HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, April 28, 2011

sejarah terjatuhnya iman dani dari katil

hari ni adalah hari bersenang lenang sebab esok sudah cuti.wah gumbira hati ku..penat sangat rasa nya 2 minggu ni sibuk tak hengat.


ok mari straight to the point...kita cite pasal dani dan katil. sebenarnya, dani da pandai turun katil sendiri. of cos la mak dia ni ha orang paling gumbira. punya la duk meronta ronta dalam hati bila la anak bujang aku nak pandai turun katil sendiri. yelah, aku ni selalu jadi orang pertama yang sakit jantung kalo tengok si dani duk senang lenang golek2 atas katil.


kalo nak cakap pasal katil ni. sure hampir semua ibu pernah ada pengalam anak jatuh katil ni. dani pun da 3 kali jatuh katil..opsss jangan pulak ada yang nak melaser aku tak pandai jaga anak ok! memang la aku sebagai mak ni perlu disalahkan sebab cuai, tapi nak buat macamana, bukan aku yang golekkan anak aku sampai jatuh katil.


aku ingat lagi kali pertama, masa dani umur 4 bulan kot, masa tu dia da pandai golek2 kan badan. B masa tu tengah mandi, aku pulak tengah buat air. so biarkan dani atas katil, keliling kepung dengan bantal. aku tak expect dani punya guling tu sampai bole naik atas bantal. tu yang gedebuk jatuh. tapi rasa nya jatuh badan dulu. kali kedua aku tak ingat sangat time bila. tapi kali ketiga ni, memang aku akan ingat sampai mati. masa ni dani da pandai panjat2. dani time tu tido tengah. dani kalo bilik gelap dia x berani lasak2 sangat. tapi ntah macamana, lampu tido terbukak,maybe lupa tutup lepas abis buat susu. yang mak bapak dia keras tido, tak sedar anak tu panjat badan, terus tergolek. aku sedar2 terdengar dia nangis da. yang paling worse, mulut dani berdarah, kepala benjol. maybe sebab terhentak dekat button lampu tido.. aku rasa macam nak nangis kot! terus aku kerah B alih katil tepi dinding.


sebab tu la aku ni selalu berharap dani pandai turun katil sendiri. senang aku nak buat keja. bila 2 hari lepas tengok dia da pandai, aku happy sangat. tak perlu risau secara maksima lagi.




si bujang lasak selepas kena gunting rambut oleh mama nya~


Tuesday, April 26, 2011

panik satu rumah bila dani tercekik

fuhh fuhh berhabuk tak hengat blog gwe..hehe.


bukan tak nak update, serious xde cerita yang boleh di share, so dari merapu meraban tak tentu hala, baik kita take a rest dan fikir kan apa cerita yang boleh di share bersama *love*



ok, ikut kan title di atas. hari ni aku nak share pasal menangani hal baby tercekik. ok benda ni boleh jadi lesson bersama tau, sebab kadang2 kita juga mempunyai sifat careless yang menebal..



cerita nya begini, korang ingat tak yang aku pernah cerita yang everytime aku dengan B nak makan, kami akan bagi dani makan baby bites untuk biar dia behave. kadang2 ye kami ni sibuk kan makan, kami bagi dani makan snek tu, so sebelah tangan kanan dani pegang snek, manakala tangan kiri kami bagi je dani main dengan plastik snek tu untuk dani main.



so masa aku tengah2 sibuk nak solat, B da terjerit2 panggil kat depan, bagitau dani tercekik. aku ni haa bukan lah pernah handle baby tercekik. da B gelabah semacam, gua budget cool la..haha. dalam hati dup dap dup dap tengok anak tercekik. at first ingatkan dia tercekik snek tu, so aku try korek mulut dia. dani refused. so aku suakan dani air masak dari cawan dia. dia tak nak. sambil nangis2. so aku cakap dengan B try bagi air guna mug biasa (salah satu cara attract budak..hoho).. ok fine, dani minum. ingat dah ok. tapi dia still macam tercekik, aku tonggengkan dani, tepuk belakang dia. sekali hamek keluar serpihan plastik sepanjang satu inci! terkejut kami laki bini. mujur masa first try, kami tak give up, still tepuk dia. ku fikir kan snek, tapi rupanya plastk. bahaya ok?



ni pun lesson untuk aku laki bini supaya jangan pentingkan nasi yang memanggil2 sampai lupa keselamatan anak..

