aku happy fon aku da on balik. tapi ni kes cakap siang pandang2, cakap malam............ kes nya bermula bila aku ada discussion dengan chairman ofis aku. sambil tu dia ada cakap line dia kena barred. aku pun excited nak dengar..


then dia cakap hati2 la dengan ada satu nombor yang selalu anta sms2 lucah seperti; "anda kesunyian?mahu kan teman..bla..bla..." or "anda ingin tambah kenalan...bla..bla..." SMS TU SEMUA AKAN DI CHARGE SEBANYAK RM5.OO SETIAP KALI KITA BUKAK OK!


yang chairman aku ni hangin la, mana tak nya, tak pasal2 bil dia melambung jadi RM700++.. bukan sikit2 duit ok, bayar duit keta aku lagi bagus. tindakan bijak bila dia pegi maxis centre, tanya macam2, then officer maxis bagitau besar kemungkinan sebab chairman aku selalu dapat sms dari nombor2 macam tu. wah terkejut gila jadi nya, lately aku selalu gak dapat sms macam tu. tapi aku rasa yang pakai bil jer terkena, sebab kalo pakai prepaid macam obvious pulak dia nak deduct RM5.


aku sempat tanya chairman aku apa feedback maxis? diorang tak boleh filter ke apa2 sms macam ni? nak tau jawapan maxis? mereka cakap tak boleh...


waduh kalau macam ni aku rela tukar prepaid or provider lain. kalau hal ni betul, better maxis buat something la sebelum korang hilang customer..ish ish ish or else, maxis patut nya barred la fon line kita bila da cecah maximum plan kita..adoyai.. jangan lah plan kita amik adalah RM150, tapi di biarkan sampai cecah lebih dari itu..fikir fikir kan lah maxis oi...


ouh sebelum tu jum tengok si bujang selamat saya...



makin besa la awak..wewitt