HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Ayra Mohd Hafiz

Lilypie Premature Baby tickers

Tuesday, November 29, 2011

bila si dani dah mula tunjuk perangai..

ok, rasa sangat tidak adil kerana dengan berani nya aku sanggup mengabaikan blog tersayang. ibarat rasa mau tekup muka dengan bantal sekuatnya sebab rasa sangat serba salah bila dah lama malas nak update blog. mulai hari ini saya berjanji mau update blog dengan lebih kerap! YEAH!



hari ni aku nak bercerita mengenai si bujang yang semakin hensem, cik iman dani. dani bakal menginjak ke usia 1 tahun, 5 bulan. cepat betul masa berlalu. rasa macam tak puas tengok dani yang kecil terkulat-kulat baru nak belajar meniarap, merangkak, dan sekarang dia dah berlari dengan laju. bila di usia begini, adalah perkara biasa bila kita terpaksa deal dengan seorang kanak-kanak yang makin lasak.



macam dani memang aku kategorikan dia sebagai seorang yang lasak. terlalu banyak yang dia mahu explore. dulu masa dia tak pandai jalan lagi, aku selalu berharap cepat-cepat lah kamu jalan nak oi, penat mama asyik kena dukung. sekarang dah pandai jalan, dan terus berlari, hamek kau, memang tak terkejar. tapi ada satu sifat dani yang aku kurang senang, sebab bila dani berdua di rumah dengan aku, dia sangat well-behaved. even kalau aku tertidur pun, dia masih boleh jadi independent main sorang-sorang.



tapi masalah terjadi bila ada orang luar datang ke rumah, dani akan mula tunjuk aksi-aksi dia. paling worse, dani akan start menepuk nampar setiap tetamu. OMG @~@.. pening oi! selalu nya aku akan tegur dani secara baik, kalau nampak tak jalan jugak, aku akan asingkan dani dari tetamu yang datang. yer, dani akan menangis bila aku buat macam tu, tapi adalah sangat penting untuk kita ajar anak-anak kita mana yang salah, mana yang betul.



muka budak nakal**




**opss, kalau boleh aku tak suka panggil dani dengan gelaran budak nakal, waima orang luar menegur dani si budak nakal. aku lebih prefer kalau nak tegur si kecil ini, dengan memanggil dia " haiihh..si anak bertuah..", insyaallah kalau diizinkan Allah, dani akan sentiasa menjadi si bertuah mama. rasa nya kurang elok kan kalau kita kerap cakap anak kita nakal? nanti betul-betul nakal, kita jugak yang haru =)


p/s: dah boleh ni proses Dani The Second..hahaha

4 comments:

Nurul aziyana said...

heheheheeh gud luck ek untuk dani the second :) mendoakan dari jauh

Hanani Hamid ( Ticer Nani ) said...

best of luck afni...anak lasak menandakan otak ligat berfikir...

sharEna said...

kata2 ibu bapa tu 1 doa. so kena jaga2 jg percakapan kite. mmg elak sgt ckp anak degil ke ape ker huhuh

KAK RAINBOW said...

Oh Dani :))))