ok lah, till then..wassalam =)

Wednesday, April 20, 2011

dear maxis, aku benci kau!

salam,



pagi pagi da rasa macam nak marah, nak send urgent sms tak dapat disebab kan line maxis ku kena barred. grrrr~~



rasa nya ramai da perasan yang maxis ni macam ada main tipu tipu sikit. dan aku da banyak kali jugak dengar orang mengeluh yang terkejut tengok bil maxis. aku pun terkena weh.. hangin aku dengan maxis ni, siapa yang keja maxis? sila sila lah explain kat aku macamana tatakerja korang!



aku pakai bil ni dah lama, sebelum kahwin lagi. sebab aku fikirkan pakai bil lebih jimat daripada prepaid. sebab nya, masa bercinta dengan B, kami memang kaki gayut. selagi bateri tak mati, selagi fon tak panas, jangan harap nak stop bercakap. padahal tak borak apa pun, balik2 benda sama..huhu. masa bercinta sehari aku akan topup rm10-rm20, so try korang kira sebulan? sebulan ada 30 hari kan? kali kan rm10 , mau rm 300 beb. that's why aku bertukar dengan bil, aku just amik plan rm150. tak berani nak up tinggi max plan dia. karang lagi tinggi plan yang aku pakai, lagi sengkek nak bayar bil.



ok la masa bercinta, fine la bil tinggi. alah paling tinggi pun rm100 jer sebulan, dan aku xde history kena barred. tapi yang aku paling hangin bila da lepas kahwin, setiap bulan aku kena barred. FYI, lepas kahwin, dah duduk sama, jarang la call2 ni. dulu masa bercinta, dah sampai ofis, cal, nak pegi lunch, cal, nak balik, cal, da sampai umah, cal, nk tido, cal. sekarang? mana ada beb. paling2 pun B yang akan call time lunch, itu pun 5,10 minit jer. yang lain kitorang sms jer. kalo aku cal B pun, pakai fon ofis. so mana datang nya bil aku yang mencanak tinggi tu??



memang jarang aku buat call out, banyak sms jer. tapi still kena barred. apa kena la ko ni maxis? mak mertua aku pun da naik hangin tengok fon aku asik kena barred jer. nak buat macamana, kadang2 aku yakin bil aku ok, tiba2 tak semena2 fon kena barred T__T



lepas tu, semua yang aku call adalah dalam number active 5 eh nama dia? tapi kalo pakai bil kita bole set 8 nombor. so da sah2 la kalo sms ke, call ke, jadi murah. ini haram~~ ni kes lain pulak, macam aku cakap yang aku punya max plan rm150, ada sehari tu aku on9 guna line internet fon, aku on9 setengah jam je weh, bil aku jadi rm300 lebih? logik tak weh? tu pun nasib baik aku cepat2 matikan internet, kalo aku sedap on9 2 jam, ntah2 bil jadi rm800-rm900.. arhhh hangin aku.



B memang dah bising suruh tukar jadi prepaid, aku malas la nak topup2 ni. nak pegi kedai ke apa, kalo urgent payah. ada jugak yang suggest pakai celcom, lebih murah. nanti la aku fikirkan.. pening oh T__T

Monday, April 18, 2011

wa wa wa mari join contest dari zuris - D' La MAYA

hai, salam.


hari ni tersangat la super hectic, keja pending tak habes2 lagi. tapi tengah2 blogwalking tadi terjumpa ada satu contest best, iaitu baby & daddy moment contest yang di anjurkan oleh zuris.


so aku taruh kan gamba ni:




iman dani bin mohd hafiz. 9 months old



bagi aku ini lah satu2 nya gamba yang boleh menceritakan segala nya. macamana kasih sayang B pada dani yang susah nak diungkap kan dengan kata2. kalau tengok dari gamba, aku sangat kagum dengan kasih sayang yang B tunjuk kan pada dani. dia layan dani dengan penuh rasa kasih, melayan kehendak dani, beri apa sahaja yang terbaik untuk dani.



aku ingat lagi masa mula2 dani lahir, aku nampak B macam a bit awkward. mungkin dia rasa pelik ada manusia kecil di sisi aku. hari pertama, hari kedua, hingga hari ke lima, aku berasa hati juga tengok B macam tak boleh biasa kan diri dengan kehadiran dani. tapi tak berapa lama lepas tu, baru nampak B slowly admit yang dia kini seorang bapa.


