HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Monday, September 5, 2011

bagi duit raya rm5 adalah common?

ini adalah tahun pertama aku dan B raya dengan ada nya iman dani. perasaan? harus gembira. lagi-lagi bila si hensem dah dapat kaki. dan paling bahagia, bila kami laki bini telan air liur tengok duit raya yang diterima dani.


aku ingat lagi masa zaman aku kecik-kecik dulu duit syiling rm1 tu lah paling hebat. bahagia gila bila tekan-tekan sampul raya, rasa tebal duit syiling rm1.. tapi sekarang bila aku hulurkan sampul raya pada budak-budak semua mencebik sambil tekan-tekan sampul, otak ligat imagine; "makcik ni bagi berapa ringgit la nii, nipis nya sampul.." cett! meh makcik kerah kau kerja carik duit, nak?


tapi seriously aku terkejut bila kira duit raya dani baru-baru ni, not rm5 lebih banyak dari not rm1.. aku dan B pun naik segan nak hulur kan sampul berisi rm2 tu, terpaksa la aku bagi double sampul pada setiap budak. haihhh kalau gini cara nya, next week aku kena carik kerja bergaji 5 angka dekat website jobstreet ni..


nak ajar budak-budak supaya bersyukur dan terima dengan paksa-rela duit raya yang kita bagi tu pun susah jugak kan? try kita letak diri kat tempat budak-budak tu.. sure kita pun akan cakap; "ek eleh...rm2 je..(dalam hati)" .. hehe, takpe lah, setahun sekali jer, tak salah gembirakan budak-budak. ok lah, till then!



selamat hari raya from us =)


p/s: jemput la ke rumah siapa yang berdekatan...

1 comment:

AxieAziz said...

hep!
RM2 pun okay whattt...
xpyh la ikut org..

kalau dorg bg RM10, ko kene bg 5 sampul la eh? hihihi..

yang penting hati ikhlas.. =)