HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Monday, July 11, 2011

backstabber, mulut tempayan, penipu, kaki bodek

wah pagi-pagi lagi aku dah nak post cerita-cerita seperti ini..


seriously, bila aku semakin dewasa dan matang, aku mula dikelilingi oleh orang-orang seperti ini. sebut sahaja, backstabber, mulut tempayan, penipu, kaki bodek, itu adalah ciri-ciri yang sesiapa jer jadi menyampah bila mendengar.


tapi aku paling menyampah kalau semua di atas itu adalah di kalangan orang melayu sendiri. sampai buat aku terfikir mana pergi semua nilai-nilai murni seorang manusia. dari kecik memang aku terap kan sifat penyimpan rahsia tegar, hormati orang, berlaku jujur. dan bila buat pertama kali nya aku berhadapan dengan situasi begini, buatkan aku terfikir, susah nya nak carik orang yang kita boleh percaya..


aku jadi terfikir;


"kenapa tergamak kau backstab kawan sendiri?"


"kau memang jenis tak boleh simpan rahsia eh, semua orang kau nak cerita hal aku?"


"kau kalau tak tipu sehari boleh mati eh?"


"kenapa perlu kau nak membodek untuk sampai tahap ni?"


so moral of the story, kita kena sentiasa berhati-hati dalam kehidupan ni, sebab tak semua orang yang kita boleh percaya. bagi aku mudah jer, kalau cerita yang agak-agak private tu tak perlu lah kot kita share pada orang sebarangan. lebih baik cerita dengan kawan hidup mati kita. macam dengan suami or mak sendiri. sah-sah orang-orang ni tak kan backstab kita.. kan? haihhh dunia dunia~~



tengok muka aku naik pimples, sebab baru-baru ni aku stress akibat kena backstab..grr


8 comments:

Mrs Nageb said...

Sabar ye afnie....semua ni akan jadi kita lebih kuat...percayalah.....i pernah kene dan menjadikan dirik sendiri lebih berhati..hati.. )

nanonano said...

ramai je org cmni sekeliling kite ni,
susah nk prcaya,
prcaya pd diri sdiri je daH
:P

Fadilah R. said...

haha bak kate na, percaya pd diri sendiri je erk.

tp perangai mcm ni mmg common among malay. ntah lah xsurelah kenape. kalau kerja gomen mcm i ni lg ah. boleh jadi sakit jiwa tgk perangai masing2.

sabar je lah afni.

sharEna said...

comelnya dani tgk mak dia gitu..ahahha..love it!

mmg ramai back stabber. lagi2 dlm environment bekerja.

xpelah. biar Allah je yg membalasnya...

afni+hafiz=dani said...

mrs nageb, org yg perna terkena je kan yang boleh rasa

afni+hafiz=dani said...

na, haha..a'ah lg senang kan. tak pening pale

afni+hafiz=dani said...

dila, wah gomen lg teruk afni dgr kan..uu mintak di jauh kan..

afni+hafiz=dani said...

sharena, yup biar allah je yg balas utk org camni kan