dia mula sayang dani lebih dari aku, mungkin T__T ... tapi aku tak cemburu, malah bahagia tengok B teramat sayangkan zuriat dia. aku suka bila tengok dani tersangat teruja tunggu abah dia balik setiap hari. pantang dengar deruman turbo kereta abah dia, melompat lompat jerit; "ha!abah!abah!".. bila nampak abah dia depan pintu rumah, laju dia merangkak kejar abah dia mintak dukung. tak terimagine rasa nya kami jika hidup tanpa dani. mama abah sayang banget sama dani!


zuris best sebab anjurkan contest baby & daddy moment, selalu nya pasti libat kan mama & baby =) ok la, nak tag orang orang di bawah ini supaya memeriahkan acara sebab mereka selalu publish gamba2 bonding session daddy with baby =)


dayu & cha




hannah & myiesha





elly & isya

Sunday, April 17, 2011

milestone 9 bulan dani bersama saya

dani da besa *yippie* *yippie*








alhamdulillah, dani sayang da makin besa, sihat walafiat. sepanjang hampr 9 bulan dani hidup dengan mama n abah, kami rasa gembira sangat. ada jer keletah dani yang buat mama dengan abah gelak, ada jer perangai dani yang buat mama dengan abah ketap bibir tahan geram..haha



lebih kurang lagi 3 bulan jer anak mama nak masuk setahun. cepat nya masa berlalu. mama selalu imagine, sekarang dani banyak kerenah, nak dukung la, menjerit2 tak tentu pasal, nak mama baring sekali la.. tapi bila mama fikir balik, ini je lah masa nya mama nak bersama dengan dani, nanti dani da besa, sure tak nak mama peluk cium dani lagi T__T T__T




at this phase, dani da banyak mula absorb setiap cakap mama. mama nampak dani mudah imitate apa yang abah dengan mama buat. risau hati mama. selalu mama pesan pada abah, jaga laku, sebab dani da mula ikut apa yang kami buat. sekarang paling obvious, dani da faham bila mama suruh bye! bye! or *tepuk amai amai* ... kadang kadang mama saja test dani faham tak apa mama ajar, alhamdulillah sekali lagi dani faham, bila di suruh bye! bye!, tangan comel dani wave pada abah. bila mama nyanyi lagu *tepuk amai amai*, dani clap clap bersungguh2.



tapi dani ni malas sikit la nak pegang botol susu, bukan dani tak pandai. bila time berjaga, dani prefer mama yang pegang botol. bila time mama tido, dani pandai pulak amik botol susu kat tepi katil dan hisap sendiri. ayooo anak la anak. mama pun da nampak dani da ke arah hampir pandai berjalan, da handal bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan berpaut pada dinding or else. cepat jalan ok! tak larat mama nak dukung dani tiap2 hari naik tangga rumah kita. nanti kalo dani da pandai jalan, lancar sikit agenda shopping kita tanpa abah tapi bersama duit abah..haha



hari tu dani sibuk sebut mama mama, tapi sekarang cinta mu da beralih arah pada abah..sikit sikit abah, abah. paling kelakar, dani pantang dengar bunyi mama nak bukak grill pintu, dia sebuk menjenguk sambil sebut " ha! abah! abah!".. padahal mama nak pegi buang sampah jer. cett!



ok lah dani sayang, mama banyak keja. nanti mama cerita lagi milestone dani wokeh. ada masa mama akan google idea birthday bash dani xoxo - from mama 18/4/2011

Thursday, April 14, 2011

alhamdulillah, saya pregnant lagi, dan ia adalah girl *love*

alhamdulillah alhamdulillah syukur sangat..




tak sangka kali ni girl..



tak sabar nak beli barang2 kaler pink..



baju yang super kiut miut..


































tapi tu semua adalah mimpi T__T.. akibat geramkan sangat pre-walk shoes baby girl.



semalam aku duk berjalan2 dari satu blogshop ke satu blogshop semata2 nak cari pre-walk shoes yang maha comel tu untuk dani. ternyata tak banyak choice untuk baby boy, ke mata aku yang tak berkenan? sebab aku sangat gilakan design design seperti di bawah:







cantik cantik kan? rasa macam nak beli jer. tapi macam psycho la pulak, anak nya xde, tapi da beli siap2..haha..coming! coming! doa doa 2nd baby adalah girl okeh.


ok la..penjelajahan aku nak carik pre-walk shoes untuk dani tak habes lagi ni..


ouh all the pics adalah dari link ni ..

