HAPPILY EVER AFTER

Daisypath Anniversary tickers

Iman Dani Mohd Hafiz

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Edna Mohd Hafiz

Lilypie Fourth Birthday tickers

Sunday, April 10, 2011

wah.apa kes tetiba addicted nak cite pasal hantu..wuu

ok hari tu aku duk sebuk cite pasal cite hantu kat rumah seremban tu kan? kali ni kita kasi up cite hantu kat hostel..hoho


aku rasa semua tau yang kalo duk hostel ni memang tak sah kalo tak ada cerita2 hantu ni. waima, hostel ko terletak sebelah klcc pun, memang manjang ada cite hantu. ok, memang kat hostel aku dulu memang macam ada season tau yang hantu2 ni usik orang. kalo tak silap aku macam dekat2 ujung tahun tu haaa prepare2 la masuk tido awal lepas prep. jangan la ko lagi bertenggek sebelah court ke, duk kantin lama2 sambil menikmati supper.


kat hostel tu ada satu building je hostel untuk perempuan. ada 3 tingkat. tingkat bawah, bilik prep dgn rumah warden. tingkat 2, ada 2 dorm, surau, dgn toilet. kat tingkat 3, ada 2 lagi dorm dengan toilet. so dekat tingkat 3 tu memang terkenal dengan budak2 tu selalu kena usik. tapi nasib aku baik, sepanjang duk sana, aku dapat dorm tingkat 2 je. tapi serius la, bila aku jejak tingkat 3 tu macam seram semacam je, tak tau la kot aku yang paranoid sangat.


macam korang sedia maklum, bila kita duk hostel ni, ada je budak2 separa matured yang kurang arif dalam kebersihan benda2 sensitif ni. ada satu kes tu, maaf la yer, kita cite pasal tampon sikit. ada kes budak mana entah tak basuh dengan bersih. so akak form 5 dapat detect, then diorang letak dalam gayung tepi bilik pantry. then macam biasa, diorang announced tampon sape yang tak basuh, harap collect! tapi selalu nya empunya tampon akan buat tak tau jer, ke dia tak sure entah dia punya ke, or sape punya. so dalam seminggu berlalu, sampai tahap berkulat, akak2 tu biarkan je kat situ.


then start la bebudak hostel tu terpekik terlolong nampak lembaga la apa..so senior aku amik inisiatif, sorong tampon tu dari satu dorm ke satu dorm, mintak mengaku sape punya tampon. masa dia sampai kat dorm aku, tetiba aku dengar macam ada bunyi orang tua, lelaki tengah mumbling2 apa entah, makin lama makin kuat..aku cuit budak junior kat sebelah, "weh, ko dengar tak apa aku dengar?"...time ni da menggigil2 da.."shhh kak.. buat tak tau je la..", balas budak tu..


memang malam tu aku tido da berpeluh2 da, aku memang satu perangai kalo dekat hostel, masalah aku ialah aku susah nak tido. so macam2 la aku dengar, kebetulan masa tu kitorang tengah sibuk practice ada acara zapin ke apa entah. so macam2 peralatan muzik ada kat bilik prep. dan2 time tengah malam buta, ramai yang dengar bunyi alat muzik dalam bilik prep. padahal time tu da midnite, sape pulak yang berlatih kan?


banyak sebenar nya kejadian pelik kat sana, ada yang aku percaya, ada yang aku malas nak amik port, sebab let say budak junior ni histeria, then kitorang bawak berubat dia ok la, then macam amik kesempatan pulak, manjang histeria..menyampah aku budak macam ni..


tapi ada satu kes yang aku tak boleh lupa, masa ni aku ajak kawan teman pegi toilet, sebelum sampai toilet akan lalu satu pantry. masa ni aku mintak kawan aku pegi dulu, kejap lagi aku follow. so masa pegi tu, ada perempuan bagi salam dekat pantry, aku pun jawab, "waalaikumsalam..". aku mati2 ingat kawan aku, sekali hampeh, bukan kata budak tu kat toilet, kat dalam pantry pun dia tak jejak. plus dia tengah sedap duk berborak kat dorm lagi. so memang xde orang kat pantry. sampai sekarang aku tak tau sape bagi salam..erkk

2 comments:

sharEna said...

byknye citer seram afni...hehehe...

boleh tahan gak seramnye..cer citer lagi...versi g holiday ade hantu ker..ade? hihih =p

afni+hafiz=dani said...

hahaha.. x larat da nk cite..