HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Thursday, June 2, 2011

perihal kempunan nak tengok wayang

kalau cakap pasal nak tengok movie ni, aku bukan lah kategori yang gemar nonton, pantang movie baru keluar, terus rasa nak tengok. dari zaman anak dara lagi, aku still bole kira pkai sebelah tangan, berapa kali sangat tengok movie.

lagi-lagi bila aku kawan dengan B. dia ni lagi la jenis tak reti nak tengok2 movie ni. 1st time tengok movie bersama, dia boleh tido stok siap berdengkur.. hangin tak? padahal masa tu baru lagi couple, da pandai tunjuk perangai.. haha

so sampai da kawin, kami still tak nonton . bila aku mengandungkan dani, aku ingat lagi masa tu cerita Twilight. aku da la peminat agung Edward Cullen. B boleh selamba bagi alasan takut baby terkejut dalam perut. dang! hangin weh... percaya tak dani dekat setahun da, aku asyik ngendeng nak tengok movie, tapi B bolayan.. nak cakap pasal sentap? haha.. siap da terobek teruk hati ku ini.

tapi aku kan mithali, da laki tak bagi, aku pun tak pernah la plan nak pegi dengan kawan-kawan. kadang-kadang jeles tengok dayu dengan ekwan bawak cha pegi nonton. dan bila baru-baru ni mak aku gelakkan aku sebab tak berani bawak dani masuk panggung. huwaaa sedih T__T 2 tahun weh aku tunggu, then finally, kesabaran aku berbayar. bila mana esok kami bakal nonton movie! horeyyyy~ harap-harap iman dani well-behaved =)

8 comments:

sharEna said...

bwk masok dani sekali ek?

kite x berani lg la bwk Naurah masok. klu teringin sgt pon tinggal jelah dia ngan Wan nya.

tgk midnite feeling ala2 baru kawen ngn habi keh kehh =p

Luv like this.... said...

dah 7 bulan x tgok wayang...huhu

Dayu said...

giler kentang la afni
2 tahun tak tgk wayang
perrghhh!! kalau aku mmg tak menahan dah.. mau meronta2

hopefully dani akan berkelakuan sgt baik. jgn kasik abah fobia
nanti mama yang langsung kempunan

kitaorg gamble je bawak cha
yelah mana nak tinggal dia kan
takde sape nak tologn jaga
maka angkut je

tips: kasik dia ngantuk. masuk dalam kasik susu senang skit nak tido

afni+hafiz=dani said...

sharena, heret dani skali. sbb abah dia x bg tggl kat pengasuh. so x dapek la nak feeling2 cintan cintun T__T

afni+hafiz=dani said...

luv, mujur 7 bulan.. afni da berapa tahun x tgk T__T

afni+hafiz=dani said...

dayu, doa2 kan cita2 aku tercapai..haha

sebab tu plan nak tgk malam, so biar dia ngantuk..heh

Fadilah R. said...

i selalu jugak tgk movie kot. psl mmg suka tgk. and now mcm time tgk movie jelah kami boleh curik masa feeling dating-dating.

so far xberani bwk imaan tgk movie sekali. kalau pi cinema mmg imaan tinggal. nasib baik ada orang willing nak jaga imaan.

~daRLee ZuRiS~ said...

wow.lamanye tu!tabik spring lah :)
kitorang berdua memang hantu wayang
dan, so far kysha dah lebih 10 kali masuk wayang
alhamdulillah...cuma dalam 3 kali je dia tak behave.pajam kot mommy daddy punya hobi