*pesanan untuk suami tercinta*: siap2 duit tu abe deh! haha..nak click proceed pre-order ni..haha

Tuesday, April 12, 2011

Duran Duran (mesti di sebut dengan slang mat salih!) Duran oh Duran

morning *love*


hari ni nak cite pasal kumpulan yang amat popular dulu kala di UK, iaitu Duran Duran~~!



ini lah Duran Duran


euww xde makna nak cite pasal Duran Duran yang ni. dengar lagu depa pun tak pernah. tapi kita nak cite pasal ni!



hahaha..hepi! actually baru-baru ni ada tengok rancangan Junior Masterchef, so bila ada sorang ni cakap.."eeee..Duran! i dont like the smell..yuckss!" Duran? haha..macam cute jer. Durian la dik oiii~! D-U-R-I-A-N... xde makna nak euww euww..aku laki bini memang gila durian. makan nya 2 orang, beli 6 biji, kopek trus masuk dalam fridge, esok makan, perghhh...sejuk nikmat!


si tukang kopek, i cant live without u, if u not here, whose goin to kopek my duran??

muka tukang kopek, dan tukang makan Duran Duran @~@



ok lah! enjoy your wordless wednesday. gwe ada banyak bebanan kerja yang tak mampu ditanggung lagi T__T

Monday, April 11, 2011

dani si kuat makan

hello =)


wah mengapakah mood nak menulis langsung xde T__T gigih ni duk pikir nak post entry apa..


ok, hari ni aku rasa nak bercerita perihal si hero ku, iman dani dan makanan2 nya. dani memang seorang pemakan. sangat kuat makan kot. sampai setiap kali aku nak makan memang confirm hati tak tenteram, mana tak nya, dani akan lelebih meroyan nak makan sekali.


aku ada baca beberapa mummy's blog yang agak mengeluh anak diorang tak nak makan.. kalau kes aku pulak, dani bab makan memang ok, tapi aku pulak yang resah gelisah, dia punya kuat makan memang tahap unbelievable. so far badan dia xde pulak naik mendadak, maybe sebab dia aktif.



at first masa mula2 belajar bagi dani solid food, dia kurang minat, banyak menangis dari makan. so aku jadi malas nak bagi dia makan. penat mak ko ni masak, banyak sembur jer lebih.. tapi lama2 dani da start suka makan. bila dia suka makan, aku adalah juga variety-kan lauk pauk dani..wah lauk pauk konon~~ balik2 duk rebus carrot dengan kentang jer..haha



so apa masalah nya? dani kuat makan ok lah!! oh no no.. kerana kan si dani ni kuat makan la, aku laki bini stress..hahaha.. bukan apa, ko bayangkan la, padahal baru 5 minit lepas aku bagi dia makan, ingat bila dia da siap2 kenyang, boleh la mak dia ni pulak nak makan..hurmm..hampeh!dia akan menjerit terlolong nak makan sekali. kalau aku buat tak tau, memang confirm dia akan hentak2 kaki dia menjerit2 macam aku baru pukul dia..cett! sure jiran tetangga pikir kami mendera anak T__T



sebagai ibu pertiwi, tak kan lah aku nak sumbat jugak makan kat dia. big no okeh! sebab baru 5 minit lepas aku bagi makan. ouh fyi, aku tak masak kan bubur untuk dani sebab kalau buat bubur macam sikit sangat dan very lite. so mak dia yang "rajin" ni hanya blend sahaja nasi sesenduk. habis cerita..haha



ha dah dah melalut lebih da ni. ok, bila sifat dani yang kuat makan ni boleh kira da tak terkawal da, aku pun bagi la dia biskut farley rusk tu..



tapi masalah besar pulak dengan biskut ni. sebab aku tak boleh nak bagi dani makan sendiri. selalu nya dani akan tercekik, lepas tu biskut ni jenis melekat dekat lelangit. tu belum tambah dengan comot melekit2. everytime bagi dani biskut ni, aku kena monitor. so cite sikit macamana mak dia nak concerntrate makan kalau duk kena monitor anak kecik yang sedang memakan biskut? grrrr..

so kami da bertukar kepada cinta hati baru.. iaitu baby bites!


this one is highly recommend, sebab nya biskut ni adalah biskut beras, iaitu lebih mudah di makan. yang penting xde kes tercekik, or kes melekat lelangit. plus baby bites ni lebih lite instead of kita bagi farley rusk tu macam heavy sangat. yelah, macam budak baru 5 minit makan bubur nasi, tak kan kita nak sumbat farley rusk kan? kenyang sangat si kecik tu. so bagi je baby bites ni. confirm mak2 boleh makan dengan tenang..hehe


dan bertambah jatuh hati dengan baby bites bila biskut ni dia packing dalam small packaging. which is senang la kalo kita travel. macam farley rusk tu, dia satu pack ada dalam 10 keping biskut kan? yang baby bites ni dalam kotak tu ada dalam 10 small packaging consist of 2 pcs biscuit. haaa mudah kan? aku sekarang ni kalo agak2 nak pegi makan sedap2 dengan B kat luar, memang kitorang bawak baby bites 2-3 pack dalam handbag. agak2 dani meroyan, kasi sumbat, terus diam! hahaha.. enjoy your day!

Sunday, April 10, 2011

wah.apa kes tetiba addicted nak cite pasal hantu..wuu

ok hari tu aku duk sebuk cite pasal cite hantu kat rumah seremban tu kan? kali ni kita kasi up cite hantu kat hostel..hoho


aku rasa semua tau yang kalo duk hostel ni memang tak sah kalo tak ada cerita2 hantu ni. waima, hostel ko terletak sebelah klcc pun, memang manjang ada cite hantu. ok, memang kat hostel aku dulu memang macam ada season tau yang hantu2 ni usik orang. kalo tak silap aku macam dekat2 ujung tahun tu haaa prepare2 la masuk tido awal lepas prep. jangan la ko lagi bertenggek sebelah court ke, duk kantin lama2 sambil menikmati supper.


kat hostel tu ada satu building je hostel untuk perempuan. ada 3 tingkat. tingkat bawah, bilik prep dgn rumah warden. tingkat 2, ada 2 dorm, surau, dgn toilet. kat tingkat 3, ada 2 lagi dorm dengan toilet. so dekat tingkat 3 tu memang terkenal dengan budak2 tu selalu kena usik. tapi nasib aku baik, sepanjang duk sana, aku dapat dorm tingkat 2 je. tapi serius la, bila aku jejak tingkat 3 tu macam seram semacam je, tak tau la kot aku yang paranoid sangat.


macam korang sedia maklum, bila kita duk hostel ni, ada je budak2 separa matured yang kurang arif dalam kebersihan benda2 sensitif ni. ada satu kes tu, maaf la yer, kita cite pasal tampon sikit. ada kes budak mana entah tak basuh dengan bersih. so akak form 5 dapat detect, then diorang letak dalam gayung tepi bilik pantry. then macam biasa, diorang announced tampon sape yang tak basuh, harap collect! tapi selalu nya empunya tampon akan buat tak tau jer, ke dia tak sure entah dia punya ke, or sape punya. so dalam seminggu berlalu, sampai tahap berkulat, akak2 tu biarkan je kat situ.


then start la bebudak hostel tu terpekik terlolong nampak lembaga la apa..so senior aku amik inisiatif, sorong tampon tu dari satu dorm ke satu dorm, mintak mengaku sape punya tampon. masa dia sampai kat dorm aku, tetiba aku dengar macam ada bunyi orang tua, lelaki tengah mumbling2 apa entah, makin lama makin kuat..aku cuit budak junior kat sebelah, "weh, ko dengar tak apa aku dengar?"...time ni da menggigil2 da.."shhh kak.. buat tak tau je la..", balas budak tu..


memang malam tu aku tido da berpeluh2 da, aku memang satu perangai kalo dekat hostel, masalah aku ialah aku susah nak tido. so macam2 la aku dengar, kebetulan masa tu kitorang tengah sibuk practice ada acara zapin ke apa entah. so macam2 peralatan muzik ada kat bilik prep. dan2 time tengah malam buta, ramai yang dengar bunyi alat muzik dalam bilik prep. padahal time tu da midnite, sape pulak yang berlatih kan?


banyak sebenar nya kejadian pelik kat sana, ada yang aku percaya, ada yang aku malas nak amik port, sebab let say budak junior ni histeria, then kitorang bawak berubat dia ok la, then macam amik kesempatan pulak, manjang histeria..menyampah aku budak macam ni..


tapi ada satu kes yang aku tak boleh lupa, masa ni aku ajak kawan teman pegi toilet, sebelum sampai toilet akan lalu satu pantry. masa ni aku mintak kawan aku pegi dulu, kejap lagi aku follow. so masa pegi tu, ada perempuan bagi salam dekat pantry, aku pun jawab, "waalaikumsalam..". aku mati2 ingat kawan aku, sekali hampeh, bukan kata budak tu kat toilet, kat dalam pantry pun dia tak jejak. plus dia tengah sedap duk berborak kat dorm lagi. so memang xde orang kat pantry. sampai sekarang aku tak tau sape bagi salam..erkk

Thursday, April 7, 2011

mari jadi macam saya, angkut dani pegi outstation!

morning! lega bila hari ni da jumaat, esok dan lusa boleh jalan kan upacara mengemas rumah yang dah macam kapal karam tu. haihh dani da makin lasak weh, dia akan keluarkan semua majalah, biarkan terabur. then dia pegi tempat lain pulak, singgah rak dvd, punggah... stress woo T__T

tak nak cite pasal tu. ni nak cite lain, pasal outstation, sejak da jadi mak orang ni, aku rasa semua orang akan mengeluh bila kena outstation. padahal bukan jauh sangat, setakat langkah 2,3 negeri. tapi hati mana nak tenteram tinggal kan anak weh.

so nex week bos aku assign pegi National Customs Conference kat Hilton kl nuh. conference nya 2 hari jer, tapi aku plan nak cont cuti sampai weekend. ye lah, alang2 boleh balik umah mak aku. tapi yang jadi aku susah hati. tak kan aku nak suruh B cuti hantar aku pegi KL. mamat tu jenis takut bos..hahaha..sori b..xoxo! so pikir punya pikir, aku decide nak pegi naik flight jer. tapi yang menjadi kegusaran aku mana pernah travel sorang naik flight, dan bawak baby? T__T

tapi tu jer cara mudah, dan selesa untuk aku dengan dani. belum apa2 aku da list out siapa yang aku bakal susahkan..hahahaha. jum tengok:


  • book flight, kena consider kesenangan dan keselesaan. alhamdulillah, aku pilih MAS.

  • aku da book teksi dari rumah hantar pegi airport, b tak dapat hantar T__T

  • dari KLIA, call mak aku suruh pickup.

  • mintak mak aku amik cuti, jaga dani 2 hari. sebab aku ada conference kan.

  • suruh adik aku hantar pegi hilton, sebab aku tak bawak keta.

  • balik mintak kawan aku pulak tolong pickup dari hotel.

  • pegi klia nak balik jb, suruh ayah aku anta.

  • sampai airport JB, call kak ipar or B datang amik..

hahaha..aamacam? kesian dorang.. terpaksa disusahkan. nak wat camne nak bawak anak sangat kan? semalam B ada cakap dengan aku:


B: kesian i..duk sorang je next week.


aku: laaa i bukan tak caya kat u. tapi biasa la b.. mana boleh pisah dengan dani.. darah yang mengalir dalam badan dia tu, darah i tuuuu...


hahaha..amacam? pandai aku susun ayat. later aku kasi post apa experience aku travel dengan seorang baby yang lasak masyaallah...

Wednesday, April 6, 2011

jum cite pasal hantu @~@

wah lama gila tak update. seriously banyak keja yang tahap tak hengat punya. plus idea pun ke laut.. tapi hari ni rasa cam best pulak nak cerita kisah2 yang agak seram sikit..


ni kes memang xde idea sangat dah ni..hehe. so shall we continue? ok cite dia dekat seremban. aku tak boleh la bagitau exact place tau. P&C. sebelum kami duduk kat seremban ni memang aku satu family merantau. sebab ayah aku ex-army. then, aku pun sampai sekarang tak paham kenapa ayah aku beli rumah kat seremban. macam aku mention sebelum ni, mak aku orang kg. cheras baru, ayah aku pulak kuala selangor. so nampak kan macam xde kena mengena? ish..ishh.. bak kata ayah aku, dia beli rumah ni as a backup sebab masa tu kecoh yang army akan ditugaskan ke Bosnia, dan tak berapa tahun lepas tu ayah aku kena fly ke Australia. tu la sebab-sebab nya.. but why seremban? hahaha..gwe serius dont know, dont care!


da da start melalut ni..meh start cite antu. actually rumah yang kitorang duduk tu rumah semi-D. ayah aku tak renovate apa2 lagi, so belakang dan tepi rumah memang luas lagi. belakang rumah kitorang ada 2 rumah kosong. which is rumah2 tu jarang penyewa akan duduk dengan lama. paling lama 3 bulan jer.so masa mula2 pindah, aku duduk bilik tengah, plus aku ni anak perempuan sorang, xde la share dengan sape2. sepanjang aku tido dalam bilik tu, aku selalu mimpi yang bilik belakang ada hantu la apa..


sampai la ada satu masa tu, adik aku yang bongsu umur 2 tahun, selalu menjerit melolong tak tentu pasal. bawak pegi jumpa ustaz. confirm ada benda kat umah tu. kata ustaz tu, dulu kawasan rumah tu adalah estet. then ada pompuan mengandung kena rogol n bunuh. so rumah aku tu kawasan laluan dia la..so dalam dia lalu2 tu, saja la nak usik2 adik aku..hehe


then tak camne aku boleh terpindah bilik belakang. one day balik dari asrama, aku ajak kawan2 tido rumah, masa tu bilik aku ada 2 katil single. 1 katil mengadap pintu, satu katil tepi tingkap. fyi, aku dulu penggila pelbagai jenis bear. so belambak la bear. dalam pada kitorang tido tu kawan aku boleh macam kena histeria pulak sebab dia nampak ada lembaga tergantung kat pintu. mulut dia fail nk baca surah apa2. yang aku pulak hantu boleh main susun bear2 berkenaan sebelah aku. bukan main cantik dia susun. aku da seram. esok nya suruh mak aku simpan semua bear.


cite tak habis di situ, kan aku cakap rumah belakang tu tak pernah kekal penyewa nya. so ada satu malam mak aku suruh sidai kain. aku pulak memang da tak sedap hati. nak tak nak sidai jugak. selesai aku hanger semua baju, aku pun nak susun la baju2 tu elok2 kat penyidai. dalam tengah susun tu, sekali hamikkk.. tepat cik ponti mengadap aku wei!! dia duk kat pintu dapur rumah belakang. kira aku dengan dia sebaris la. dia mengadap aku, aku mengadap dia. yang tak boleh blah, kaki aku keras weh, tak boleh berlari pun. aku nak atur langkah masuk pintu dapur memang slow giler...benda tu still pandang aku !!


then ada lagi satu hal, bila mana mak aku suruh pergi rumah pekerja dia, which is area taman tu jugak. aku pun drive la sorang. area pukul 12 kalo tak silap. then ada bumper, of cos masa kat bumper kita akan break skit kan? yang tak boleh blah dan2 cik ponti nak jalan depan aku.. aku rasa macam gelap gulita da. nk jerit pun tak terkeluar da..


tapi ikut kata abang aku, dia biasa je kena himpap kat rumah tu. tapi dia senyap kan aje. malas nak kecoh2. or else kawasan taman tu dengar nya memang sangat terkenal dengan cik ponti ni. sebab dulu tanah estet kan, mungkin ada berlaku kejadian pelik2..


sampai la kitorang nak pindah balik kl, dalam duk packing 2 tu, aku dengan adk aku sempat duk kat depan garaj time senja pulak tu. berdesup nmpak benda tu lalu...haihh tak tau la apa cite penyewa rumah ayah aku tu. diorang tak rasa pape ke eh?ish ish

Sunday, April 3, 2011

bawak dani berpanas panasan

morning semua~

yeah normally pagi2 lagi aku da post entry. tapi hari ni hectic sikit la. banyak keja tak beragak2. ini juga bakal jadi entry pertama aku yang penuh gamba, selalu nya aku lebih banyak bercerita dari post gamba. ada juga reader yang nak sangat tatap muka aku sefamily.. haa hamik..hehe


ni hari sabtu lepas. actually kami jarang bawak dani berekreasi. bukan jarang, tapi tak pernah kot. selalu duk jaja dani ke shopping mall, kali ni kita kasi dani berpanas sikit. enjoy!



ini kami sekeluarga!..yer aku jarang publish gamba kami